AKDC,BDC,BDDC & BPDC.

Saya dihujani beberapa panggilan dan pertanyaan berkaitan AKDC, ada beberapa penjengok blog Belagakini meminta saya membuat ulasan berkaitan aktiviti AKDC. Saya memohon maaf kerana saya tak ada cukup maklumat untuk dikongsikan. Maklumat yang saya ada hanyalah seperti yang dimuatkan dalam website rasmi AKDC. Seorang pemanggil memaklumkan kepada saya bahawa berlakunya penyalahgunaan wang yang didermakan oleh beberapa pihak kepada AKDC untuk menjalankan aktivitinya. Antara lain pemanggil memaklumkan bahawa derma dari pihak Rio Tinto Alcan berjumlah RM 1juta banyak digunakan untuk bayaran gaji dan elaun para “executive” AKDC. Sejauh mana kebenaran maklumat itu saya pun tak dapat nak tentukan. Pemanggil ini tak puas hati kerana wang yang didermakan kepada AKDC adalah atas nama kepentingan masyarakat Asap dan Koyan tapi digunakan oleh segelintir orang sahaja. Untuk mengelak fitnah, melalui posting ini diharap pihak pengurusan AKDC dapat menjelaskan kadar bayaran gaji dan elaun kakitangannya.

Untuk tidak menghampakan para penjenguk blog ini, berikut saya lampirkan “Dengah AKDC Belaga” untuk siasatan dan perhatian semua. Saya agak muskil kenapa buletin seperti ini tak disediakan dalam dwi bahasa, BM dan BI, dan kenapa tak dimuatkan kedalam Portal AKDC dalam format PDF?.

Setelah selesai membaca, sila hantarkan komen anda untuk dikongsikan oleh pembaca yang lain. Bagi saya secara peribadi mengharapkan AKDC berjaya dalam setiap perancangannya. Tetapi kenapa nama AKDC, hanya untuk Orang Asap dan Koyan sahaja kah?. Tapi dalam bajet yang dilaporkan ada peruntukan untuk Penan Long Urun juga.Haraplah AKDC tak jadi macam BDC-Bakun Development Committee, sampai sekarang hanya tinggal nama sahaja. Untuk YB.Liwan, bagaimana pula untuk masyarakat dihilir empangan Bakun. Perlukah ditubuhkan BDDC-Bakun Downstream Development Committee? untuk masyarakat disana. Atau kalau nama yang menjadi masalah kenapa tak namakan sahaja BPDC- Belaga People Development Committee.

Saya dengar dalam tuntutan royalti penjanaan tenaga dari kerajaan Negeri sarawak penduduk hilir Bakun tak puas hati kerana ia dituntut melalui AKDC,nanti hasilnya tak sampai kepada mereka. Wal-hal mereka juga turut terlibat menerima kesan buruk ekoran pembinaan Bakun.

7 Responses to “AKDC,BDC,BDDC & BPDC.”

  1. semang Says:

    Salam Damai,
    dah lama dah aku nak tulis pasal akdc ni,tapi u dah tulis ok jugak hehe..ada sesetengah nama dalam akdc tu aku tak rasa sesuai la..cuba lihat Ahli jawatankuasa Kerja untuk Pendidikan dan Latihan bagi jawatan Setiausaha,apa rasionalnya mereka simpan seorang Pastor di sana? tentu kita tahu bahawa tugas dan tanggungjawab seorang Pastor adalah menyubur dan menjaga IMAN umat kan? samalah tugas seorang Katekis dan Paderi dalam Katolik,jadi apa rasionalnya?
    Aku juga pernah tanya apabila cerita2 dengan orang Asap samada mereka tau apa itu AKDC? entah..mereka lagi tau KDC hehe..malang sungguh nasib AKDC…aku rasa la jika AKDC ni syok sendiri jadilah ia macam BDC tu nanti..itu firasat ku bila pertama kali aku baca ‘Dengah AKDC Belaga’ dan bila aku buka website mereka? langsung tak up to date..apa mereka buat? tidur?
    AKDC dah pergi melawat Indonesia dan Malaya tetapi bila aku tanya orang Asap/Koyan di tepi jalan samada AKDC dah jalan2 promosi/kongsikan ilmu2 yang mereka dapat untuk mereka? jawapan mereka adalah ‘jinun@ta’un’.
    i) ke Kutai Barat Kalimantan Indonesia (8-17/12/2008)
    ii) ke Malaya pada 29/6-8/7/2009
    Jadi apa tuju lawatan sambil belajar itu? semoga saudara sudi bersembang2 dengan saya.Jangan aku je yang tulis tuan punya blog tak da respond….tak best la cam tu hehe…jangan mara ha…hehe..

  2. bua Says:

    slm thn baru,

    Syabas bcoz ada juga yg nak beri info mgnai akdc,bdc, bddc etc.,
    lama dah i dgr ttg pkara d atas esp, BDC, tpi yg tk bestnya mana ianya skrg, msh wjd @ dah bkubur???
    Jika d lihat pd commitee AKDC tu pula, tdk mcerminkan ktelusan pmlhan ahli, seolah2 yg rapat dgn hmm…. YB je…. rakyat skrg kian bijak, tahu mnilai dan mlihat,,,,,
    jgn ada niat tsembunyi sudahlah,,,, bukan nak bnar2 nak jd juara mbela nasib rakyat org ulu di Blaga, fhm2lah election tk lama lagi rakyat akan phati …….

  3. spanish butcher Says:

    kepada yg mengkritik, berilah kritikan yang membina, jangan setakat hentam kromo saja.anda fikir boleh melakukan tugas dengan baik.silakan.kita tgk apa hasil kalian pengkritik ‘hebat’ dalam melakukan apa yg diperkatakan.jgn abu2 la korang semua.masuk angin keluar asap.semua pendapat kalian adalah diambil dari pendapat dari golongan berfikiran cetek.dan memandang rendah keupayaan pastor?pa korang fikir pastor ni pergi skolah injil saja?xda proper education?think outside the box men, or should i say, boys.

  4. semanunited Says:

    sungguh hebat kata2 mu spanish-orang masam kamulah yg diperlukan oleh Belagah ni-bila kita buleh jumpa untuk berbincang2 supaya kau tau bahawa orang yg mengkritik Belagah ni bukanlah orang yg masuk angin keluar asap.
    Apa maksud saudara:
    1.’semua pendapat kalian adalah diambil dari pendapat dari golongan berfikiran cetek’.
    2. Memandang rendah keupayaan pastor? ceteknya pemikiran kau kawan haha…

  5. beniking auk Says:

    AKDC tolong ambil tindakan sama terhadap kaunter pembayaran bil di Pasar asap…

    dalam 1 minggu cuma buka dalam hari tertentu sahaja….
    sakap sama dia olang, kalau tidak mau bukak kaunter, suluh dia olang tutup kaunter la…..

    ma c***i sama diaolang…..

  6. educatedasap2010 Says:

    Helo, Orang belaga. Bagus222. AKDC nama diberi, terimakasih kepada saudara yang telah memberitahu berita mengenai AKDC, ya sudah lama juga saya nak cari apa sebenarnya disebalik AKDC ini, sebab saya sebagai rakyat belaga amat risau jangan2 pula seperti BDC dulu yang telah tenggelam terus. saya sebagai rakyat biasa yang punya hak sebagai rakyat malaysia ingin melihat AKDC terus maju kedepan, menongkah semua rintangan yang mendatang khusus buat penduduk di belaga ini. Saya nak tahu nanti apakah kerja yang sudah dibuat oleh jawatankuasa masing22 bila ada AGM atau ada meeting selepas ini. sebab sebarabg kesilapan akan membawa padah yang besar. GE 13 tak lama lagi. rakyat punya kuasa untuk menurunkan anda2 yang didalam committee ini nanti kalau tak buat kerja betul2. sekian terimakasih

  7. nowmaica Says:

    Saya tertarik dengan pertubuhan AKDC ini, tetapi saya mau melihat laporan aktiviti-aktivit AKDC setelah dilancarkan adakah AKDC ini betul-betul mahu menolong rakyat Belaga atau untuk menjana kekayaan kepada orang yang berkenaan sahaja.

    Jangan melakukan kesilapan yang sama kami dah muak dengan janji-janji manis pemimpin di Belaga.

    Satu lagi saya mahu tahu siapa kata orang yang bertanggungjawap untuk blog belagakini? AKDC sememangnya baik tetapi objektifnya telah melencong bagaikan sepakan bola David Beckham….ayuh teruskan perjuang yang betul untuk rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri.

    GE 13 akan tiba tak lama lagi orang Belaga akan tahu siapa yang bertopengkan kebenaran dan mempunyai lidah bercabang serta bermuka dua.

    Adios.

Comments are closed.


%d bloggers like this: