Surat Terbuka Ali Basah Kepada Penduduk Belaga.

Pilihanraya telah berakhir dan saya kalah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penduduk daerah Belaga yang telah memberi sokongan kepada saya walaupun pada hari terakhir banyak yang terpaksa membuat keputusan untuk mengundi Barisan Nasional atas sebab-sebab tertentu.

Saya telah melakukan yang terbaik sebelum dan semasa pilihanraya. Sebelum pilihanraya saya sedaya upaya telah membawa PKR ke Belaga bertujuan  membawa perubahan pemerintahan kepada rakyat Belaga, iaitu pemerintahan yang adil dan bersih. Impian saya adalah supaya Parti Pakatan Rakyat dapat memerintah negeri Sarawak agar bumi yang kita cintai ini dapat maju seperti negeri Pakatan Rakyat di Semenanjung Malaysia misalnya Selangor dan Pulau Pinang.

Satu daripada isu penting yang saya bawa pada masa pilihanraya adalah masalah-masalah ketara yang dihadapi oleh penduduk-penduduk  Skim Penempatan semula Bakun di  Asap/Koyan dimana masalah-masalah ketara tersebut hanya dapat diselesai dengan penukaran kerajaan.  Dibahagian hilir Bakun, isu pengambilan balik Tanah NCR dari Bakun hingga ke Punan Ba yang telah diberi kepada syarikat kroni Taib juga saya suarakan.

Kempen saya telah meliputi hampir seluruh rumah panjang di kawasan Belaga,kecuali kawasan perkampungan kaum Penan yang jauh di pedalaman. Saya hanya dibantu oleh pakcik saya Jeofrrey Usa (Bekas DO) dan peguam Abun Sui Anyit. Syukur kepada Tuhan saya memiliki satu jentera pilihanraya yang baik dimana gabungan orang muda yang berkaliber dalam bidang teknologi ICT dan dibantu oleh golongan veteran politik seperti saudara Okang Lepun dan Miku Loyang, kedua-duanya orang berprinsip, berkeperibadian tinggi dan berkebolehan.

Saya juga mendapat sokongan dan galakan daripada orang-orang Belaga yang bekerja di bandar-bandar.  Kawan-kawan dari Sibu dan Bintulu menghulurkan bantuan wang tunai kepada saya atas semangat perjuangan menegakkan keadilan.  Penduduk-penduduk Uma Apan iaitu penduduk kampong saya, telah melakukan kerja-kerja yang cemerlang dimana mereka menyediakan makanan dan penginapan kepada petugas-petugas pilihanraya dan para tetamu selama 3 hari di pekan Belaga. Di setiap rumah panjang yang saya lawati, saya konsisten menyuarakan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat Belaga, antara isu-isu tersebut adalah seperti berikut:-

1)                 Penempatan Bakun  Asap/Koyan telah dibuat dengan terburu-buru dan kelam kabut, tanpa mengambil kira pandangan orang Belaga, terutama sekali Bakun Development Committee (BDC) yang telah diketuai oleh Datuk Sri Nyipa Bato. Sebagai contoh pada perjumpaan di antara Taib dan orang-orang Belaga di pejabatnya, BDC melalui Setiausaha Henry Opang memohon 21 ekar tanah diberikan kepada setiap keluarga untuk penanaman kelapa sawit akan tetapi Taib telah mengenepikan permohonan itu dan menyatakan pekebun kecil kelapa sawit telah dibuktikan tidak berdaya maju. Saudara Henry Opang Luhat merayu lagi dan memohon sekurang-kurangnya 7 ekar diberikan kepada penduduk Bakun. Namun tetap tidak diluluskan oleh Taib.

Sebaliknya Taib hanya bersetuju memberi 3 ekar sahaja, untuk penduduk menanam padi dan sayur. Taib berkata lebih baik lagi penduduk Asap/Koyan bekerja di ladang-ladang besar kelapa sawit yang akan dibuka disekitar kawasan penempatan semula Bakun, dimana sepasang suami isteri boleh mendapat 2 hingga 3 ribu ringgit sebulan seperti orang Bugis dan Jawa. Hari ini tujuan Taib memberi hanya 3 ekar telah terbongkar kerana sedikit tanah diberi kepada penduduk Bakun supaya banyak dibahagikan kepada kroni-kroninya. Bayangkan jika satu keluarga Asap/Koyan telah menanam kelapa sawit diatas tanah 21 ekar yang BDC mohon, penduduk Asap/Koyan sekarang boleh menikmati pendapatan lebih RM10 ribu sebulan pada masa kini.

2)         Taib telah membuat beberapa janji, tapi malangnya tidak ditepati. Pada November 1983 Taib berjanji akan memberi 30% saham dalam lessen-lesen balak kawasan Belaga kepada penduduk Belaga. Semasa berkempen untuk Stanley Ajang pada tahun 1996, Taib berjanji lagi untuk memberi 30% saham dalam estet-estet kelapa sawit kepada penduduk Belaga. Pembinaan Jalan Belaga – Bukit Jayong dan Jalan Belaga-Bakun dijanjikan lebih kurang 15 tahun dahulu. Semua janji-janji ini tidak ditunaikan oleh Taib dan Kerajaan pusat. Najib dan Shafie Apdal telah mengisytiharkan projek-projek berjumlah RM148 juta untuk daerah Belaga sebelum pilihanraya. Adakah janji-janji ini akan tertunai? Saya mengajak masyarakat Belaga merenungkan dengan baik dan membuat keputusan sendiri. Apa yang saya ketahui hanya lebih kurang 5% sahaja daripada sejumlah RM70 juta projek-projek yang dijanjikan kepada rakyat Lubok Antu telah ditunaikan.

3)         Daerah Belaga adalah antara penyumbang terbesar hasil kayu balak di Sarawak.  Tetapi kini daerah Belaga merupakan salah satu daripada daerah yang termundur dan termiskin di Sarawak. Lihatlah kepada keadaan daif/teruk SMK Belaga yang sesak dan menghadapi masalah kekurangan guru mahir dan berkebolehan. Bagaimana anak-anak Belaga dapat bersaing dengan anak-anak dari dearah lain jika masalah-masalah ini tidak diatasi segera. SMK Bakun yang sepatutnya dibina di Belaga beberapa tahun yang lalu telah dibina di Kapit. Kenapa??

4)         Dengan penakungan empangan Bakun, maka tongkang-tongkang kini tidak boleh lagi melalui Sg Batang Rajang dari Sibu ke pekan Belaga, dimana perniaga-perniaga di Pekan Belaga kini terpaksa membawa barang-barang mereka dari Sibu atau Bintulu melalui jalan balak yang teruk dan bahaya iaitu jalan Tubau-Bukit Jayong-Belaga. Tidak hairan satu beg semen di Belaga berharga RM35 tetapi di Bintulu ia hanya berharga RM15.

5)         Semua tanah adat  (NCR) dari Bakun ke Punan Ba telah dibahagikan oleh Taib kepada kroni-kroninya seperti Pusaka KTS, Samling dan Shin Yang. Tanah sebelah kanan mudik diberikan kepada Ta An Holding iaitu syarikat ahli keluarga Taib sendiri. Semua masalah ini telah saya bangkitkan dalam kempen saya di rumah-rumah panjang. Saya tekankan cara terbaik dan terpantas untuk mengambalikan hak rakyat Belaga kepada tanah NCR mereka adalah melalui penukaran kerajaan dengan tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Sarawak. Namun pada hemat saya mesej ini masih belum dapat difahami sepenuhnya oleh rakyat Belaga.

Jentera BN yang  menentang saya begitu hebat.  Selain daripada ahli-ahli politik, jentera mereka merangkumi segolongan ketua masyarakat dan pegawai-pegawai kerajaan. Oleh kerana mereka tiada jawapan kepada isu-isu yang saya kemukakan maka mereka menyerang peribadi saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu daripada isu peribadi yang di lontarkan ke atas saya ialah, saya dikatakan telah memperbodohkan ketua masyarakat kawasan tadahan projek hidro Bakun demi kepentingan saya sendiri. Kononnya dokumen bukti mereka ialah satu salinan surat sumpah dalam kes Kajeng Tubek, Tavu Lujah dan Saran Imu menentang Ekran Sdn.Bhd. dan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat. Untuk makluman semua di dalam kes ini ketiga-tiga orang tersebut di atas mendakwa bahawa laporan EIA (Kajian Impak Alam Sekitar) projek Hydro Bakun tidak dilaksana dengan sempurna dan memohon Mahkamah menghentikan pembinaan empangan Bakun. Dalam penentangan saman tersebut peguam Ekran di Kuala Lumpur telah mengendalikan surat sumpah (affidavit) yang ditandatangani oleh 15 orang penduduk Ulu Balui untuk menyokong hujah mereka.

Oleh kerana surat sumpah ini dibuat dalam Bahasa Malaysia maka mengikut undang-undang ia perlu diterangkan  kepada pembuatnya dalam Bahasa Kayan oleh sesiapa pun (tidak semestinya peguam) iaitu seorang yang mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Kayan.  Kebetulan peguam Ekran meminta tolong saya untuk menerangkan surat sumpah itu dalam Bahasa Kayan, dimana saya mengesahkan penerangan itu  dengan menandatangani satu seksyen dalam dokumen tersebut. Saya sama sekali tidak terlibat dalam kes ini dan langsung tidak ada kuasa untuk menjualkan tanah NCR penduduk Bakun atau memperbodohkan Ketua-ketua Masyarakat kawasan tadahan projek Bakun demi kepentingan saya sendiri sepertimana yang dituduhkan oleh PEMBOHONG-PEMBOHONG JENTERA BN yang telah kebankrapan isu terhadap saya. Yang menyedihkan tuduhan liar ini sengaja dibuat mereka pada saat-saat akhir iaitu pada malam 15.4.2011. Ini dilakukan supaya saya dan pejuang-pejuang saya tidak ada kesempatan untuk membalas balik segala tuduhan fitnah mereka ini.

Penglibatan saya terhadap projek Bakun hanyalah sebagai seorang daripada ahli Bakun Development Committee seperti banyak orang-orang Belaga yang berpendidikan seperti Dato Billy Abit, Henry Opang, Tony Kuleh, mendiang James Lawai dan beberapa orang lain. SAYA AKAN MENGHERET KE MAHKAMAH ORANG-ORANG YANG MEMFITNAH SAYA BERKAITAN DENGAN SURAT SUMPAH TERSEBUT. IDENTITI MEREKA TELAH SAYA KENALPASTI DAN TINDAKAN SAMAN AKAN MENYUSUL TIDAK LAMA LAGI.

Tuduhan Ke-2, ialah saya terlibat dalam pengutipan RM200.00 daripada setiap orang yang tidak berpuas hati dengan pembayaran pampasan kebun mereka di Ulu Balui dan saya telah menyimpan duit itu sampai sekarang. Namun  fakta sebenarnya ialah Stanley Ajang  yang merupakan YB Belaga ketika itu mengarahkan 3 peguam di Kuching untuk mengendalikan kes-kes tersebut. Saya dan peguam Paul Raja (yang masa itu bekerja dengan saya)  telah diminta oleh Stanley Ajang untuk membantu En. Bawing Tajang dan En. Jeffry Ali (peguam mewakili firma guaman di Kuching) untuk mendapat tandatangan penduduk yang menyaman dan seterusnya mengutip RM200 setiap orang. Surat-surat tersebut serta segala wang telah diserahkan oleh saya dan Paul Raja kepada saudara Bawing ke Kuching, di mana daripada apa yang saya tahu wang-wang tersebut masih tersimpan di Kuching.  Stanley Ajang pada masa itu telah menyeru  pihak kerajaan supaya menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah  akan tetapi Datuk JC Fong (Peguam Besar Kerajaan Sarawak) enggan bersetuju dan berkata lebih baik kes itu ditentukan di mahkamah. Malangnya mahkamah masih belum lagi dapat menyelesaikan  kes-kes tersebut sehingga sekarang. Apa yang saya tahu banyak juga penduduk yang telah menarik balik tuntutan mereka dalam kes tersebut dan menerima wang pampasan mereka. Bagi saya punca utama tuntutan-tuntutan ini berlanjutan adalah disebabkan oleh keengganan pihak Kerajaan menyelesaikan kes ini di luar Mahkamah. Nah, siapa yang jahat, Ali Basah atau Kerajaan BN?.

Dapat saya rumuskan dari mula sampai akhir banyak pemerhati-pemerhati politik berpendapat bahawa saya akan menang di DUN Belaga ekoran tertalu banyak bukti kegagalan kerajaan BN di Belaga. Datuk Seri James Masing sendiri mengaku bahawa kerusi Belaga adalah satu daripada kerusi yang mungkin akan jatuh ke tangan PKR. Hingga masa ini banyak yang terperanjat dengan keputusan pilihanraya N57. Namun setelah dianalisa dengan mendalam saya dapati punca kekalahan saya adalah seperti berikut:-

1)         Sebab utama saya kalah adalah kerana politik wang. Pada malam terakhir jentera-jentera BN yang dibantu oleh kakitangan-kakitangan Kerajaan menabur wang ke rumah-rumah panjang. Pengundi diberi antara RM30-RM50 dan ada juga RM100 hingga ke jam 5 pagi. Kata-kata pengedar wang ini adalah seperti berikut: “bagaimana Ali Basah dan PKR dapat memimpin kita, memberi RM30 kepada seorang pengundi pun mereka tidak mampu, mana dapat lawan BN”.  Bagi saya, andainya saya mampu memberi wang RM30 kepada setiap pengundi pun, saya tetap enggan membuat demikian kerana itu adalah perbuatan yang tidak bermoral dan salah dalam segi undang-undang pilihanraya.Lebih baik saya kalah tapi kalah dengan bermarwah.

2)         Jentera-jentera BN juga membuat hasutan seperti akan menarik balik rumah-rumah e-kasih dan wang bantuan warga emas jika kampong mereka mengundi PKR. Ini berkesan kerana setiap warga emas tersebut sangat takut dan turut ketakutan juga adalah ahli keluarga terdekat mereka.

3)         Cek pampasan 15 buah rumah panjang di Ulu Balui  diserahkan  pada 14/03/2011 akan tetapi yang diberikan hanyalah 50% sahaja daripada jumlah pampasan.  Tindakan ini adalah satu bentuk ugutan terhadap penduduk Asap/Koyan. Penduduk di ugut bahawa mereka tidak akan dibayar 50% lagi jika mereka memilih untuk mengundi PKR. Mengapa wang pampasan ini dibayar selepas 12 tahun? Bayangkan wang ini dikeluarkan 12 tahun dahulu dan telah disimpan oleh penduduk-penduduk di Amanah Saham Nasional Berhad maka bonus dan dividennya mungkin kini berjumlah belasan ribu!

4)         Isu Maren (aristocracy) telah dibangkitkan kononnya oleh kerana Datuk Sri Tajang Laing, Datin Sri Devung dan Stanley Ajang menyokong saya adalah petanda bahawa  pihak Maren mempertahankan sistem pimpinan Orang Ulu itu. Bagi saya ini sungguh pelik sekali; mengapa berpuluh-puluh lagi golongan Maren yang menyokong Liwan Lagang yang tidak berketurunan Maren?.

Mengikut apa yang terjadi, kalaulah kuasa wang dan taktik ugutan seperti ini berterusan, besar kemungkinan BN akan terus memerintah rakyat Belaga 20 tahun lagi. Pada masa itu kelak segalanya telah habis dan Sarawak akan turut miskin seperti Filipina yang telah rosak akibat pemerintahan Presiden Marcos. Untuk maklumat, pada tahun 1970 Filipina berkedudukan No.2 termaju selepas Jepun dan kini Filipina berkedudukan No. 2 terbawah di Asia.  Ini adalah disebabkan oleh penyelewengan pengurusan Negara.

Walaupun saya kalah tetapi saya tidak menyesal oleh kerana saya dan pejuang-pejuang reformasi yang lain telah menunaikan tanggungjawab kami terhadap masyarakat Belaga.  Saya akan terus berjuang untuk keadilan kepada rakyat Belaga dan Sarawak amnya, tidak kira saya akan jadi calon lagi atau tidak.

Selepas pengiraan undi saya berasa amat sedih. Kesedihan itu bukan kerana saya kalah akan tetapi kecewa kerana peluang keemasan untuk Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru yang dipimpin oleh saudara Baru Bian, satu-satunya wira pembela tanah NCR Sarawak yang saya sanjungi, tidak kesampaian.

Akhir sekali saya memohon maaf jika kata-kata saya semasa berkempen agak kasar terhadap petugas dan jentera BN. Saya tidak benci kepada sesiapa pun tetapi saya marah kerana masa depan rakyat Belaga diketepikan oleh Kerajaan BN. Benci dan marah adalah dua perkara berlainan. Akhir kata salam perjuangan kepada para reformis dan selamat berjumpa lagi kepada penduduk Belaga.

Sekian terima kasih.

ALI BASAH KESING

Calon PKR N.57, (2011)

9 Responses to “Surat Terbuka Ali Basah Kepada Penduduk Belaga.”

  1. TINGANG MADANG Says:

    salam semua….
    Tiada yg mampu diucapkan mlainkan trus bsabar dan bjuang dmi khidupan lbh adil dan telus di kws kita di belaga keseluruhannya, wlpun plhrya dah berakhir tapi….. pjuangan harus diteruskan…. Kerajaan bn dah meneruskan legasi pmimpinannya di belaga spt sblum ini, namun sbg sbuah negara dmokrasi … parti lain spt pkr dsbnya dialu-alukan utk terus myumbang ke arah mmerhati dan memantau pkmbangan smasa di kws kita dr smua sektor agar sgala pyelewangan dan ketirisan dpt dikekang dan diatasi di belaga. Jangan ada pihak yg cuba mhalang amalan dmokrasi yg subur terus bkembang di kws kita… ingat sistem pmrintahan perlu ada check and balance… agar pihak pmerintah tdk ssuka hati mcabuli hak rkyat dan hak bsama. Kpd kalangan pmberi komen yg lantang mberi komen bbtuk sinis dan kcaman jahat kpd saudara basah slma tmph bkempen lalu dan shgga skrang…. terima kasih semua…. atas kata2 itu….

  2. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Sepatutnya penjelasan ini dibuat semasa kempen pilihanan raya yang lalu. Bukankah kita tahu pihak BN menghentam pihak PR dengan isu-isu yg disebut oleh saudara Ali Basah. Walau bagaimanapun, saya harap orang Belaga mulai sedar dan faham isu sebenar. Perjuangan untuk menegak keadilan perlu diteruskan. Jangan asyik membodek dan mengampu saja. Kaki dan tangan kerajaan sepatutnya bertindak neutral dalam segala hal bila berurusan dengan rakyat. Yang menjadi masalah besar ialah kakitangan kerajaan ini telah diprogramkan dalam otak kepala mereka itu yang BN itu ialah kerajaan dan kerajaan ialah BN. Mereka bagaikan komputer yang diberi memori dan berdasarkan memori tersebut, mereka tumpahkan segala taat setia mereka kepada pemimpim BN. Kita pihak PR perlu memperbetulkan masalah ini demi mencapai satu keadilan untuk semua rakyat.

  3. Padan Ulae Says:

    FAHAM dan SEDAR itu tidak cukup bagi orang Sarawak khasnya orang di Belaga. Mereka harus BERTINDAK mengikut prinsip yang betul. kalau sudah tahu semua masalah di Belaga adalah berpunca dari BN mengapa pula masih hendak mengundi BN. Haiya….siapa lah yang harus mengajar kita ni. FAHAM dan SEDAR tanpa bertindak secara betul adalah ‘KOSONG’.

    Failure is the great teacher of success. So my friend Ali cuba lagi lah tapi mesti pandai bercakap di hadapan orang kayan, kenyah, kajang, cina dan melayu. Profesionalism means humility and truthfulness. Hit the right target at the right time….move and move forward then PR will beat BN nicely in the next election. Work it out now.

    For me just allow BN to show its sincerity and truthfulness in making Belaga a ‘safe’ district and return their NCR land to the rightful owners within these 5 years. If not all the community leaders will be terminated once BN kalah. We have not so many quality community leaders nowadays..they are more a contractor than a community leader. Just see for yourselves. Semua projek di Belaga itu cincai punya….hopefully the SPRM will go after these guys.

  4. Belagakini Says:

    Surat terbuka Ali Basah yang diposkan melalui blog belagakini dinafikan kesahihannya oleh Asapkoyan2u. Kalau surat yang tulin ada dalam simpanan Asapkoyan2u, sila tunjukkan!!!!!, kalau tak berani tunjukkan itu bermakna asapkoyan2u manusia pembuhong.

    Untuk makluman pembaca saya diminta oleh saudara Ali Basah ke pejabat beliau dan setiausaha beliau sendiri yang memberikan salinan surat terbuka tersebut dalam bentuk softcopy. Setelah berpuas hati dengan kandungan surat tersebut beliau (Ali Basah) meminta saya memasukkan satu posting khas berkaitan surat terbuka tersebut dalam blog belagakini. Tugas saya hanya memuat naik kandungan surat terbabit dan meletakkan sekeping gambar beliau sebagai header.Tuduhan asapkoyan2u mengatakan saya mengubah kandungan surat Ali Basah adalah tidak benar. Saya bukanlah orang yang tidak beramanah spt asapkoyan2u.

    Asapkoyan2u juga cuba cover line dengan mengatakan dia tidak ajak pembaca blog beliau tonton video porno, kononnya beliau hanya merujuk kepada sumber ketiga dan link daripada blog lain. Sebenarnya menurut “printscreen” spt yg dipaparkan dalam blog belagakini pada 28 april, ada tertulis “dicatat oleh asapkoyan2u” sahaja tidak dinyatakan sumbernya. Akan tetapi kerana untuk memperbetulkan keadaan asapkoyan2u memasukkan “sumber:Pisau.net” kemudian. Inilah yang dikatakan cuba menegakkan benang yang basah.

    Sebenarnya tugas asapkoyan2u dan kawan-kawan sekepala dengannya adalah cuba untuk menunjukkan kepada umum bahawa blog belagakini adalah blog yang tidak berwibawa, mereka cuba menimbulkan kecurigaan kepada pembaca dengan memutarbelitkan fakta. Namun yakinlah dengan usaha yang bersungguh-sungguh kebenaran akan dapat ditegakkan juga akhirnya.

    Saya cuba digambarkan sebagai orang yang tidak berpendirian dengan menyokong pkr-2011, sedangkan pada tahun 2006 menyokong snap. Tahun 2006 snap adalah komponen PR, tapi tahun 2011 snap telah menentang PR dengan bersubahat dengan BN. Bila saya letakkan cogankata DAP pada header blog saya, saya dituduh bakal melompat ke DAP pula,

    Inilah tugas asapkoyan2u, mereka adalah wakil akhbar utusan malaysia (utusan) di belaga, tugasnya sebagai agen propaganda BN. Satu petanda yang menunjukkan asapkoyan2u tidak boleh dipercayaai adalah, pengendali blog ini tidak pernah menampakkan diri… kenapa,,,, takut ka??? Tapi sampai bila nak sembunyi. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sepandai-pandai Osama bin Ladin, akhirnya tertangkap juga.

  5. anak borneo Says:

    SNAP bsubahat dgn BN??
    John Bampa nak masuk BN ka??

    • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

      Sokong liwan = sokong taib. Taib adalah ikon kuku besi, ikon rasuah, ikon bomoh, ikon pemeras harta rakyat sarawak. Jadi sokong Liwan = sokong kuku besi, sokong rasuah yang berterusab, sokong bomoh dan sokong pemeras harta rakyat sarawak. Perkara yang senang macam ni pun asapkoyan2u dan kuncunya seperti anak borneo tak faham.

    • Bloody Hell Taib Mahmud Says:

      Ketua Menteri Sarawak sekarang ialag seorang berimankan Bomoh tegar yang disokong oleh orang Belaga yang majoritinya Kristian. Dalam gereja, kristian selalu melarang kristian menjauhi bomoh dan penipu rasuah, tetapi orang Belaga tetap juga mahu seorang berimankan bomoh berkuasa ke atas mereka. Bagus lagi ikut agama asal, Bungan daripada Kristian hipokrit. Saya berkempen kepada orang Belaga supaya balik kepada agamal asal dulu, iaitu Bungan, barulah orang Belaga ngam sokong Taib Mahmud.

  6. Bloody Hell Taib Mahmud Says:

    Tempat nak komen di asapkoyab2U pun disekat dan dikontrol. ha,ha..takutlah tu…Otak asapkoyan2u sama macam memori komputer atau juga seperti peribahasa melayu hidung kerbau diikat tali dan disorong-tarik sesuka hati oleh bosnya. malu, tidak berprinsip

  7. tingang madang Says:

    setuju benar dgn kata2 bloody hell taib mhmud. Asapkoyan2u dah puas dah itu yg myebabkan dia mlalak… bodo

Comments are closed.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: