3 Hari Tanpa Setitis Air, Terima Kasih Barisan Nasional.

Saya dan keluarga sampai di Uma Nyaving Sungai Asap pada petang 23.12.2011, iaitu setelah menempuh perjalanan selama 2 setengah jam. Jalan Bintulu-Bakun masih rosak teruk seperti sedia kala. Cuma ada sedikit kerja-kerja menabur batu kasar di lubang-lubang yang semakin dalam. Perjalanan kami sekeluarga tersekat hampir 20 minit apabila sampai di jalan Bintulu-Miri, iaitu simpang memasuki jalan Bintulu-Bakun. Tempat ini memang biasa menjadi hentian penduduk Bakun untuk membeli “Babi Panggang dan minuman” sebelum meneruskan perjalanan sama ada ke Bakun-Sg.Asap atau dari Bakun ke Bintulu.

Tempat ini (simpang Similajau) amat sesak dan aktiviti perniagaan berjalan dengan meriah. Namun mendukacitakan ia amat merbahaya kerana gerai jualan dikiri dan kanan jalan terlalu hampir dengan lalulintas. Tambahan pula kenderaan yang melimpasi kawasan ini besar-besar, panjang-panjang dan berat-berat belaka. Tidak terfikikirkan pihak pemerintah untuk mengwujudkan suasana yang lebih selamat disamping menyediakan ruang rehat dan tempat perniagaan yang selamat untuk penduduk Bakun dan sekitarnya???

Bebalik kepada cuti Xmas di Sungai Asap. Bermula pagi 25.12.2011 hingga 27.12.2011 selama tiga hari bekalan air paip di penempatan semula Bakun Sg. Asap terputus sama sekali. Ketiadaan air paip menyebabkan semua aktiviti harian tergendala dan lebih malang kerja-kerja penyediaan juadah Xmas tidak dapat dijalankan.

Masalah seperti ini berulang setiap tahun atau lebih tepat lagi setiap 2 bulan pasti berlaku masalah terputus bekalan air paip di Penempatan Semula Bakun Sg.Asap, disamping masalah harian yang sering dilaporkan air paip yang kotor, berbau hapak, berbuih dan melekit. Bekalan elektrik pula sering terputus bila penggunaan pada musim perayaan memuncak. Sampai bilakah masalah ini akan selesai. Apakah setelah kita memperolehi sebuah kerajaan baru yang lebih bertanggungjawab dan beramanah???. Sama-sama kita nantikan.

Anak saya dan anak-anak buah saya yang pernah mengadakan demonstrasi membantah bekalan air yang kotor di Sg.Asap suatu ketika dulu sekali lagi menjadi mangsa ketiadaan air di musim Xmas yang lalu. Terima kasih Barisan Nasional

Advertisement

2 Responses to “3 Hari Tanpa Setitis Air, Terima Kasih Barisan Nasional.”

  1. idang bulan Says:

    ya, apa yg dilalui olh sdara wing ,itu juga dialami olh hmpir smua kpd di sg asap ms xmas lalu khususnya pagi xmas. Namun yg amat myedihkan lagi ada kpg spt Rh LaHANAN MMG SBlum hari xmas air dah tdk ada. Sebab itulah pd pagi xmas… dek mslh ktiadaan air maka ramai yg tdk dpt pergi ke gereja utk bdoa kerana ktiadaan air utk mandi. Jd kpd 2 pmimpin Bn tu baik ADUN n Mp… berusahalah myelesaikan mslh ini…. bgtu juga mslh elektrik tputus… kalau tk silap pd petang anak YB Dtk Billy berkahwin ikut tradisi Orang Ulu wktu itulah bekalan elektrik tiba2 tputus bbpa ketika. Tolonglah tangani mslh ini utk ms akan dtg agar rkyat tdk akan terus susah.

  2. tingang madang Says:

    Salam thn baru 2012 utk smua pbaca blog ini. Saya nak mnarik phatian kita smua mgnai mslh jalan. Kalau nak dibding thn 2010 dan 2011… jalan pd thn 2010 lbh elok dpd thn 2011 lpas. Kita pulang kpg teruja utk plg kerana lama tk plg kpg tambah lagi nak meraikan hari natal di kpg namun yg amat malang skali slpas kws Tubau jalan raya mulalah teruk skali lubang sana sini… . Jika orang yg tdk biasa alamat… memang akan tjd kjadian tdk baik. Tolonglah selenggara dan pbaiki mutu jlnraya di tmpat kita… apalagi skrg kbykan org mmg mahu plg kpg bsama keluarga mggunakan kderaan sdiri. Sepatutnya pihak bkuasa dr bulan Oktober stiap tahun spatutnya mgambil langkah yg patut dan segera utk mgatasi mslh ini. Bgtu juga 2 YB itu takkan mereka tdk mlalui jalan itu apabila pergi ke Asap dan Koyan. Selesaikan masalah jlnraya utk ksenangan rkyat smua….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.