Exspidisi Tapak Warisan.

KENANGAN1

  1. Pada 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia. Impak keputusan itu, rakyat Malaysia menangis air mata darah sekalipun tak akan dapat memulangkan Pulau Batu Puteh ke dalam peta Malaysia.Malaysia berputih mata, Singapura riang gembira. Inilah nasib bangsa yang leka.
  2. TAPAKWARISAN
  3. Mengambil pengajaran daripada peristiwa Pulau Batu Puteh , saya bersama keluarga mengerah kudrat melancarkan dua(2) exspidisi mengenalpasti dan menanda “Tapak Warisan Uma Nyaving” dan “Tapak Warisan Uma Balui Liko”. Pada 31.10.2009 (dalam rancangan) ini adalah tarikh perletakkan rasmi Batu Asas Tapak Warisan tersebut. Mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai exspidisi 31.10.2009 ini, boleh berhubung terus dengan saya di 019-8762230.
  4. babi
  5. Sebelah petang tadi saya menghubungi En. Awang Narudin (MCHJV Liaison officer), beliau menjelaskan bahawa proses memenuhkan air dalam Empangan Bakun akan bermula pada bulan november depan (kalau ikut jadual). Jadi mana-mana Rumah Pajang yang turut berminat untuk menanda tapak Rumah Panjang masing-masing. Silalah menyertai kami. Marilah kita sama-sama meletakkan asas sejarah bangsa kita. Nanti kalau dah ditenggelami  air. Nak tanda macam mana?. Bila nanti wilayah kita dah digenangi air bak lautan. Bolehlah kita ikatkan pelampung buat menanda tapak rumah panjang kita. Maka anak, cucu,cicit kita dikemudian hari akan tahu bahawa wilayahnya terpaksa dikorbankan demi kemajuan 1Malaysia .
  6. Ketika mengetuai dua exspidisi terdahulu, saya dok tertanya-tanya, berakah harga keseluruhan wilayahku ini. Iaitu harga tanah yang subur, rumah panjang yang ditinggalkan, bangunan, kebun-kebun,pokok-pokok balak, herba, buluh,  ikan (empurau),babi rusa, batu, pasir,air. Juga berapa harga sejarah, kesenian, warisan,budaya, kenangan dan pemandangan yang ditinggalkan. Saya juga tertanya-tanya berapa harga cacing, siput, katak, ular,kura-kura, burung ubing dan hidupan liar dari sepsis yang terhad. Berapa pula harga air terjun, anak-anak sungai, gunung dan gua-gua. Berapa harga aktiviti  kuman bahek, pusut angah, meledoh, ngayo, “anyu”, “dayak”, “hatung” dan mesek teluran. Kalau diperincikan lagi masih begitu banyak lagi yang tak terhitung. Jadi kerana tak pandai menghitung saya serahkan kepada Gabenor Bank Negara untuk menaksirkan nilainya.
  7. Ibarat kemalangan di jalan raya, yang telah terkorban nak buat macam mana?. Tapi yang masih ada kenalah dipelihara. Setelah Empangan Bakun berjaya didirikan, tanah-tanah disekitar wilayah rumah panjang , tetap milik kita. Kita jangan takut pada “ SURAT PERJANJIAN PENGHAPUSAN HAK”-menurut seksyen 5(3)dan 4, bab(81) Kanun Tanah Sarawak, yang telah dipaksakan ke atas kita. Dalam soal ini, saya berkeyakinan penuh kepada keupayaan Lawyer Paul Raja, Baru Bian, Harrison Ngau, Ali Basah (sekadar menyebut beberapa nama lawyer Orang Ulu) untuk mempertahankan hak kita. Dalam pada itu tak kan lah barisan lawyer  Pakatan Rakyat di semenanjung tak bantu.
  8. Bagi  penduduk-penduduk 15 buah rumah panjang yang dipindahkan ke Skim Penempatan Semula Sg.Asap. Mana-mana kebun, Rumah Panjang dan harta benda yang belum dibayar oleh kerajaan, kenalah dapatkan perintah “injunction”  daripada mahkamah untuk menghalang pembanjiran kawasan tersebut. Kerana pembanjiran kawasan terbabit sekaligus menghapuskan bukti-bukti penting terhadap tuntutan kita. Jadi kuasa di tangan kita. Maka bertindaklah sekarang. Jangan sampai episod Pulau Batu Puteh berulang.
  9. Jelas kepada kita Bangsa Orang Ulu yang mendiami Bakalalan, Telang Usan, Tubau dan Belaga bahawa YB dan kerajaan yang mewakili suara kita di Dewan Undangan Negeri ibarat pagar makan padi. Sebelum segala harta pusaka dan warisan kita tergadai dek kerana slogan 1Malaysia, marilah kita sama-sama menggunakan KUASA SATU UNDI pada pilihanraya yang akan datang.- ATEYPUTI.


%d bloggers like this: