Perginya Sang Rajawali

IMG_1202

Langit tampak suram ketika ayahanda Temenggong Talik Lisut(status menurut salasilah keluarga sebelah isteri) menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan keluarga tercinta pada 13.09.2009 yang lalu. Mendiang menderita asma selama  lebih 10 tahun yang lalu. Naluri saya rasa terpanggil untuk menukilkan sedikit coretan sekitar majlis istiadat pemakaman yang telah dilangsungkan pada 28.09.2009 yang lalu.

IMG_1127

Kerana tugas yang menghambat, maka saya dan keluarga hanya berpeluang untuk menghadiri hari-hari terakhir majlis tersebut. Walau bagaimanapun saya dan keluarga secara peribadi begitu bersyukur kerana sebelum pemergiannya, beliau beberapa kali menginap di rumah kami di Bintulu. Kesempatan itu memberi ruang peribadi buat saya mengenali hati budi mendiang secara dekat. Walaupun dalam kesengsaraan beliau bertarung dengan sakit yang kian berat.

IMG_1259

Pada saya mendiang adalah seniman,pemimpin dan budayawan yang memiliki nama besar yang disegani kawan dan lawan. Pemergiannya diratapi bukan sahaja keluarga, malah seluruh masyarakt yang bernaung di daerah Belaga. Ini terbukti dengan ucapan takziah dan bantuan yang dihulurkan oleh segenap lapisan masyarakat Belaga. Perasaan saya terhadap mendiang terangkum dalam puisi nukilan WS Rendra berjudul Rajawali.

Sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri

Rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti

Langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara

Rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya

Hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat matamorgana

Rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka.

IMG_1220

Sama-samalah kita berdoa semoga roh mendiang ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi TUHAN. Amin.

Catatan Kenangan-Anak sulung saya menukar judul lagu “Terlanjur Cinta”-Lagu nyayian Rossa ft Ungu kepada Perginya Sang Rajawali gara-gara saya menggunakan lagu tersebut sebagai latar audeo untuk klip video majlis pemakaman tersebut.

4 Responses to “Perginya Sang Rajawali”

  1. semang Says:

    jangan lupa kompeni aku ari tu dah beri derma 200liter diesel lepas tu pam penuh lagi kreta Liling tu hehe..ya semoga dia berehat dengan damai.

  2. belagakini Says:

    Terimakasih atas sumbangan ikhlas itu

  3. semang Says:

    akhirnya kau berjaya juga.Tahniah! haha..

  4. Abraham Says:

    semang berkira juga sapa kamu ni???boleh saya kenal ka??saya cucu temengung talik bernama barieng cari dekat amin ayak bilik maren uma…

Comments are closed.


%d bloggers like this: