Gong Xi Fa Cai Daripada Belagakini.

Belagakini dengan ini mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca Blog Belagakini berbangsa Tionghoa. Moga tahun baru “Tahun Harimau” dalam kalender Cina akan membawa lebih banyak rezeki dan kekayaan kepada semua. Khusus kepada masyarakat Cina di Belaga, moga perayaan ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara semua kaum di Belaga. Perlu diketahui bahawa hubungan antara masyarakat tempatan Belaga dengan masyarakat Tionghua Belaga adalah amat erat sekali. Bagi diri saya, saya boleh secara rawak menyebut sekurang-kurangnya 4 jurai keturunan keluarga Cina Belaga. Keluarga mendiang Lakek Ong, kini anak beliau Bapak Penghulu Neo Hood Joo atau lebih dikenali Penghulu Abau menerajui pentadbiran komuniti Cina Belaga. Anak Penghulu Abau, Aseng,Ali, Ahin dan beberapa orang lagi. Kini cucu-cucu Bapak Penghulu Abau juga sebaya dengan cucu-cucu ayah saya.

Bak kata pepatah yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti, begitulah generasi pertama kaun Tionghoa Belaga seperti mendiang Lakek Ong, mendiang Penghulu Wee, mendiang Apek Wan Soon, mendiang Ajoo (perabot), mendiang Hock Chai(kedai mee), mendiang Lakek  Eng dan keluarga Ma dan keluarga Kapitan Atong. Kini generasi muda kaum Tionghoa Belaga melangkah seiringan dengan generasi muda Malaysia yang lain. Ramai antara mereka telah berhijrah ke kota-kota besar dalam Malaysia, khususnya di KL. Berpendidikan tinggi dan berjawatan besar.

Cuma apa yang mereka kesalkan kemudahan prasarana disediakan kerajaan di Pekan Belaga amat kurang sekali.Seorang sahabat saya menceritakan, keluarga mereka terpaksa berkumpul pada Tahun Baru Cina kali ini di Bandaraya Miri. Tak dapat balik ke Pekan Belaga. Jalan balak ke Belaga begitu membahayakan. Lagi pula cuti cuma beberapa hari saja.

Chinese School masih belum ada di Belaga. Justeru jangan hairan mengapa generasi muda Cina Belaga ak tahu baca surat khabar Cina. Bagi yang berkemampuan mereka akan menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan sekolah Cina di Bandar Sibu, Miri, Bintulu atau Kuching. Apakah menjelang tahun 2020 nanti akan masih ada yang perlu berpindah randah untuk mendapatkan pendidikan?

Supaya sejarah kedatangan kaum Tionghoa ke Belaga terus dapat diwarisi, saya mencadangkan supaya satu usaha dijalankan untuk menulis Buku Susur-Galur jurai keturunan komuniti Cina di Belaga.Akhir sekali, sekali lagi Gong Xi Fa Chai. Salam Tahun Harimau.


%d bloggers like this: