Penduduk Belaga Berpakat Untuk Menangkan PKR.

PKR dijangka menang mudah di DUN Belaga dalam pilihanraya Negeri yang akan datang ekoran penolakan total penduduk Skim Penempatan Semula Bakun Sg.Asap terhadap BN. Seramai 3493 pengundi di Sg.Asap dijangka sebulat suara menolak BN kerana parti itu enggan membayar pampasan harga rumah panjang mereka yang ditinggalkan ekoran memberi laluan kepada pembinaan empangan hidro elektrik Bakun.

Ahli Biro Angkatan Muda PKR Belaga En.Wing Miku dalam ceramahnya di Uma Badeng pada hari sabtu lepas mendedahkan bahawa 52% daripada sejumlah 6691 pengundi berdaftar di DUN Belaga akan menolak BN. Menurut beliau, banyak faktor mengapa penduduk di kawasan terbabit menolak BN. Antaranya berkaitan isu kemudahan infrastruktur, tanah dan keengganan kerajaan mempertimbangkan pemberian saguhati kepada penduduk yang terjejas pendapatan dan ekonomi mereka. Akan tetapi menurut beliau faktor keengganan kerajaan membayar harga rumah panjang yang ditinggalkan adalah  menjadi faktor utama.

Kenyataan beliau disokong oleh keputusan pilihanraya DUN Belaga yang lepas, dimana dari sejumlah 4458 pengundi yang keluar mengundi. Hanya 41.6% mengundi calon BN. Selebihnya 58.4% mengundi parti SNAP dan calon bebas. Calon BN, En. Liwan Lagang menang dengan majoriti tipis 227 undi. Bagaimanapun menurut Pakar Strategi Pilihanraya PKR Belaga En. Micheal Mering Jok. PKR akan berusaha mendapatkan kompromi daripada semua pihak yang berminat bertanding  di DUN Belaga.  Bagi membolehkan Pakatan Rakyat berdepan satu lawan satu dengan BN.

YB Liwan Lagang yang berkempen menggunakan tagline “Meneruskan Kesinambungan Pembangunan” pada pilihanraya lalu dilihat sehingga kini masih gagal menyelesaikan masalah penduduk Skim Penempatan Semula Bakun. Menurut En. Okang Lepun ” pembangunan memang diusahakan oleh BN tetapi bukan untuk manfaat penduduk miskin seperti kami”. Jalan raya Bakun- Bintulu yang kononnya dibina untuk kemudahan penduduk, telah rosak teruk dikerjakan oleh lori-lori balak Shin Yang. Semakin ramai penduduk mendapat sakit kronik ekoran bekalan air yang tidak dirawat dengan sempurna. Pencemaran racun makhluk perosak dari ladang-ladang sawit disekitar Penempatan Semula Bakun menjadi sumber pencemaran tersebut. Dalam pada itu YB masih berpeluk tubuh.

5 Responses to “Penduduk Belaga Berpakat Untuk Menangkan PKR.”

  1. semangUnited Says:

    semoga konsisten dalam perjuangan.Dari dulu dan selamanya saya berkeyakinan bahawa Pembangkang adalah perlu di Belaga tetapi pembangkang itu mestilah aktif dan cergas(jangan seperti lagu Krismas-bermusim) dan orang pembangkang juga perlu satu hati-jangan tamak-bila tak dicalonkan mulalah mauk jadi calon bebas dan mula lah lompat sana sini seperti katak puru.Harap pembangkang Belaga versi moden ni tinggalkan cara-cara lam itu.

  2. marenuma Says:

    …….untuk melakukan perubahan kita mestilah berubah….sekiranya kita tidak berani berubah maka tiada perubahan. Jika kita rasa & berkeyakinan bahawa PKR boleh membawa perubahan kita sokong PKR. Memang benar Jalan Raya Bakun – Bintulu kononnya untuk kemudahan RAKYAT tetapi Siapakah yang mendapatan keuntungan? Memudahkan lori2 balak, memandu laju2 tanpa memperdulikan pengguna2 yg lain dan mengakibatkan kerosakan Jalan yg TERUK. Tepuk Dada tanya Selera.!

  3. Belagaians Says:

    Jalan Bakun-Bintulu adalah untuk kepentingan operasi Shin Yang (Kumpulan ini mempunyai kilang kayu lapis tujuh di Bintulu dan Miri dan Kilang Pasang Siap), Taib kata Belaga tak ada apa apa hasil…..tengok saja muatan lori balak dari kawasan Belaga ke Bintulu setiap hari berapa puluh atau ratus lori itu bukan hasil kayu balak? akut pasir kot atau angkut kelapa sawit/koko/getah/bijih timah/minyak/lada hitam/ikan keli saja kot…pikirkan sendiri…penduduk Belaga perlu sedar…kita mesti rampas hak penduduk setempat dan halang petaulang ini dari merampas tanah NCR dan mencemar sungai kita….

    Kawasan Miri tak di nyatakan di sini…

    Shin Yang Plywood (Bintulu) Sdn. Bhd.
    Lot 429, Block 38, Kemena Industrial Estate,
    P.O.Box 1899, 97010 Bintulu, Sarawak, Malaysia.

    Zedtee Plywood Sdn. Bhd.
    Lot 555, Block 32, Buan Land District, Tatau,
    P.O.Box 1166, 97008 Bintulu, Sarawak, Malaysia.

    Forescom Plywood Berhad.
    Lot 430 Block 38, Kemena Industrial Estate,
    P.O Box 1785, 97010 Bintulu, Sarawak, Malaysia.

    Shin Yang Wood System Sdn. Bhd.
    Danum, Tubau, Bintulu, Sarawak, Malaysia.

    Menawan Wood Sdn. Bhd.
    LPF 0018, Sungai Seping, Kapit, Sarawak, Malaysia

    SY telah berkembang daripada sebuah kilang kayu lapis kecil dengan kapasiti permulaan 10,000 meter padu se bulan, untuk pengeluar produk kayu berjaya dengan kapasiti lebih dari 100,000 meter padu meter sebulan. SY antara pengeksport terkemuka di Asia produk kayu di rantau Asia terutamanya ke Jepun, Hong Kong, China, Taiwan, Korea, Australia dan Amerika Syarikat.

    Adakah Belaga tiada hasil? kebanayakan kayu dari Belaga di bawa ke Bintulu? Secara logiknya tiada nama Belaga dalam senarai Kilang disini….kayu dari Belaga semuanya hanyut kot….atau reut di tengah jalan semasa diangkut. Belum lagi kita paparkan ke mana kayu-kayu yang dari Belaga yang di hanyutkan mengunakan rakit melalui batang Rejang…

  4. manuk long Says:

    saya fikirkan lesen pembalakkan diberi kpd org Belaga tiada unsur Ali Baba…kita tebang balak hasil nya kita guna utk buat jalan yang baik untuk dua tahun lepas tu kita ….maintain licin licin jalan itu…lepas tu kita berhenti tebang balak di Belaga…kita pasang tol.suruh org Belaha take control..siapa lalu kasi tol atau bayar tol ….kawasna belaga akan indah seperti dulu lagi tak ada sungai yg warna MILO…kita buat perlancongan ke kpg-kpg, kwsn hutan belantara, hydro bakun dan sebagainya……Hentikan pembalakan dlm kurangkan penebangan hutan utk perusahan kelapa sawit yg tak terkawal.

  5. Semah?? Says:

    “Menawan Wood Sdn. Bhd.
    LPF 0018, Sungai Seping, Kapit, Sarawak, Malaysia”

    untuk pembetulan, kilang diatas terletak di kawasan Belaga, sungai Menavan, antara anak sungai yang mengalir ke sungai Luar, Peliran. tidak jauh dengan penempatan Penan Long Luar, Long Tangau dan Long Pelutan. nama sebenarnya, bukan sungai Menawan… tengok!

    Ada lagi kilang papan lapis dia di Belaga, di Kem Abit.. nama kilang tidak ingat, saudara Penan disana mungkin tahu nama .. di Ulu Sungai Linau. Tidak jauh dari penempatan Penan Long Tanyit.

    KAwasan Sawit ?? jangan cakaplah… dari Sungai Seping ke Usun Apau, Tegulang, Temaju, Beraan, Metanyit (dijadikan Metanik..estat sawit), Metalun, Kenaban..etc.. jadi ladang sawit…

    MANA PATUT BELAGA TAKDA HASIL…

Comments are closed.


%d bloggers like this: