Rebranding Belaga.

Apa yang dapat saya perhatikan, selain daripada Bakun menjadi buah mulut antarabangsa. Perkara kedua yang boleh menjadikan Belaga popular adalah Ikan Empurau. Hasil tinjauan saya di Highland Restaurant  Bintulu. Sekilo Ikan empurau(steam) dijual dengan harha RM500. Bayangkan kalau dapat ternak ikan empurau hingga seberat 5kg. Boleh jadi kaya orang-orang Belaga. Bagi  yang berminat bolehlah menghubungi Dr.Elie Luhat, seorang anak Belaga yang mengusahakan penternakan Ikan Empurau.

Melalui posting ini saya memohon kerjasama semua penduduk Belaga berkerjasama memajukan Belaga. Perkara pertama yang akan kita lakukan ialah penjenamaan semula (rebranding) Belaga,  kita mulakan dengan meletakkan mercu tanda daerah Belaga yang baru. Buat masa ini apa yang saya tahu mercu tanda daerah Belaga ialah Burung Kenyalang, dan apa yang kita tahu burung kenyalang adalah perlambangan rasmi negeri Sarawak. Untuk itu saya mencadangkan agar kita menjadikan ikan Empurau sebagai mercu tanda bagi daerah kita. Jika cadangan ini mendapat sambutan daripada semua penduduk Belaga, saya akan mengemukakan cadangan ini kepada YB kita, pejabat Daerah dan tuan Resident. Sila hantarkan komen dan pendapat anda.


%d bloggers like this: