Uma Nyaving Akan Lebih Maju Di Bawah Pentadbiran Baharu.

Saya dibantu oleh sekumpulan juruaudit yang dilantik bertungkus-lumus menyiapkan laporan akhir penarafan terhadap semua rumah panjang di Skim Penempatan semula Bakun (Sg.Asap dan Sg.Koyan).

Tidak mengejutkan petunjuk awal memperlihatkan Uma Nyaving menduduki senarai 7 rumah panjang tercorot dalam kutipan mata keseluruhan. Antara lain penarafan meletakkan mata(point) 1 hingga 10 untuk setiap kategori yang dinilai. Antara kategori utama yang dinilai ialah,bidang ekonomi, pendidikan, keagamaan, keselamatan  dan kesihatan, kepimpinan, Keceriaan, penganjuran dan kemudahan infrastruktur.

Walaupun terdapat 6 buah lagi rumah panjang yang berada dibawah kedudukan Uma Nyaving, ini tidaklah mendukacitakan kerana rumah-rumah panjang terbabit tidak ditadbir oleh golongan yang  berpendidikan. Berbeza sekali dengan Uma Nyaving yang diterajui oleh Datuk Sri Bok Tajang Laing dan Datin Sri Devong Anyie. Datuk Sri Tajang pernah dilantik sebagai Menteri dalam kabinet negeri sarawak. Pernah dahulu Datuk Justine Jinggut (MP-Ulu Rajang) menjadi menantu di Amin Ayak Uma Nyaving dan juga Uma Nyaving pernah memiliki YB Ajang Batok. Anak-anak Datuk Sri semuanya mendapat pendidikan tinggi sampai cucuratap.

Kini  Uma Nyaving terumbang-ambing, ditengah-tengah perlumbaan ekonomi,politik dan kepimpinan. Pernah dahulu(sekitar tahun 2004) saya bersama pemuda/pemudi Uma Nyaving memanggil satu mesyuarat di Awa Robert Legan & family. Dalam mesyuarat itu kami penduduk Uma Nyaving sebulat suara mahu melantik Ketua Rumah Panjang yang baru menggantikan Datin Sri Devong. Namun orang yang kami cadangkan untuk menjadi ketua baru kami iaitu En.Robert Legan masih belum bersedia. Kami akur.

Pada perkiraan saya kini tibalah masanya untuk mesyuarat diadakan semula untuk melantik ketua yang baru. Setelah ketua-ketua yang sedia ada gagal menjalankan tugas-tugas mereka. Lagi pula En.Robert Legan pun sudah bersara dari tugasnya dengan Polis Malaysia.

Uma Nyaving tidak harus menjadi mangsa percaturan politik dan kuasa untuk selama-lamanya. Selama lebih 50 tahun dibawah pentadbiran keluarga Datuk Sri Bok tidak membawa Uma Nyaving kemana-mana. Tidak ada satu bidang pun dalam kategori yang dinilai Uma Nyaving mencapai mata yang baik. Malahan Wang Pampasan Uma Nyaving pula yang di”mangsakan” untuk kepentingan politik dan kuasa. Kini krisis dalaman terus merebak dan melarat, bukan sahaja dikalangan penduduk Uma Nyaving, malah menjangkiti tetangga terdekat Uma Belor. Beberapa siri perbicaraan telah berlangsung dan seperti yang kita sedia maklum Datuk Sri Bok dengan selamba memutar dan membelitkan semua fakta. Kedudukan kini Datuk Sri Bok 30% dan Uma Belor 70% untuk menang. Tapi dalam sistem kehakiman negara ini apa-apapun boleh berlaku.

Berbalik kepada peneraju pentadbiran baru Uma Nyaving, tentu ada yang bertanya mengapa saya memilih En.Robert Legan. Perkiraan saya mudah saja. Pertama kerana pengalaman beliau yang lebih 30 tahun dalam perkhidmatan kerajaan. Memiliki sifat kepimpinan dan terbuka. Keluarga beliau secara keseluruhan mencapai satu tahap yang sederhana dalam bidang pendidikan,pegangan agama yang “boleh tahan”, tahu main peranan dan berjiwa rakyat. Perlu saya tegaskan bahawa kreteria yang beliau dari keluarga Maren tidak termasuk dalam pertimbangan ini.

Pada saya Uma Aru pada masa kini dan masa mendatang harus diurus tadbir seperti sebuah syarikat, yakni berotientasikan keuntungan dan pencapaian. Dipimpin oleh sekumpulan orang yang memiliki kelayakan profesional dan kepakaran tertentu. Ketua bolehlah diibaratkan sebagai CEO yang dibayar gaji mengikut kemampuan dan pencapaiannya. Institusi ini harus mampu membina kekayaannya sendiri dan merangka plan pembangunannya berteraskan matlamat yang dikongsikan bersama. Uma Aru abad ke 21 ini harus berunsurkan kebajikan, ketelusan dan kasih sayang.

Secara terperincinya CEO harus mampu menjana pendapatan dan pembangunan untuk setiap penduduk rumah panjang. Setiap penduduk rumah panjang memegang saham seperti mana diperuntukkan.Penduduk bebas mengukur pencapaian ketua mereka dan bebas pula memilih pemimpin baru jika yang sedia ada didapati telah menyeleweng dan gagal.

Dalam bahasa mudah seseorang ketua Uma Aru harus pastikan.

1. Semua penduduk memiliki kad pengenalan,berdaftar sebagai pengundi, berdaftar dengan agensi kebajikan(Ibu tunggal,warga Emas dsbnya) dan mendapat bantuan sebagaimana sepatutnya.

2.Semua penduduk harus mendapat pendidikan sesempurna mungkin,mendapat penjagaan kesihatan yang diuruskan oleh AJKKK Uma Aru.

3. Bebas untuk berpersatuan, berpolitik dan beragama.

4.Tengaran/perbicaraan dijalankan secara adil dan saksama. dan banyak lagi…

Kesimpulannya, adakah Uma Aru yang kita duduki sekarang memenuhi ciri-ciri yang telah saya nyatakan. Kalau bukan tepuk dada-tanyalah diri anda. Kalau tak sesuai tukarlah. Bagi ketua Uma Aru yang dah lanjut usia. Berundurlah.Zaman sekarang zaman sains dan teknologi, zaman orang pergi ngasok/memburu menggunakan GPS dan imej langsung dari satelit. Zaman meju teloh dan anjing buruan manual semata-mata telah berakhir.

4 Responses to “Uma Nyaving Akan Lebih Maju Di Bawah Pentadbiran Baharu.”

  1. semang Says:

    aku pernah calonkan diri ku jadi Maren Uma uma Nyaving,ko pulak yang cantas aku…ko bilang aku tidak layak la,aku tidak ada cengkaman dan genggaman ko juga kata..pemerintah yang ada sekarang sudah sangat-sangat berjaya mentadbir Uma nyaving,sekarang? alih-alih..ko kata perlu tukar…jangan2 ko pun minat nak jadi Maren Uma Uma nyaving ya? haha…
    Bro,mana kawan kita yang suka main peranan itu? hehe..
    ya,berusaha nah itam untuk evolusikan Uma Nyaving yang kita cintai ini.

  2. bua Says:

    sayu pehabung,

    adai meran pah daho anan, akui pikep dahun kuwak anih he… he. seng ikem jd MU yah????
    Apapun sayu anan, nengayet meju lun urip U.N

  3. semang Says:

    semoga saudara punya blog implementasikan buah pikirannya ini-satu sadangan yang menarik tetapi melaksanakannya itulah payah.Secara prinsip/peribadi-aku tidak ada masalah jika dilantik jadi MU Uma Nyaving kerana rasa sayang dan kebertanggungjawaban aku dengan kampung ku sendiri.Seburuk2 Uma Nyaving ia adalah kampung ku-jika bukan aku siapa lagi yg akan membawa gelombang perubahan itu? Bua sila baca ‘Badan pemikir’ di http://www.umanyaving.blogspot.com.

  4. terkilan Says:

    Ya…memang aku akui mmg U.N tertinggal sedikit dari segi pembangunan,pendidikan,pentadbiran n byk lagi….berbanding rumah panjang yg lain….

    Walaupun ramai yg mengetahui M.U kampung ku memang org yg kebanyakan-PEndek kata semua berpendidikan tinggi,namun bak kata Semang dan KAwan yg lain sedikit pun tiada perubahan yg d lakukan…

    Sejak dari kecil sampai skrg perubahan masih belum ada. Banyak cerita dan skim yg d buat kononnya utk warga kampung,tp d sebaliknya untuk kepentingan diri sendiri.

    Berbalik kpd pampasan, sampai sekarang belum ada jawapan,,,,d mana kh sebenarnya duit tu d simpan????? tkkan ada sedikit pun rasa simpati d hati utk mengagihkan duit untuk panyin…Ramai yg hidup dalam serba kekurangan tp,d manakh perasaan simpati mereka yg bertanggung jawab.

    Warga U.N ayuh kita bangkit sebelum makin parah…..

Comments are closed.


%d bloggers like this: