Gambaran Kekuatan BN Sarawak.

Dato Sri Anuar bersama rakyatSaya yakin dan percaya, bukan mudah untuk Pakatan Rakyar(PR) membelasah kerajaan Negeri Sarawak yang ada sekarang. Keupayaan Dato’Seri Tiong King Sing (Tiong) mempertahankan kedudukannya sebagai pengerusi BNBBC- walaupun telah beberapa kali disiasat oleh SPRM berhubung skandal PKFZ  memperlihatkan pengaruh dan kuasa wang yang dimiliki Tiong. Pendedahan pembabitan Tiong dalam skandal PKFZ melalui Kuala Dimensi oleh Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat (Tkeat) langsung tidak memberi bekas.

Malah Tiong bingkas menyerang Tkeat sehingga menyebabkan presiden MCA itu ketika ini bernafas menggunakan talian hayat. Terbaru proksi Tiong, ahli parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz menyerang Tkeat dan Senator Tan Sri Dr.Koh Tsu Kon-dua tokoh BN ini dipaksa meletak jawatan. Tak semena-mena dua tokoh presiden parti terbesar masyarakat Cina di tanah semenanjung ini dipaksa berundur?? gara-gara meletakkan KPI yang rendah terhadap Tiong. Agak hairan mengapa Mohamad Aziz tidak menyerang Tiong sedangkan bencana yang Tiong usahakan lebih besar ruginya terhadap  rakyat dan negara. Oh.. rupanya saya terlupa yang bencana  yang Tiong usahakan tidak membawa kepada kemerosotan sokongan terhadap BN malah dengan wang ratusan juta pasti akan membawa kejayaan kepada BN sarawak dalam pilihanraya akan datang.

Pakar strategi Tiong telah mengusahakan penubuhan Parti Pakatan Rakyat Malaysia diketuai Gabriel Adit Demong(panglima HHTA-hangat-hangat tahi ayam). Memperlihatkan sesiapa sahaja boleh dibeli dan diperalatkan oleh Tiong. Tiong adalah aset berharga BN Sarawak, dan kita jangan lupa bahawa BN Sarawak memiliki beberapa karekter seperti Tiong. Jadi awaslah PR. Jangan asyik bermimpi, usahakanlah agar mimipi menjadi realiti.

P/s- Para penyokong PR sila emailkan pendapat anda ke sayugya@yahoo.com.

3 Responses to “Gambaran Kekuatan BN Sarawak.”

  1. Abun Says:

    Kuasa BN memang kuat di Sarawak. Baru baru ni saya sekeluarga baru baru ni sempat balik ke Belaga. Saya agak terperanjat bila diberitahu bot ekspess dari Belaga ke Sibu sudah lebih 2 bulan tak berfungsi sebab masalah “kemarau” yang sebenarnya disebabkan oleh perubahan paras air sungai Rejang kesan dari impak Empangan Bakun.
    Jadi terpaksa guna kereta ikut jalan dari Sibu ke Bintulu and kemudian ke Belaga. Satu pemgembaraan yang begitu sukar sekali lebih lebih sekali dengan anak-anak kecil sekali.
    Jalan kem balak bukan sahaja tak selesa tapi juga mengundang maut kerana lori lori balak yang sibuk menghantar balak keluar masuk dari kem.
    Dalam hati saya…dahlah jalan sungai terjejas, jalan alernatif pun diabaikan…Belaga dah jadi seperti Ghost town….sedih sekali…tapi penduduk Belaga macam tak kisah sangat dengan masalah ni….
    Berbanding dengan Semenanjung Msia, kampung orang asli pun ada jalan tar yang elok and mudah untuk diakses….silap-silap nanti negeri kita mungkin akan jadi seperti Sabah…negeri termundur di Malaysia sedangkan negeri kita dan Sabah kaya dengan Natural Resources….
    Tapi saya percaya Tuhan tidak buta…apa jenayah ke atas alam dan manusia pasti tidak akan terlepas dari hukumanNya….itu saya yakin. Kita akan tunggu dan lihat.j

  2. belagakini Says:

    Ayuh Orang Muda Geng Kita… Bangkitlah.
    Jangan b kerana kebendaan,
    berjuanglah kerana kebenaran.

  3. semang Says:

    PR Belaga apa macam? lama dah diam ni,seperti yang slalu aku cakapkan
    1. Belaga perlu pembangkang/PR
    2. tetapi pembangkang/PR itu perlulah sepenuh masa,jangan jadi seperti lagu ‘we wish you a merry Cristamast’ yang hanya berkumandang pada bulan 12 sahaja,habis bulan 12 senyaplah lagu tu,jadi cam tu la pembangkang/PR di Belaga ni aku lihat,bila masa nak berpilihanraya je muncul akhirnya betul la BN cakap ‘pembangkang hanya pandei cakap je,tapi omong kosong’ akhirnya yang jadi mangsa orang2 kampung.
    3. pembangkang/PR itu pula mestilah bersedia untuk tidak menang dalam pilihanraya sebanyak 10 kali,saya percaya pada cubaan yang ke 11 dia akan menang.
    4. kerana itu pembangkang/PR Belaga mestilah sabar,tabah dan konsisten dalam perjuangan-jangan tamak Haloba,banyak isu2 kehidupan sehari-harian kita di Belaga yang perlu diperjuangkan dan dibela oleh pembangkang/PR.

Comments are closed.


%d bloggers like this: