XYB-Makan Sambil Cari Ilham Politik.

Saya, Ibu dan Ayah dijemput oleh XYB. Ajang Batok untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Lahanan Sarawak. Saya meminta supaya Ibu dan Ayah untuk hadir kerana orang yang menjemput tak bersemuka untuk menjemput saya. Bukan niat saya untuk besar kepala. Tapi adalah lebih baik berjaga-jaga, takut-takut kalau-kalau jemputan itu ajak-ajak ayam. Petang itu saya meneruskan rutin harian bermain badminton.

Sedang seronok bermain,Protem Ketua PKR Belaga Mr. Ali Basah call meminta saya menghadirkan diri mewakili beliau, sebab beliau tak dapat hadir kerana sedang mengikuti seminar di Miri. Beliau memaklumkan yang beliau ada sponser satu meja. Kerana demikian saya bersetuju, tetapi status kehadiran saya adalah sebagai pemerhati.

Sebagai pemerhati saya kenalah hadir awal supaya dapat merakamkan segala peristiwa dengan lengkap. Jam 7.03 saya,ibu dan ayah tiba di Li Hua Hotel Bintulu. Didepan pintu Lift kami disambut oleh sekumpulan gadis manis Kaum Lahanan lengkap berpakaian tradisional.Juga Presiden Persatuan Lahanan Sarawak Mr.Bilong Siting dan AJK. Dewan telah separuh penuh. Ayah dijemput ke meja VIP- ayah menolak sebaliknya kami menuju ke meja yang dikhaskan, seperti mana yang dimaklumkan oleh Mr.Ali.

Beberapa minit kemudian beberapa ketua kaum memasuki dewan, turut kelihatan Bapa Pemancar Umek Jeno dan Isteri.Kemudia YB Datuk Billy dan rombongan memasuki dewan dan kemudian XYB.Ajang.Mr.Jenun datang menjemput ayah untuk duduk di meja VIP. Betul-betul bersebelahan dengan XYB.Ajang.

Majlis bermula dengan ucapan oleh Presiden Persatuan Lahanan Sarawak, Mr.Bilong Siting. Ucapanya boleh tahan juga. Kemudian Majlis mempersilakan YB Datuk Billy untuk berucap. Ucapanya Ok. Tapi yang agak menarik apabila beliau menyentuh soal politik. Katanya kini kerajaan BN lebih prihatin terhadap nasib penduduk Belaga, khususnya penduduk Skim Penempatan semula Bakun. Dalam persidangan parlimen yang sedang berlangsung sekarang kata Datuk Billy beliau diberi ruang yang sangat luas untuk bercakap mengemukakan masalah kawasannya.Tak macam dulu-dulu.

Terbaharu rintihan penduduk untuk meminta rumah di Sg.Asap diberi percuma sedang diteliti dan dikaji kerajaan. Masalah infrastruktur dan segala macam masalah sedang dalam pertimbangan Dato Sri Shafie Apdal. Rasa-rasanya begitulah apabila BN menang dengan kelebihan undi yang amat tipis. Apa pula akan jadi kalau BN kalah di kawasan Datuk Billy??.

XYB.Ajang tak memberi apa-apa ucapan. Cuma berkenan menyampaikan sebuah lagu sahaja.XYB ini benar-benar ingin berhibur agaknya. Atau beliau sedang melakonkan babak pertama langkah menempatkan semula beliau dalam dewan undangan negeri Sarawak. Dari apa yang beliau suarakan melalui ayah aku, beliau akan mencuba sekali lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Tapi melalui parti mana?? masih dalam tanda tanya.

XYB ini dari segi keramahan dan budi bahasa memang layak dipuji, tapi yang menjadi faktor penolak pengundi terhadap beliau adalah latar belakang keluarga isterinya. MDM Ree, anak Datuk Sri Bok Tajang dan Datin Sri Devong ini bukan sahaja gemar hidup bermewah-mewah, sombong malah langsung tak ada adap. Masuk bilik orang siap pakai kasut tumit tinggi. Masuk tak bersalam keluar tak bersignal.Kalau nak diperkatakan tingkah laku keluarga MDM Ree ini.14 hari 14 malam pun tak akan habis.

XYB.Ajang disukai oleh pengundi Belaga. Cuma mereka takut memberi undi kepada beliau, bimbang kuasa jatuh ketangan mereka yang rakus dan tamak haloba. Apa nak buat, XYB fikir-fikirkanlah.Kalau nak buat “comeback” kena dapatkan isteri baru kot!!!.

Majlis diteruskan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan diiringi oleh live sapek oleh Mr.Khoo Wit. YB Billy menderma RM5 ribu dan RM5 ribu lagi didermakan oleh YB Liwan melalui SMS kepada wakilnya dalam majlis tersebut. Nampaknya majlis ini dikirakan berjaya dari aspek penganjurannya, walaupun ada serba sedikit kekurangan. itu biasa. Nampaknya Kaum Lahanan telah memulakan langkah pengorganisasian kaum mereka, kaum lain bagaimana??Majlis berakhir lebih kurang jam 11.oo malam.


%d bloggers like this: