Empangan Hidro-Rakyat Belaga Berhak Dapat Royalti(Part I).

model Empangan Murum,Sarawak

1. Saya dimaklumkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa YB Liwan melalui AKDC telah mengerakkan usaha menuntut royalti penjanaan Tenaga Hidro Bakun daripada Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak 10%.

2. Antara komponen dalam tuntutan yang dikemukakan melalui Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau itu meliputi bayaran royalti air (RM0.01/kwh) sebanyak RM155 juta, bayaran Temporary Occupationary Lease/TOL sebanyak RM3.7 jta,bayaran lesen penjanaan(mengikut kuasakuda)  sebanayak RM3.6 juta (selama 30 tahun) dan bayaran lesen penjanaan tetap setiap tahun sebanyak RM100,000 setahun. menjadikan jumlah keseluruhannya RM162.30 juta.

3. Kemunculan isu royalti penjanaan tenaga hidro dalam persiapan kerajaan negeri menghadapi pilihanraya DUN yang tidak lama lagi merupakan ujian keikhlasan kerajaan BN terhadap penduduk Belaga. Andai benar kerajaan negeri berniat memberikan royalti itu kepada penduduk Belaga. Besar kemungkinan BN akan terus berkuasa di DUN Belaga. Tapi jika tidak penduduk Belaga bakal menggerakkan usaha menuntut royalti itu melalui Pakatan Rakyat. Untuk itu kerajaan BN diingatkan supaya menyerahkan royalti itu sekarang atau bila tiba musim pilihanraya nanti atau bersedia ditendang keluar dari daerah Belaga.

BAKUN

4. Buat masa ini saya dimaklumkan oleh barisan kepimpinan PR Belaga, bahawa gerak kerja memperkemaskan strategi, jentera dan struktur parti sedang giat diusahakan. Menjelang fajar 1 januari 2010, PR telah siap untuk bertempur dengan BN.

5. Buat YB Liwan dan kumpulannya, syabas kerana berani mengutarakan tuntutan berkenaan, tapi awas akan risikonya. Biasanya sepak terajang politik sama seperti filem Hindustan. Apapun rakyat memang memerlukan YB yang berani kerana benar. Takut kerana ingin mengampu.

6. Khabarnya kerajaan negeri bakal membina 10 lagi empangan besar di sekitar Belaga. Jadi silalah kita bentuk Jawatankuasa untuk mengutip royalti-royalti daripada penjanaan tersebut. Ketahuilah hanya melalui saluran politik sahaja isu tersebut dapat diperjuangkan. Maknanya tanpa pembangkang yang kuat. BN tak akan tunduk. Kalau kita perhatikan hari ini. PM 1Malaysia bersetuju membayar royalti kepada kerajaan Negeri Kelantan. Tapi tetap juga dipolitikkan dan dinamakan bayaran Wang Ehsan. Tak mustahil modus operandi yang sama akan digunakan ke atas kita.

7. Wahai penduduk Belaga sekalian, perbaikilah corak permainan politik masing-masing. Jangan gunakan strategi dan skil-skil lapuk yang mudah dibaca. Hanya apabila kita jadi pemain politik yang licik. Barulah BN dapat ditumpaskan. Sekian salam perjuangan.

 China-ASEAN Forum Nanning 28 - 29 Oct 07

3 Responses to “Empangan Hidro-Rakyat Belaga Berhak Dapat Royalti(Part I).”

  1. semang Says:

    1.semogalah PR Belaga benar-benar aktif 1/1/2010 nanti.Saya memang teramat sangat melihat DUN Belaga ini ada pembangkang yang aktif,proaktif dan positif.Jika tidak selamanyalah YB dari BN akan menggunakan ‘kuman bahek’, majlis rasmi merasmi dan waktu2 kesedihan(kematian,rumah panjang terbakar) untuk menunjukkan bahawa mereka adalah YB yang berjiwa rakyat dan kita jangan salahkan saudara mara,sahabat handai dan pengundi Belaga sekiranya mereka masih melihat bahawa hanya BNlah ‘permata hati mereka’ hanya BNlah yang mampu mengubah hidup mereka(sedangkan mereka sebenarnya ada alternatif-iaitu PR)akhirnya yang terus di takuk lama adalah kita-rakyat jelata. Jadi sekali lagi,semogalah PR Belaga akan benar2 hidup bermula 1/1/2010 itu nanti.
    2. Untuk mengubah dan memperbaiki corak permainan politik penduduk Belaga ia sangat-sangat memerlukan keazaman dan kesabaran yang tinggi,ia tidak hanya diutarakan di atas kertas sahaja tetapi mestilah diterjemahkan kepada perbuatan kita.kerana itulah saya pernah berkata bahawa pembangkang mestilah bersedia untuk kalah pada pilihanraya DUN sebanyak 10 kali kerana dengan azam dan sabar yang tinggi dan dengan berkat serta izin Tuhan maka pada cubaab ke 11 PR akan menang.Dan rakyat jelata juga(seperti saya) ingin melihat ‘bukti’ maka bukti itu adalah ‘tindakan’ kita. Lihat sahaja Asap(belum termasuk Belaga secara keseluruhannya)-sampahnya merata-rata,paritnya tersumbat dan rosak-jadi untuk mengubah mentaliti para pengundi/penduduk Belaga ia tidak cukup hanya di atas kertas tetapi ia mestilah diterjemahkan kepada tindakan(buktikan)-bagaimana kita heret BN untuk bertanggungjawab terhadap kelemahan pentadbiran mereka sendiri dan bagaimana kita telah menggunakan sumber kita sendiri hingga kita telah berjaya menyelesaikan masalah2 rakyat-dari sana barulah mentaliti penduduk/pengundi Belaga akan berubah-rupa-rupanya mereka ada alternatif dan alternatif itu pula boleh dipercayai dan diharap.
    3.Maka di sini jugalah saya melihat kenapa Belaga perlu ada pembangkang sepenuh masa(bukan hanya muncul bila mauk dekat election sahaja,nanti samalah ia seperti lagu ‘we wish u a meri Krismas’) kerena azam dan kesabaran yang tinggi hanya akan muncul apabila kita betul2 komited dalam apa yang kita buat,saya bimbang jika pembangkang yang ada sekarang hanya mengejar ‘wang ringgit’ dari kerajaan. kita pernah dan biasa dengan istilah ‘pok pakei kelumak kelbu’ kan? dan benda ini memang pernah betul terjadi di Belaga kan?

  2. Raymond B Says:

    Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang sangat rajin mengkritik perjuangan BN.Saya teringat semasa suatu ketika dahulu pernah mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan piala Ketua Menteri.Pembahas-pembahas masing-masing menunjukkan kepetahan dan kepintaran ala seorang ahli polotik mengutarakan isu-isu dan membidas hujah lawan.Tidak jauh bezanya dibandingkan dengan karektor-karektor mereka yang suka mengkritik perjuangan ikhlas pemimpin BN di Belaga.Saya orang Belaga juga.Saya fikir bukan saya seorang sahaja yang mendapat tempias pembangunan BN.Sebenarnya sudah banyak pembangunan telah dilaksanakan khusus untuk kemudahan rakyat Belaga.Sedangkan anda yang mengkritik BN pun ‘BANYAK MAKAN’ pembangunan ini juga.Apa yang saya lihat isu-isu yang mereka dedahkan ini memang tak ada satu parti politikpun boleh menyelesaikannya secara total dan dalam masa yang singkat apatah lagi PR yang cuma lahir semalam.Pembangunan berterusan menjadi pegangan BN.Pembangunan secara total tidak datang dengan segera semuanya.Bukan macam ‘order mee kampua’.Syok mengkritik sehingga tidak nampak langsung pembangunan yang telah dicurahkan oleh BN.Inilah sifat-sifat mazmummah yang cuba ditonjolkan oleh mereka yang kurang berusaha memperbaiki cara hidup sendiri.Ingin menjadi orang (VIP) tetapi tak ada orang beri perhatian.Akhirnya sendirilah angkat jadi YB pekik sana pekik sini.Ibarat seekor ayam jantan berkokok dalam sangkar.Nak jadi public figure gunalah cara yang patut dengan menyertai perjuangan BN.Saya percaya jika kita sentiasa bersama BN memperjuangkan hak kita tidak mustahil kita mendapatkannya dengan mudah.Oleh itu saya mengajak mereka yang suka memburukkan kepimpinan BN serta menidakkan pembangunan yang telah ada kembali berjuang bersama kerajaan.Jangan buang masa bersama parti (PR) yang jelas tidak berdaya melaksanakan apa-apa di tempat anda.

  3. semang Says:

    saudara Raymond,

    Belaga akan lebih maju sekiranya ada parti pembangkang yang kuat.Sila ke http://www.umanyaving.blogspot.com.

    sekiranya anda benar-benar ingin melihat Belaga berjaya/maju maka nasihat saya untuk saudara adalah-anda mestilah bersedia/terbuka bahawa BN Belaga memerlukan pembangkang yang kuat.

    dan BN mestilah terbuka dan dengan berlapang dada menerima kritikan-kenapa mesti takut dengan kritikan?

Comments are closed.


%d bloggers like this: