Kaum Penan Tinggal Dalam Reban Ayam.

Sekumpulan 30 keluarga Penan dari Long Wat,(tempat dimana empangan Hidro Elektrik Murum dibina) hidup dalam kemiskinan dan diabaikan oleh kerajaan BN Sarawak. Mereka telah berpindah dari kampung asal mereka di Long Wat, Sg.Peleiran-Murum untuk memberi laluan kepada pembinaan empangan Hidro Elektrik Murum.Oleh kerana pihak kerajaan masih belum menyediakan tempat tinggal untuk mereka. Maka mereka terpaksa tingga dalam reban ayam yang telah tidak digunakan lagi.


Menurut wakil penduduk En.Buek Pao, mereka telah merayu kepada pejabat Daerah Belaga untuk menyediakan rumah sementara bagi membolehkan mereka menjaga anak-anak yang ingin bersekolah di SK. Batu Keling Sg.Asap-Belaga. Namun sehingga kini pihak kerajaan tidak melayan permintaan mereka. Oleh kerana sudah tiada pilihan. “Kami terpaksa tinggal dalam reban ayam “.

Inilah contoh kekejaman kerajaan BN Sarawak. Tanah Kaum Asli dirampas untuk menjayakan projek-projek kroni.Hak dan kebajikan kaum pribumi Sarawak dikesampingkan dan pemerintah BN Sarawak memekakkan telinga bila rakyat membuat aduan. Berikut dilampirkan kenyataan Akhbar Oleh Masyarakat Penan Sungai Peleiran-Murum di Kawasan Projek Empangan Murum pada 30hb Oktober 2009 yang lalu.

Selamat pagi kami ucapkan kepada tuan-tuan, puan-puan dan wakil-wakil dari pihak media yang sudi datang untuk berjumpa kami di Sidang Akhbar ini.

Terlebih dahulu kami ingin perkenalkan semua kami wakil-wakil kampung Penan yang datang dari kawasan Sungai Peleiran, Murum, Belaga.

Di sini kami ingin menyampaikan keluhan-keluhan hati semua penduduk kampung Penan di kawasan Sungai Peleiran, Murum kerana sangat bimbang dengan kehidupan dan keadaan masa depan kami oleh kerana projek empangan Murum. Kampung-kampung Penan yang terlibat dan terjejas adalah Long Wat, Long Luar, Long Tangau, Long Menapa, Long Singu, Long Malim dan Long Umba dengan bilangan penduduk adalah kurang lebih 1,000 orang.

Kami sudah sedar bahawa mana-mana projek hidro empangan yang telah dibina telah menyebabkan banyak kesan keburukan daripada kebaikan kepada masyarakat yang terlibat. Baru-baru ini, kami telah dibawa melawat ke kawasan Skim Penempatan Semula Batang Ai oleh pihak Sarawak Energy Berhad (SEB). Kami diberitahu oleh penduduk-penduduk di sana bahawa kehidupan mereka sangat susah, dalam keadaan keperitan dan kesulitan. Mereka mengalami masalah tanah yang serius, tidak ada cukup tanah untuk bercucuk tanam dan menampung keperluan generasi akan datang. Mereka tidak ada lagi kawasan hutan untuk mendapat keperluan harian mereka. Mereka juga mengadu bahawa banyak perkara-perkara yang dijanji dulu oleh Kerajaan masih belum ditunai lagi kepada penduduk skim Batang Ai. Keadaan yang serupa juga dihadapi oleh penduduk-penduduk di Skim Penempatan Semula Bakun di Asap Koyan.

Pada masa ini, bagi kami masyarakat Penan Peleiran di kawasan Murum kami dapat hidup secara mapan dengan sumber-sumber yang ada di sekitar kampung-kampung kami. Kami mempunyai kawasan tanah adat dan hutan yang luas yang dapat menampung keperluan harian kami buat selama-lamanya. Kehidupan masyarakat kami akan terus terjamin selagi kami tidak diganggu oleh mana-mana operasi pembangunan berskala besar di kawasan kami.

Masyarakat Penan inginkan pembangunan lebih daripada kaum-kaum lain demi meningkatkan taraf hidup kami. Namun demikian, kami berhak untuk menentukan keutamaan kami sendiri dalam proses pembangunan. Kami pernah memohon kepada kerajaan supaya diberi projek kemudahan sekolah, klinik perubatan, bantuan pertanian, air-paip bagi setiap kampung Penan. Pembinaan projek hidro empangan bukan satu cara yang baik demi memajukan masyarakat kami. Kami tidak pernah memohon projek empangan yang akan membanjiri tanah, hutan, perkuburan, harta-harta benda dan tanam-tananam kami.

Dengan projek hidro empangan Murum kami sangat risau dan bimbang akan kesan-kesan dan impak-impakNYA ke atas kehidupan dan masa depan kami. Kami memang tidak dapat hidup dalam kawasan Skim Penempatan Semula sekiranya dipaksa pindah kerana projek hidro empangan Murum.

Dengan peluang yang ada ini, kami menyatakan seperti berikut:-
1) Kami ingin suara kami didengari dengan jelas bahawa sejak dari dulu lagi kami memang membantah pembinaan projek empangan hidro Murum.
2) Kami tidak pernah memberi persetujuan dengan Kerajaan Negeri dan mana-mana pihak pun untuk pembinaan projek hidro empangan Murum.
3) Kami tidak bersetuju dengan mana-mana cadangan program penempatan semula kerajaan yang melibatkan kami masyarakat Penan.

Berkenaan dengan memorandum yang telah kami hantar kepada Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada hari kelmarin, kami sangat mengharapkan keprihatinan beliau dan menyambut baik seruan kami supaya pembinaan hidro empangan Murum dibatal dan dihenti serta-merta.

Sekian, terima kasih.

Walaupun kaum Penan dari Murum ini membuat bantahan, namun kepimpinan Taib Mahmud tetap berdegil untuk meneruskan pembinaan empangan hidro elektrik Murum. Sehingga kini masyarakat penan disana masih belum dibayar pampasan dan tidak disediakan kawasan untuk berpindah-Belagakini.

About these ads

6 Responses to “Kaum Penan Tinggal Dalam Reban Ayam.”

  1. karam Says:

    taib mahmub hisap darah orang ulu sampai mati

  2. nowmaica Says:

    lu cakap memang betul, pemimpin orang asli dari belaga pun buat kerja yang sama..kayan kenyah, lahanan, sekapan dan lain-lain…..apa mau cakap banyak keluarkan orang yang tak buat kerja untuk rakyat tapi untuk menjana kekayaan untuk diri sendiri….tengok saja tahap hidup dan cara hidup mereka yang dah diangkat jadi pemimpin belaga semua hamper….

    kita mau pilih orang yang benar-benar ada hati untuk emajukan belaga….dan takut kepada Tuhan….ada keberanian yang luarbiasa…untuk menentang penyelewengan…..dan selalu mengutamakan kepentingan rakyat…..

    lu fikirlah sendiri….

  3. alline yong Says:

    Betul itu, pihak kerajaan selalu cakap orang penan anak emas kerajaan tapi apa yang telah kerajaan bagi mereka.Mereka sama sahaja dengan budak-budak kaum lain di sarawak.Yuran sekolah mereka bayar sendiri,pakaian sekolah beli sendiri,mana pergi anak emas kerajaan.Kalau kita tengok di belaga kira-kira 3% pelajar yang bersekolah di smk belaga adalah pelajar kaum penan, jumlah itu sangat sedikit bagi kerajaan,tapi bantuan tetap tidak mencukupi, di mana janji yang telah mereka ucapkan,katanya ingin melihat kaum penan berjaya suatu hari kelak tapi mereka langsung tidak diberi galakkan. di sini ingin bercerita,bahawa kaum penan amat dipandang hina oleh kaum lain di sarawak. Tapi bagi saya mereka adalah orang yang sangat suci.

  4. educatedasap2010 Says:

    Kalau anda perhati dan timbang betul-betul samada dacing sebagai lambang kepada BN itu boleh pakai atau tidak. Lihatlah apa yang berlaku kepada kawasan yang dipegang oleh Tiga orang teratas dalam Kabinet S’wak. Semua kemudahan seperti Sekolah, University, MRSM, Politeknik Hotel bertaraf lima bintang, 4 bintang, jalan berturap dan sebagainya semua mereka bolot dan letak di kws masing -masing. makanya pembangunan untuk kws lain sudah tidak ada. contoh yang paling nyata d depan mata adalah di Sg Asap resttlement scheme. kerajaan sudah tahu yang mereka akan pindah penduduk kesitu tapi sekolah menengah tak ada sedangkan jumlah murid bertambah, baru sekarang baru nak buat, dimana semuanya duit hasil kayu balak yang berjuta tan dikeluarkan dari bumi belaga pergi. cuba saudara bayangkan betapa kejamnya kerajaan yang ada sekarang. hanya ornag dari belaga akan tahu dan merasa kepayahan ini BN memang buat tak tau, so jgn pikir lagi tumbangkan mereka kali ini. saya sudah jelik dan jemu dengan retorik cerita hanya BN boleh membawa pembangunan. tolong lah rakyat belaga buka mata dan minda kita harus berubah dari sekarang masih belum terlambat.

  5. 2010 in review « Says:

    [...] Kaum Penan Tinggal Dalam Reban Ayam. May 2010 4 comments [...]

  6. fiona@yahoo.com Says:

    astaghfirullahal azim..najib..najib ko x takut ke nak mati nanti banyak ko nak kene jawab..ko makan kenyang pun cuma sepinggan..bukan seperiuk..kadang2 sepinggan pun x habis..fikirkanlah duhai PM malaysia..

Comments are closed.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: