PBB Belaga- Bukan Lagi Seperti Dulu.

PBB Belaga bertukar pucuk pimpinan pada Mesyuarat Perwakilan Cawangan di Dewan Masyarakat,Penempatan Semula Bakun pada 29 November lalu. Xsenator George Udam Talek menyerahkan pucuk pimpinan kepada Mr.Mujah Lihan. Mesyuarat menyaksikan semua jawatan dalam Jawatankuasa Induk, Pergerakan Pemuda dan Wanita dimenangi tanpa bertanding.

Berikut senaraikan Ahli Jawatankuasa PBB Cawangan Belaga bagi sesi 2009-2012. Mujah Lihan(ketua), Awang Bujang Awang Antek(Tim.Ketua),Umek Jeno (Naib Ketua),Henry Kilah(Pemuda),Livan Tajang(Wanita),Huvang Liah(Setiausaha),Awang Baim Awang Ahmad(Penolong Setiausaha),Awing Igo(Bendahari),Lawing Luat(Penolong Bendahari),Asan Saget(Ketua Penerangan),Melai Alang, Ajang Sirek, Abu Talib Bin Moktar, Avun Killah, Usang Kallang, George Lusat dan Musa Talek (Ahli Jawatankuasa).

Pak Cik Siang Uyo (Veteran Juruhebah Radio Kayah Kenyah) ketika diminta pandangannya berpendapat PBB bukan lagi wadah perjuangan masyarakat bawahan sebaliknya ia dimiliki oleh golongan elit,aristokrat (Maren) dan yang berkepentingan. Jika kita perhatikan betul-betul dari senarai AJK yang baru. Semuanya adalah anak-anak atau kerabat elit politik Belaga.Orang kebanyakan langsung tak ada tempat. Jika demikian bagaimana suara orang kebanyakan akan sampai ke atas? Pak Cik Siang merumuskan bahawa PBB adalah tempat elit/pembesar daerah, PRS&SPDP tempat kontraktor  dan golongan menengah manakala PKR dan parti pembangkang lainya adalah tempat rakyat biasa meluahkan perasaan tidak puas hati mereka.

Bagi saya PBB dan semua parti politk yang berteraskan BN telah gagal mengekalkan ketuanan Orang Ulu di Belaga. Keluasan daerah Belaga ketika termeterainya Perjanjian Damai di Kapit pada 16 november 1924, sekurang-kurangnya 19,403.27 km per segi. Namun kini tinggal hanya sekakang kera. Apa yang PBB, PBDS,PRS,SPDP buat-Pembangunan. Bangsa melayu, cina dan india disemenajung juga gilakan pembangunan. Namun tanah rizab melayu tetap terpelihara. Malah ada undang-undang yang melarang tanah rizab simpanan melayu tidak boleh kurang 50% daripada kelusan keseluruhan tanah semenanjung.

Kenapa PBB Belaga tak boleh mengusulkan supaya semua tanah milik orang ulu Belaga digazette sebagai tanag Rezeb Orang Ulu?.Atau sekurang-kurangnya 50% disimpan untuk masa depan. Supaya nanti anak cucu kita tetap ada tanah,kampung dan halaman. Tak malukah kita sebagai kaum peribumi tapi kini menumpang di tanah kerajaan.?

Inilah akibatnya bila pembangunan yang kita kejar,maruah,harga diri dan tanah air tergadai. Bila rakyat dipujuk dengan cara yang salah oleh parti-parti politk.Bila kerajaan yang ada terlalu berkuasa dan mendahulukan para kroni. Semua cara pembangunan dihalalkan. Sahabat Alam Malaysia(SAM) mendedahkan melalui Majalah ALIRAN,11 Oktober 2007, Shin Yang Forest Plantation memperoleh 156,000 hektar tanah disekitar tadahan Bakun,manakala Rimbunan Hijau melalui Bahau-Linau Forest Plantation dan Merirai-Balui Forest Plantation masing-masing memperoleh 108,000 hektar dan 56,000 hektar. Orang kita dapat apa.

PBB Belaga berjuanglah demi rakyat. Kalau benar PBB Parti Pesaka, dalam bahasa kayan dipanggil Pesakak. Jadikanlah tanah nenek moyang kita di Belaga sebagai Pusaka terakhir yang harus kita pertahankan. Jika PBB sudah tak bertaring lagi. Berundurlah. PKR sedia mengganti.


%d bloggers like this: