PAKAR NCR- PULAU BAKUN HAK MUTLAK ORANG ASAL

Malam tadi saya berpeluang mendengar taklimat daripada Persatuan Peguam-Peguam Orang Asal Sarawak (SILA). Asalnya mesyuarat adalah untuk mengemaskini aturcara program yang akan berlangsung di Uma Badeng pada 20 Mac 2010 yang akan datang. Antara lain dalam perbincangan tersebut lawyer Ali Basah menegaskan bahawa penduduk 15 buah rumah panjang yang dipindahkan ke kawasan penempatan baru Sg.Asap tetap mempunyai hak mutlak terhadap kawasan tanah NCR/komunal yang ditinggalkan. Menurut beliau selepas kawasan tadahan Bakun dipenuhi air. Kawasan pulau-pulau yang terbentuk tetap milik komuniti setiap rumah panjang yang terlibat. Luas kawasan tanah NCR setiap rumah panjang adalah seperti mana yang diputus dan dipersetujui oleh setiap rumah panjang sejak dulu lagi.

Mengulas berkaitan isu, sekiranya pihak kerajaan menghalang penduduk daripada menduduki semula tanah NCR mereka. Beliau berkata kerajaan yang baik akan membantu penduduk memajukan tanah mereka dan bukannya menghalang. Malahan kata beliau kerajaan harus memikirkan pemberian saguhati kepada setiap keluarga yang terlibat  dengan projek Bakun memandangkan pendapatan mereka telah terjejah teruk sejak 10 tahun lalu. Pemberian saguhati juga harus diberikan kepada penduduk yang mendiami kawasan hilir Bakun yang turut menerima kesan negarif.

Berkaitan program Seminar di Uma Badeng. Lawyer Paul Raja, Ali Basah dan Abun Sui akan membicarakan  tentang hak-hak Orang Asal berkaitan NCR serta isu-isu politik semasa. Manakala saya akan membicarakan tentang “Perjanjian Bakun 2010”. Seorang lagi pembicara sdr Ong Boon Keong mewakil pihak Mafrel (Malaysian For Free And Fair Elections). Kepada seluruh penduduk ASAP dan Belaga. Anda dijemput datang beramai-ramai pada 20 Mac 2010. Program akan berlangsung dari pagi sampai 5 petang. Juga disediakan Pusat Pendaftaran Pengundi. Kita jumpa di sana.

Nota kaki: Perjanjian Bakun 2010- Penting supaya ditandatangani satu perjanjian antara pihak kerajaan Negeri Sarawak dengan penduduk 15 buah rumah panjang yang terlibat dengan projek Bakun supaya hasil Bakun dapat dinikmati bersama. Kupasan lanjut dalam seminar yang akan datang.

One Response to “PAKAR NCR- PULAU BAKUN HAK MUTLAK ORANG ASAL”

  1. jimpau balana Says:

    The Bakun Ressettlement peoples need more othe right than the NCR ownership..especially on the biz opportunity and etc..

Comments are closed.


%d bloggers like this: