21.12.2012- End of Times (KIAMAT).

Minggu lepas saya berpeluang membawa anak-anak menonton filem “2012” bagi mengisi masa lapang anak-anak sempena cuti sekolah. Anak bongsu saya yang berumur 1 tahun 1 bulan juga turut tak mahu ketinggalan. Rasa bimbang juga takut-takut si kecil ini tak berkerjasama bila masuk pawagam. Tapi kalau ditinggalkan kat rumah siapa nak jaga. Jadi kami seisi kelurga pun sama-sama menonton.

Tak sampai 20 minit menonton si kecil saya mula meragam, sound effects dari sistem audio pawagam menakutkan dia. Jadi kami sekeluarga pun terpaksa keluar dan membeli disk 2012 dan menontonnya di rumah saja. Walaupun tak seperti di pawagam. Semua ahli keluarga rasa seronok.

Filem 2012 hasil karya Roland Emmerich ini mengajak penonton menyelami isu dan tanggungjawab dalam menghadapi suasana kiamat. Filem 2012 diedarkan oleh Columbia Pictures dan dibintangi John Cusack, Amanda Peet, Danny Glover, Thandie Newton dan Oliver Platt. Menurut perbincangan di internet ilham penghasilan filem ini tercetus ekoran ramalan Dunia akan KIAMAT pada 2012, mengikut ramalan kaum MAYA yang berasal dari bahagian tengah Amerika Selatan.

Kaum MAYA didakwa mahir  dalam penguasaan ilmu astronomi,sistem kalender dan perhitungan bintang. Pakar arkeologi mempercayai bahawa kaum MAYA mempunyai peradaban tinggi dan unik. Namun khazanah ilmu kaum ini dimusnahkan oleh tentera penjajah Sepanyol selepas 1517. Hanya saki baki tulisan dan kalender MAYAN yang masih misteri hingga kini dapat diwarisi.

Kalender MAYAN juga dikenali sebagai Winaq May Kin dikatakan paling tepat membuat ramalan. Namun para pengkaji berasa hairan apabila kalender yang bermula pada 3113 sebelum masehi berakhir pada 21.12.2012.Sekaligus menandakan dunia akan kiamat.

Hakikat dunia akan kiamat suatu hari nanti memang tak boleh disangkal. Semua kitab yang diturunkan TUHAN kepada semua agama samawi memerihalkan dunia akan kiamat. Namun tarikh tepat akan kejadian itu tidak dimaklumkan.Kenapa ya?.Tentu ada hikmahnya. Namun bagi kita-kita yang masih leka dengan kehendak-kehendak duniawi.Kurangkanlah atau hentikanlah. Carilah keberkatan dan keredaan ALLAH. Tambahkan ibadat,kurangkan dosa dan lebihkan sedekah.

Bagi yang tak ada anak kecil dan adik-adik yang kecil, silalah menonton filem ini di pawagam. Bagi yang ada memadailah menontonnya dirumah sambil menikmati minum petang atau selepas makan malam. Selamat bercuti guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah.


%d bloggers like this: