Kerajaan Sarawak arah siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana dijalankan.

Ahad November 29, 2009

Oleh STEPHEN THEN

MIRI: Kerajaan Negeri Sarawak telah mengarahkan satu siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa berlaku penyalahgunaan dana dalam tuntutan untuk projek-projek infrastruktur negeri itu antara tahun 2002 hingga 2008 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan projek tersebut.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, jabatan audit negeri akan menjalankan satu siasatan terperinci terhadap tuduhan-tuduhan itu bagi mencari kebenaran berhubung isu berkenaan.

“Kami juga mahu SPRM memberikan taklimat penuh dan terperinci berhubung tuntutan yang telah dibuat oleh pihak yang terbabit.

“Kami (kerajaan negeri) memandang serius masalah tuntutan yang dikemukakan itu.Jika benar masalah penyalahgunaan dana ini telah berlaku, kami akan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka.

“Kita bercakap mengenai wang kerajaan yang diperoleh daripada pembayar cukai. Sekiranya peruntukan untuk mengadakan projek untuk rakyat dan golongan miskin telah dilesapkan bermakna kerajaan negeri perlu mengambil tindakan segera untuk menghentikan masalah penyalahgunaan dana itu.

“Dana yang diperuntukkan untuk projek infrastruktur awam perlu memberi manfaat kepada kumpulan sasar. Sebarang penyalagunaan dana ini tidak boleh diterima. Pendirian kita amat jelas dalam hal ini,” kata Dr Chan.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pesuruhjaya SPRM Negeri, Datuk Zakaria Jaffar bahawa SPRM berjaya mengesan kes di Sarawak bahawa 60 peratus peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat telah ‘dilesapkan’ daripada projek yang telah ditetapkan itu.

Baru-baru ini, Zakaria telah membuat pendedahan yang mengejutkan itu dalam satu seminar anti-rasuah di Kuching.

Beliau mendakwa, masalah penyalahgunaan dana itu telah berlaku pada tahun 2002 hingga tahun 2008 dan daripada siasatan yang telah dijalankan oleh pegawai penyiasat SPRM mendapati hanya 40 peratus peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat itu telah dibelanjakan dalam projek-projek tersebut, manakala baki, 60 peratus telah lesap ke tempat lain.

Zakaria bagaimanapun, tidak mendedahkan identiti dan nama-nama projek itu termasuk jumlah keseluruhan peruntukkan yang terlibat serta nama-nama agensi atau jabatan yang bertanggungjawab dalam projek-projek tersebut.

Beliau hanya memberitahu bahawa projek-projek yang terlibat ialah projek pembinaan infrastruktur yang melibatkan pembinaan jalan raya, kawasan perumahan dan pembinaan masjid di sekitar negeri itu dari tahun 2002 hingga 2008.

Zakaria berkata, daripada siasatan yang dijalankan oleh SPRM mendapati kebanyakan daripada projek itu tidak dijalankan dengan sempurna sementara ada juga projek yang terbengkalai dan ada juga projek yang masih belum dilaksanakan walaupun kerajaan pusat telahpun menyalurkan dana kepada pihak yang berkenaan.

“SPRM telah berjaya mengenalpasti bahawa wujud tuntutan-tuntutan palsu yang dibuat oleh pegawa-pegawai dan kontraktor yang terbabit dalam projek-projek yang dijalankan itu.

Mengulas lanjut mengenai isu berkean, Dr Chan yang juga Menteri Pembangunan & Perindustrian negeri hari ini berkata, kerajaan negeri sentiasa tegas dalam soal pengagihan dan penggunaan peruntukkan yang telah diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada mereka.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak sentiasa telus dalam soal penggunaan wang daripada pembayar cukai.

“Saya gembira dengan pendedahan oleh pihak SPRM dalam isu ini. Jika mereka melakukan kerja mereka dengan betul, kami sangat bersyukur ini kerana projek tersebut adalah demi kepentingan rakyat. Sebarang pembaziran dana mesti dikawal,” tegasnya.

Sementara itu, Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Openg mahu SPRM memberikan butir-butir yang lebih jelas berhubung projek-projek perumahan yang terjejas akibat penyalahgunaan wang kerajaan.

Katanya, SPRM mesti memberi butiran yang lebih jelas mengenai jumlah projek yang terlibat kerana Kementerian Pembangunan Luar Bandar negeri turut terlibat sama dalam isu pembinaan kawasan perumahan.- Dipetik daripada Mstar Online.

Sama-samalah kita tunggu siapa yang masuk penjara. Adakah hanya kontraktor-kontraktor klas F sahaja atau ada dua tiga ekor ikan jerung. Ataupun isu ini hanyalah sandiwara sahaja, lama kelamaan akan didiamkan dan terus ditutup. Untuk makluman semua sekurang-kurangnya ada tiga buah projek yang menelan kos puluhan juta sedang dibina di Belaga.Iaitu SMK Bakun, Stesen penyelidikan MPOB dan Poliklinik Belaga. Adakah projek-projek ini mengikut spek yang ditetapkan?.

 

 

One Response to “Kerajaan Sarawak arah siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana dijalankan.”

  1. nowmaica Says:

    penyalahgunaan wang rakyat and kuasa adalah sama sama salah di sesi siapa yang buat toll ditengah jalan sehinggakan duit itu lesap untuk bayar tol yang tidak kelihatan? Adakah di daerah kita banyak lebuhraya berkembar timur barat? yang baik-baik licin dan sebagainya? tapi pondok tol nya tak kelihatan….sungguh menakjubkan…hehehe…kegiatan rasuah dihidu…lagi…

    undang-undang. cara pemberian tender juga harus disiasat dengan teliti.
    apa tindakkan terhadap pihak-pihak yang disyaki? ada perkembangan atau berlakon filem lagi….jangan buang masa…SPRM harus mendedahkan segala kegiatan rasuah yng dilakukan oleh ikan bilis dan ikan jerung.

    senyum kambing….

Comments are closed.


%d bloggers like this: