Helikopter Dan Buah Durian.

  1. Abunsuianyit.blogspot.com memaparkan kisah Orang-Orang Shin Yang kaya raya pergi ke Belaga menggunakan helikopter  untuk membeli Raja Buah-Buah Durian. Sementara Umanyaving.blogspot.com kendalian sepupu aku Thomas memaparkan cerita duka lara, keperitan dan kesengsaraan para penduduk Bakun-Sg.Asap yang melalui Jalan Persekutuaan yang rosak teruk untuk keluar ke Bandar Bintulu demi sesuap nasi- jual hasil pertanian. Apa nak dikata- Inilah hasil politik pembagunan selama 46 tahun.
  2. Cerita sesetengah orang yang sering lalu lalang  menggunakan helikopter di daerah ini bukan asing. Datuk Sng Chee Hua sering guna helicopter untuk pergi menyabung ayam di Bandar Kapit. Dato’ Seri Tiong King Sing guna jet peribadi untuk  tolong selesaikan satu kes ”tawanan rumah” di bandar Bintulu pada tahun 2007. Semasa zaman alayarham Tuan Hj. Idris Bilong (setiausaha politik CM), Datuk Justine Jinggut, Datuk Sri Tajang Laing atau Datuk Sri Nyipa Batok masih jadi YB. Mereka juga seing guna helicopter untuk urusan rasmi dan tidak rasmi. Sampai ada yang guna helikopter untuk pergi Kuman Bahek (piknik) dan menjala ikan. Helikopter Doktor Udara dan helikopter pembalakan adalah fenomena biasa.
  3. Cerita helikopter di Belaga tidak pelik tetapi cukup menarik. Sewaktu masih menuntut di tanah semenanjung pada tahun 1996 saya juga sering gunakan penerbangan malaysia Twin Otter dari Belaga ke Sibu. Menariknya bila nak naik kena timbang berat badan dan ”luggage” terlebih dahulu. Kemudian petugas airport menjumlahkan kesemua berat dan jika terlebih muatan maka barang-barang yang terlebih berat itu kenalah ditinggalkan atau dikirim menggunakan bot express. Pernah terjadi satu kisah ada penumpang yang nak turun di bandar Kapit terpaksa mendarat di Bandar Sibu kerana ada penumpang yang nak cepat ke Sibu. Maka kawan yang nak ke Kapit itu pula dibayar wang tambang (oleh penumpang yang nak cepat Sibu) untuk naik bot express untuk berpatah balik ke bandar Kapit. Aduhai… inilah Belaga yang memiliki pengangkutan Udara, sungai dan darat dan kesemuanya dikendalikan dengan cukup primitif dan skil yang tinggi.
  4. Menyusuri jalan Belaga- Bukit Jayong, hanya yang berpengalaman 10 memandu di ”off road” sahaja yang boleh melaluinya dengan selamat. Ketika melalui jalan ini untuk hari penamaan calon pilihanraya negeri 2006. Ketika itu saya memimpin armada parti SNAP. Calon SNAP John Bampa berlawak-Apek meminta supaya penduduk Belaga membeli kuda supaya dapat melalui jalan itu dengan mudah. Ketika kempen pilihanraya itu juga BN menjanjikan jalan bertar dari Belaga-Bukit jayong bersambung dengan Jalan Persekutuan Bintulu Bakun. Malang sekali sehingga kini masih belum terlaksana. Nampak gayanya puak-puak BN ni penipulah. Sekali lagi isu yang sama akan dibawa ke depan untuk dilanksanakan dalam kempen pilihanraya mendatang. Isu pembangunan jadi bahan kempen tak habis-habis
  5. Jalan Persekutuann Bakun-Bintulu dibina untuk keperluan Projek Hidro elektrik Bakun, dan untuk kemudahan penduduk mengendalikan kehidupan harian dan menjual hasil pertanian. Malang sekali kerana kerakusan lori-lori pengangkut balak dan lori-lori pengangkut buah sawit syarikat paling kaya di bumi sarawak iaitu Shin Yang Group dan beberapa rakan sekutunya maka kini jalan tersebut dikategorikan ”telah musnah” dan langsung tak boleh digunakan lagi dibeberapa kilometer tertentu. Menurut laporan beberapa blog-telah berbuih mulut ketua kaum dan YB mengkomplenkan akan kemusnahan jalan terbabit. Tapi satupun tak berjaya. Usaha sepupu aku Thomas untuk memberitakan perihal kemusnahan Jalan Persekutuan Bakun Bintulu itu harus dipuji. Sekurang-kurangnya budaya KPI (Key Performance Indicator/Penanda aras Utama Prestasi), telah serba sedikit difahami oleh Bangsa Orang Ulu. Sejajar dengan perlantikan Datuk Sri Idris Jala sebagai PEMANDU-KPI. Kalau ada kesempatan aku akan tulis satu posting khas untuk Budaya KPI ini.
  6. Berbalik kepada Isu jalan Persekutuan tadi, beberapa persoalan bermain dalam minda aku.
  7. Kenapa JPJ tak tahan lori-lori balak yang melalui jalan tersebut secara haram.
  8. Jalan bertar dibina guna duit pembayar cukai, tapi digunakan oleh syarikat balak.
  9. Kenapa SPRM tak siasat JPJ yang tak nak buat kerja (pasti ada sebabnya).
  10. Kenapa nyawa dan kebajikan rakyat diperjudikan oleh sebuah parti yang memperolehi kuasa memerintah daripada rakyat ?
  11. Kenapa papan tanda aduan kerosakan jalan persekutuan diletak pada jalan yang bukan dibawah bidang kuasa persekutuan?
  12. Kenapa tak ada lagi penduduk sarawak yang ditimpa kemalangan ketika melalui jalan ini  menyaman pihak yang cuai menjaga   ”maintenance” jalan ini.
  13. Kenapa YB YB BN macam tak berapa berupaya saja nak selesaikan masalah rakyat.
  14. Rumusannya, jalan, jambatan, bangunan, Hospital, kedai,Balai Polis dan lain-lain bukan dibina untuk kemudahan rakyat. Tapi dibina untuk kemudahan pihak syarikat yang bakal memberi keuntungan kepada kerajaan BN yang memerintah. Slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan hanyalah retorik semata-mata. Kita lihatlah dimana-mana di bumi sarawak ini. Dimana ada projek kroni-kroni BN disitulah adanya kemudahan-kemudahan ini.
  15. Percayalah rakyat tidak buta, tapi menantikan masa yang sesuai untuk menggunakan ”KUASA SATU UNDI”

%d bloggers like this: