Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN. Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak – yang terakhir berlangsung pada 2006 – mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen. Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu – yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 – akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

“PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini,” katanya kepada Malaysiakini. Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi.

Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak. Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin.

Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama.

Bagaimana pula peluang dan harapan Pakatan Rakyat untuk memenangi DUN Belaga, kupasan lanjut akan menyusul.

One Response to “Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak”

  1. Calvin Says:

    Pakatan akan kalah di Sarawak sekiranya strategi yang digunakan adalah menggunapakai calon ‘reject’ BN di pilihanraya akan datang. Anwar dan PKR Sarawak jangan mengulangi kesilapan di Lubok Antu.

    Masalah yang PKR hadapi sekarang – ahli MP / DUN keluar parti adalah disebabkan oleh strategi

    Tema perubahan bukan hanya tersurat tapi juga tersirat. Pengundi Belaga tidak akan selamanya terpengaruh dengan dakyah mana2x calon lagi

Comments are closed.


%d bloggers like this: