DAP dakwa bukan Melayu terus dipinggirkan.

// <![CDATA[//

DAP terus membuat kejutan dengan kali ini mendakwa kaum Cina di Malaysia tidak layak mendapatkan pinjaman perniagaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Dana dari tabung berkenaan diperuntukkan kerajaan bagi membantu peniaga kecil, penjaja, ibu tunggal dan usahawan kecil dan sederhana.

Bercakap pada sidang media di Ipoh, Naib Presiden DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata tindakan berkenaan tidak adil kerana 30 peratus daripada penduduk Malaysia adalah kaum Cina dan 85 peratus daripada mereka adalah pembayar cukai.

Kula mendakwa dia pernah berdepan dengan pegawai Tekun di Ipoh dan meminta penjelasan mengapa masyarakat Cina dipinggirkan. Jawapan yang diberikan ialah tiada peruntukan daripa kerajaan persekutuan kepada mereka yang berbangsa Cina.

“Mengapa kaum Cina perlu didiskriminasikan kerana kerajaan BN perlu memahami bahawa bukan semua masyarakat Cina adalah kaya, ada juga yang miskin yang memerlukan bantuan kewangan bagi mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.India juga menjadi mangsa

Menurut Kula, di bawah program pinjaman perniagaan Tekun, kadar faedah yang dikenakan amat minimum bagi tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah agar mereka mampu membayar balik pinjaman berkenaan.

Program pinjaman itu juga tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Pinjaman yang diperuntukkan adalah daripada minimun RM500 hingga RM50,000 bergantung kepada keperluan setiap pemohon.

Kula juga menyelar kerajaan kerana kaum India hanya diperuntukkan lima peratus daripada dana pinjaman Tekun itu.

Katanya, lebih memilukan apabila wang itu tidak boleh dipohon secara terus kepada Tekun tetapi perlu melalui Yayasan Strategik Sosial (YSS) yang dimiliki oleh MIC di Kuala Lumpur.- Ehsan Malaysiakini.

Berita Tabung TEKUN Di Belaga.

Melalui surat bertarikh 24 Jun 2005 dengan nombor rujukan 53/HRD/EDSP/AM/2 daripada Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Unit Pembangunan Sumber Manusia) Tingkat 12, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya. Kuching. Memaklumkan penduduk Belaga bahawa Temuduga Jawatan Penolong Pegawai TEKUN akan diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Sg.Asap pada 12 Julai 2005(jam 9.00 hingga 12.30). Namun bermula dari tarikh itu sehingga kini tahun 2010 pegawai dari Yayasan TEKUN Kuala Lumpur yang dimaksudkan tak muncul-muncul. Dua orang sahabat saya yang datang dari pekan Belaga untuk sama-sama ingin mencuba nasib dalam temuduga tersebut amat terkilan kerana tidak dimaklumkan akan sebab musabab kenapa temuduga tersebut tak dapat diadakan.

Hasilnya sehingga ke hari ini Yayasan TEKUN tidak pernah sesenpun membantu akan pembangunan Usaha Niaga kaum Bumiputra Belaga. Maka kini fahamlah kami penduduk Belaga bahawa kami juga tidak layak mendapat manfaat daripada peruntukan berbillion ringgit yang diperuntukan melalui yayasan TEKUN. Sekarang ini Penempatan Sg.Asap telah dikuasai oleh 100% peniaga Cina dari pekan Kecil Lapok. Mereka memeras dan menindas penduduk Sg.Asap dengan mengenakan harga barangan yang begitu tinggi dan tidak munasabah. Gerai kecil kecilan yang diwujudkan oleh PELITA Management juga turut dikuasai mereka, walaupun pada hakikatnya ia sepatutnya diperuntukan untuk peniaga Bumiputra.

Melalui peristiwa ini kita dapat rumuskan bahawa kerajaan BN yang bacul lagi rasuah melalui YB mereka Datuk Billy Abit Joo dan YB Liwan Lagang tidak pernah memperjuangkan hak penduduk Belaga dalam soal mendapatkan pembiayaan perniagaan, khususnya melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga-TEKUN. Perkara ini dapat disahkan melalui puluhan sidang DUN dan sidang Dewan Rakyat yang berlangsung. Masalah berkaitan tidak pernah diketengahkan oleh kedua-dua YB ini.

Saya menyeru jasa baik seluruh penduduk Belaga agar menolak sesiapa saja yang menjadi calon BN di masa depan, kerana sesiapa pun yang memimpin dengan Cap BN akan menjadi bacul dan Bisu dalam “DEWAN” tetapi bertempik bagai pahlawan bila berada di kampung halaman. Kedua saya menyeru kedua-dua YB ini agar meletak jawatan secepat mungkin sebelum anda diseret keluar oleh Rakyat Belaga. Ingatlah bahawa kuasa yang ada pada anda adalah kuasa pemberian rakyat dan rakyatlah yang berhak melucutkannya kembali. Kepada rakyat Belaga yang masih belum mendaftar menjadi Pemilih Berdaftar(Pengundi) cepatlah berdaftar dengan CIK Galoh Jeno (Sg.Asap) atau En. Hawing Igo(Pekan Belaga). Mereka adalah wakil SPR yang sah. Apa yang anda perlu lakukan bawa kad pengenalan anda untuk berjumpa mereka. Selepas itu sama-sama kita nantikan saat mengundi dan nantikan lantikan YB baru yang lebih berwibawa.-Sekian salam perjuangan.


%d bloggers like this: