Beza “Hantu Net” Dan “Hantu Tanah”.

ENGKILILI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang menyifatkan individu atau kumpulan yang sering menghentam kerajaan ataupun pemimpin Barisan Nasional (BN) menerusi laman web atau blog mereka sebagai ‘Hantu Net’.Menurutnya, ini kerana golongan yang menganggap mereka pintar telah menyalahgunakan blog atau laman web untuk mempengaruhi minda pengguna internet yang lain bagi membenci kerajaan sama ada untuk memberi kepuasan ataupun untuk kepentingan politik mereka.

Golongan ini yang tidak berhenti mengulangi fitnah dengan sengaja memburukkan kerajaan BN di kalangan pengguna Internet yang lain menerusi blog dan lain-lain laman web di Internet semata-mata untuk mencapai impian mereka, jelas Jabu.

“Inilah pihak yang boleh saya labelkan sebagai ‘Hantu Net’. Tindakan menghentam kerajaan menerusi Internet tidak akan mendatangkan simpati rakyat ataupun memberi keuntungan kepada golongan ini tetapi sebaliknya akan mendatangkan idea tidak bernas kepada orang lain yang menerima pandangan itu,” katanya. Dipetik daripada  Utusan Borneo Online. April 1, 2010, Thursday.

Ulasan Belagakini.

YAB Tan Sri Jabu, YAB boleh sahaja melabelkan setiap penulis blog yang tak sealiran dengan kerajaan sebagai “Hantu Net”. Akan tetapi kami tidak sekali-kali memaksa sesiapapun untuk mengakui apa yang kami tulis sebagai benar melainkan pembaca sendirilah yang harus menilai sama ada bahan yang disajikan benar ataupun tidak. Dalam konteks demokrasi setiap rakyat berhak mengemukakan pendapat dan pandangan selagi ia tak diluar batas undang-undang.

Berlainan pula di pihak kerajaan BN yang suka merampas tanah rakyat. Dengan mandat yang besar diberi oleh rakyat. Kanun tanah dipinda untuk menghalalkan rompakan tanah. Maka layaklah Kerajaan BN Sarawak digelar “Hantu Tanah”.

Saya ingin menyeru supaya rakyat bijak membuat pilihan dalam pilihanraya yang bakal menjelang tiba. Dengan kiraan yang amat  mudah. Mengekalkan pemerintahan BN bermakna mengekalkan masalah dan menghalalkan rompakan tanah rakyat. Jika rakyat memilih Pakatan Rakyat(PR) dan PR memrintah negeri Sarawak. Dalam masa 6 bulan, satu Kanun Tanah yang baru akan dibentangkan bagi membolehkan rakyat Sarawak keseluruhannya memiliki gran pemilikan tanah mereka masing-masing.

Kerajaan BN bermati-matian mendakwa bahawa tanah yang tidak disukat adalah tanah kerajaan (State land), suka saya mencabar YAB  Tan Sri dan kepimpinan BN negeri keseluruhannya supaya membuat rujukan dimana-mana sumber diseluruh dunia bagi membuktikan dakwaan mereka.

Namun saya hanya akan mengemukakan satu bukti sahaja. Berjumpalah dengan orang tua-tua di rumah panjang saya di Sg.Asap. Mereka akan dengan selamba dan lisan akan dapat mengemukakan bukti  nama sungai, lurah, busut,bukit dan gunung  mana yang menjadi lokasi ladang dan kebun mereka, sejak ratusan tahun yang lalu.  Mereka boleh mengingati ratusan nama sungai dan anak sungai, malah berserta dengan peristiwa yang berlaku ketika mereka menduduki tanah berkenaan.

Kalau kerajaan BN dah tak ada duait nak ke luar negara. Rujuk saja di Sarawak Museum. Ada ratusan journal yang boleh membuktikan pemilikan tanah sarawak adalah hak kepunyaan penduduk Asal Sarawak. Rakyat Sarawak sekalian. Hak kita hanya akan terbela bila kuasa politik ditangan kita.

2 Responses to “Beza “Hantu Net” Dan “Hantu Tanah”.”

  1. MB Says:

    Blog saudara ini sungguh baik untuk kita penduduk Belaga mengetahui serba sedidkit infomasi dari sudut yang lain mengenai tempat kita, masalah kita, kehendak kita dan mana tahu masa depan kita. Kita harus memberi sokongan yang penuh kepada saudara Wing ini dan kepada sesiapa yang mahu membawa kebenaran kepada kita rakyat Belaga demi untuk masa depan kita. Kita mesti melangkah ke arah perubahan, perubahan minda dan perubahan cara kita melakukan sesuatu. Kita mesti berani kerana kebenaran, berani membuat perubahan, berani memilih pempipin yang berjuang atas dasar tersebut.

    • belagakini Says:

      saya menghargai komen dan sokongan pembaca sekalian. Moga perkongsian maklumat akan memudahkan kita memahami perjungan masing-masing. Sebarkan maklumat dalam blog ini kepada rakan-rakan yang masih belum mengetahui.

      Hary Wing Miku Belagakini.

Comments are closed.


%d bloggers like this: