Sambutan Perayaan Pra-Gawai Pakatan Rakyat Di Bintulu.

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bintulu akan menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Sri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain pada 30 April 2010, Bertempat di Mandarin Restaurant Assyakirin Com.Square-Bintulu. Antara lain tetamu kehormat yang dijemput hadir ialah President PKR Dato Sri Wan Azizah, YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid  Ibrahim,Datuk Daniel Tajem,Datuk Dr. Jeffery Kitingan, President SNAP – Edwin Dundang dan beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Saya juga difahamkan, kehadiran Dato Sri Anwar adalah untuk merasmikan pembukaan Pejabat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Bahagian Bintulu yang terletak di Medan Sentral, tidak jauh daripada tapak majlis sambutan Pra-Gawai. Kepada sesiapa yang ingin menyertai majlis tersebut boleh membuat tempahan meja dengan harga RM300,RM350,RM450 dan RM1000 sebuah. Tempahan terus boleh dibuat melalui urusetia sambutan di Talian: 013-8441604 atau 013-8332957.

Bagi PKR Belaga, sila berhubung dengan Pengerusi PKR Belaga En. Ali Basah, atau En. Micheal Mering Jok (Strategi Pilihanraya PKR Belaga) untuk pengesahan kehadiran anda. Peryertaan semua pihak amat dialu-alukan. Selain itu PKR Belaga diberi penghormatan untuk mempersembahkan satu tarian Ngajat Orang Ulu  untuk meraikan tetamu yang hadir. Kita jumpa disana- Belagakini.


%d bloggers like this: