Pencemaran- Beribu-ribu ikan mati di Empangan Bakun.

Kejadian ikan mati di tapak dan hilir Empangan Hidro Elektrik Bakun berulang lagi. Pada saya ini menandakan air sungai Balui yang mengairi lebah rejang sudah tidak selamat lagi untuk kegunaan penduduk sekitarnya. Siapa kata pembinaan Empangan tidak memberi kesan buruk kepada ekosistem. Negeri dan negara ini tak ada undang-undang ke? kenapa tak ambil tindakan.

Kejadian ikan mati ini pernah dilaporkan pada januari 2009. Namun sehingga kini pihak yang berkuasa masih gagal menagani masalah ini. Bagaimana dengan “Aduan Rakyat” tak tergerak ke nak datang Sarawak??. Berikut saya lampirkan laporan yang berkaitan pada tahun 2009 yang lalu.

Kematian ikan tiada kaitan dengan Empangan Bakun: Dr. Rauf

21 February 2009

MIRI: Projek Hidro Empangan Bakun bukanlah penyebab kepada kematian beribu-ribu ikan di Belaga, kata Menteri Muda Alam Sekitar Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen.

Beliau berkata pembinaan projek ini dipantau dengan ketat dari segi perlindungan alam sekitar dan mengikut standard antarabangsa.

Untuk itu, tambah beliau, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menempatkan seorang pegawai di tapak empangan untuk memantau situasi di sana dan memastikan kerja-kerja pembinaan mematuhi ordinan alam sekitar.

”Peningkatan kandungan pepejal di Sungai Belaga, Balui dan Baleh disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia seperti pembersihan tanah untuk perladangan dan pembalakan di kawasan hulu Empangan Bakun,” kata Rauf dalam sidang media untuk memaklumkan hasil penyelidikan oleh pakar terhadap kejadian kematian ikan di kawasan Bakun dan Sungai Tatau semasa dan selepas banjir baru-baru ini.

Penolong Pengawal (Pemantauan dan Audit) NREB iaitu Paul Ponar Sinjeng juga hadir dalam sidang media terbabit.

Rauf berkata hasil penyelidikan mengecualikan toksin, ubat racun, tuba dan bom ikan sebagai punca kematian ikan-ikan.

”Saya mahu menyatakan bahawa kematian ikan tersebut bukanlah disebabkan racun dan ia selamat dimakan,” kata Rauf.

Dalam penyelidikan NREB, bacaan TSS (kandungan pepejal) adalah amat tinggi pada 2168mg/1 in di kawasan hulu Bakun iaitu 100 kali lebih tinggi daripada paras normal.

Secara ringkasnya, ikan-ikan itu mati kerana kekurangan oksigen akibat ketiadaan rumpai yang telah dihanyut selepas banjir.

”Generasi dulu mengenali fenomena ini biasa berlaku selepas musim banjir. Bagi mereka ini bukan perkara yang luar biasa,” jelas Rauf.

About these ads

5 Responses to “Pencemaran- Beribu-ribu ikan mati di Empangan Bakun.”

  1. ong bk Says:

    Tepat pandangan anda-harus terus memantau kesan-kesan burok dari Empangan Bakun!

  2. jeleng b@kun Says:

    xpat lh mkn ikan dr bakun gk nh!!!!palat tol.x hbs2 ngn pncemaran.

  3. bakun@bakun.com Says:

    hak komoniti setempat perlu tahu punca sebenar pencemaran tersebut…. saya tidak berpuashati hasil penyelidikan NRE tersebut. Kita da ratus tahun hidup di belga, mengamalkan kehidupan serupa, tidak pernah punmelihat kejadian ikan yang mati seumpama itu….. fikirkanlah, kalau tidak puncanya dari pembinaan bakun…..

  4. 2010 in review « Says:

    [...] Pencemaran- Beribu-ribu ikan mati di Empangan Bakun. June 2010 3 comments 3 [...]

  5. anak borneo Says:

    katak bwh tempurung…guna lilin lah kita nnti, kalo minyak dunia dah abis..korg ada duit ka nak beli minyak generator RM10/liter pd masa depan? Bagus2 org buat tenaga hijau..masih lg nak idup zaman batu? Sy jamin, korg jg amat perlukan kuasa elektrik bakun ni nti.

Comments are closed.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: