Suara Orang Ulu Belaga- BN Pekakkan Telinga

Dua hari lalu saya dan 10 ribu Orang Ulu Bakun-Sg.Asap begitu bersyukur kerana TV2 begitu prihatin  mengemukakan permasalahan kami penduduk Bakun-Sg.Asap, melalui dokumentari pendek “Galeri Mandarin Nasional”. Walaupun dokumentari ini hanya memakan masa 10 minit setiap episod. Kami tetap bersyukur kerana hanya dengan cara itu sahajalah permasalahan kami dapat diketengahkan dan seterusnya harapan kami pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk membantu kami segera dan bukan bila menjelang pilihanraya.

Namun kegembiraan kami cuma hanya seketika, apabila hari ini, rancangan dokumentari 10 episod itu telah dihentikan siaranya dengan serta merta. Ketika meminta penjelasan daripada Ketua Pengarah RTM Datuk Ibrahim Yahaya, Datuk Ibrahim memaklumkan bahawa siri dokumentari itu telah tamat (maksudnya dokumentari itu hanya dua episod sahaja). Jelas sekali Datuk Ibrahim Yahaya berbohong kepada saya dan 10 ribu masyarakat Orang Ulu Belaga.Ketika meminta penjelasan lebih lanjut Datuk Ibrahim memaklumkan bahawa beliau sibuk dan sedang bermesyuarat,perbualan kami terhenti disitu sahaja.

Saya mempersoalkan kenapa masalah sebenar rakyat tak ingin didengar oleh pemerintah. Sedang rancangan drama dan hiburan ditayangkan sampai 2 hingga 3 jam. Penting sangatkah slogan “1Malaysia” sehingga semua masa siaran TV,radio dan media cetak hanya melagukan 1Malaysia. Tapi masalah rakyat slot 10 minit pun tak dibenar disiarkan. Kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO dan berjuta-juta ringgit lagi untuk tujuan promosi 1Malaysia. Tapi bila tiba masa pengimplimentasian 1Malaysia. Rakyat diketepikan dan kerajaan memekakan telinga.

Saya mencabar Perdana Menteri Najib Razak. Jika benar 1Malaysia bukan hanya slogan.Menjelang 12.20 tengahari besok dokumentari Bakun-Sg.Asap akan keudara semula, dan besar kemungkinan undi 10 ribu Orang Ulu Belaga akan memihak Barisan Nasional. Tetapi jika tidak, kami terpaksa memilih kepimpinan pembangkang untuk salurkan permasalahan kami.

Dalam waktu terdekat ini, jika kerajaan melalui TV2 masih enggan menyiarkan rancangan dokumentari Bakun-Sg.Asap.Kami seluruh penduduk Bakun akan mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan. Pastinya nanti pentas PRK Sibu akan menjadi medan pungutan suara untuk menolak kerajaan Barisan Nasional.

Untuk rekod, kami penduduk Bakun Sg.Asap telah mengemukakan permasalahan kami melalui Deklarasi Sg.Asap pada tahun 2003 kepada KSN pada waktu itu Tan Sri Samsudin Osman dan yang kedua kepada  Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Jabu pada 2008. Kedua-dua deklarasi ini masing-masing ditandatangani oleh mendiang Temenggong Talik Lisut (2003) dan Datuk Sri Temenggong Nyipa Batok(2008). Semua ketua kaum turut sama  menandatangani dan menyokong deklarasi tersebut. Namun sehingga kini pihak BN masih memekakan telinga.

EPISOD DOKUMENTARI BAKUN-SG.ASAP YANG TELAH DAN BELUM DISIARKAN.
Pertama: Masalah ekonomi  yang dihadapi 10 ribu orang asli di 15 rumah panjang, dan cadangan  penyelesaiannya. (Telah disiarkan pada 26 April 2010)
Kedua:  Masalah kemiskinan yang timbul berikutan tanah tanaman yang tidak subur  dan tidak cukup. (Telah disiarkan pada 27 April 2010)
Ketiga:  Bantuan kepada petani yang diberikan oleh kerajaan, dan maklum balas  petani. (Dijadual untuk disiarkan pada 28 April, ditarik secara  tiba-tiba)
Keempat: Masalah berhenti belajar kanak-kanak yang disebabkan  masalah pengangkutan dan ekonomi. (Dijadual untuk disiarkan pada  29 April, telah dibatalkan)
Kelima: Apakah kesudahan tanah, rumah  panjang, pampasan perpindahan yang pernah dijanjikan oleh kerajaan  kepada orang asli. (Dijadual untuk disiarkan pada 30 April, lah  dibatalkan.)
Keenam: Sejauh manakah Empangan Bakun diperlukan?   Kajian keperluan elektrik. (Dijadual untuk disiarkan pada 3 Mei,  telah dibatalkan.)
Ketujuh: Nasib kubur orang asli di  kawasan hulu Empangan Bakun, dan budaya perkuburan kaum tersebut. (Dijadual  untuk disiarkan pada 4 Mei, telah dibatalkan.)
Kelapan: Kesan Empangan  Bakun terhadap ekosistem kawasan hilir, dan 10 ribu penduduk di situ. (Dijadual  untuk disiarkan pada 5 Mei)
Kesembilan: Adat dan hak tanah orang asli  di kawasan hilir empangan, dengan kes kajian Long Bangan.  (Dijadual untuk disiarkan pada 6 Mei)
Kesepuluh: 12 tuntutan daripada penduduk  Sungai Asap terhadap kerajaan dan pemaju empangan. (Dijadual  untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan)

15 Responses to “Suara Orang Ulu Belaga- BN Pekakkan Telinga”

  1. Belaga natives dissappointed their stories stopped by TV2 « Sarawak Indigenous Community News Says:

    […] Suara Orang Ulu Belaga- BN Pekakan Telinga […]

  2. Liumx Says:

    Takkan kita lupa, walau macam mana pun pembesar-pembesar cuba melindungi diri sendiri dari semua gejala sosial yang tertimbul akibat perbuatan mereka.
    Saya sebagai seorang individu yang berada di Semenanjung, terharu dengan keadaan sedemikian, di mana suara dari kalangan khalayak cuba dipadam.

  3. Keruah Usit Says:

    Semau rakyat Sarawak, kaya atau miskin, berhak untuk menyuarakan masalah dan hasrat kita. Teruskan usaha untuk membangkitkan kesedaran mengenai kesengsaraan masyarakat di Sungai Asap, demi untuk masa depan generasi yang akan datang. Saya rasa penuh hormat dengan rakyat jelata yang menyumbang kepada dokumentari TV2, dan juga menyumbang kepada usaha-usaha yang lain untuk memerangi ketidakadilan, rampasan tanah dan janji-janji kosong.

  4. unknown Says:

    saya menyeru penduduk Ulu Belanga menyokong calon Pakatan Rakyat. Bn sudah memerintah di Sarawak untuk masa yang begitu panjang tetapi taraf hidup penduduk ada meningkat ke? kamu semua paling jelas. Inilah peluang yang baik untuk membuat perubahan. BN sudah berkuasa selama 53 tahun,tetapi adakah pencapaian dia memuaskan? Harap penduduk semua faham, ini lah masa membuat perubahan. Mengapa tak nak bagi peluang untuk PR? sekiranya pencapaian PR tak bagus, kamu semua boleh memilih calon BN. Oleh itu, harap sesiapa yang membaca comment ini, fikir lah apa yang terbaik untuk kamu dan juga generasi akan datang. Terima kasih.

  5. Suara Orang Ulu Belaga: BN Pekakkan Telinga « Dewan Pemuda PAS Sarawak Says:

    […] dan pemaju empangan. (Dijadual untuk disiarkan pada 7 Mei, digugurkan) *Tulisan ini dipetik dari blog seorang penduduk Asal Bakun, Hary Wing […]

  6. tanpa nama Says:

    Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya baik.Yang cuma tak baik ialah Taib Mahmud.Taib Mahmud suka menyeksa rakyat di Belaga.Sering kali kita dengar dia bercakap bahawa bukan sukar tetapi mustahil untuk hendak membangun kawasan Belaga kerana berbukit bukau. Tetapi tidak sukar dan tidak mustahil mengambil kayu balak di kawasan Belaga walaupun di atas,ditepi-tepi bukit bukau yang curam.Seksaan Taib Mahmud kepada rakyat Belaga semakin bertambah.Dibina Empangan Bakun dengan kos berbilion, tak puas dibina pulak Empangan Murum.Tak lama lagi Empangan Bakun akan beroperasi.Air sungei akan menjadi cetek dan memaksa laluan ke express ke Kapit dihentikan. Jalan menghubungi Pekan Belaga ke Bintulu /Miri boleh diibaratkan sebagai laluan maut tak kira pada musim hujan atau musim kemarau.Kita tahu bahawa Kerajaan Pusat memberi peruntukan untuk pembangunan infrakstruktur luar bandar.Tetapi apa yang kita tahu pembangunan hanya tertumpu di kawasan Mukah,Miri, Lawas dan Betong,kawasan kuncu-kuncu sepakat Taib Mahmud.Penduduk-penduduk di luar bandar khasnya Belaga sebagai ‘penjana’ kekayaan ahli-ahli politik rakus dan ‘gila kaya’ diabaikan.Laungan politik pembangunan hanya untuk kawasan-kawasan bandar bukan kawasan-kawasan luar bandar yang mengemali keperitan/kesusuhan akibat pemikiran rakus pemimpin-pemimpin tersebut.Pembangunan bukan hak mutlak BN tetapi daripada pihak lain, jika diuruskan dengan pemikiran teerbuka.

  7. tanpa nama Says:

    Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya baik.Yang cuma tak baik ialah Taib Mahmud.Taib Mahmud suka menyeksa rakyat di Belaga.Sering kali kita dengar dia bercakap bahawa bukan sahaja sukar tetapi mustahil untuk hendak membangun kawasan Belaga kerana berbukit bukau. Tetapi tidak sukar dan tidak mustahil mengambil kayu balak di kawasan Belaga walaupun di atas,ditepi-tepi bukit bukau yang curam.Seksaan Taib Mahmud kepada rakyat Belaga semakin bertambah.Dibina Empangan Bakun dengan kos berbilion-bilion, tak puas dibina pulak Empangan Murum.Tak lama lagi Empangan Bakun akan beroperasi.Air sungei akan menjadi cetek dan memaksa laluan express ke Kapit dihentikan. Jalan menghubungi Pekan Belaga ke Bintulu /Miri boleh diibaratkan sebagai laluan maut tak kira pada musim hujan atau musim kemarau.Kita tahu bahawa Kerajaan Pusat memberi banyak peruntukan untuk pembangunan infrakstruktur luar bandar.Tetapi apa yang kita tahu pembangunan hanya tertumpu di kawasan Mukah,Miri, Lawas dan Betong,kawasan kuncu-kuncu sepakat Taib Mahmud.Penduduk-penduduk di luar bandar khasnya Belaga sebagai ‘penjana’ kekayaan ahli-ahli politik rakus dan ‘gila kaya’ dan Kerajaan Malaysia diabaikan.Laungan politik pembangunan hanya untuk kawasan-kawasan bandar bukan kawasan-kawasan luar bandar yang mengelami keperitan/kesusuhan akibat pemikiran rakus pemimpin-pemimpin tersebut.Pembangunan bukan hak mutlak BN sahaja tetapi boleh diperolehi daripada pihak lain, jika diuruskan dengan pemikiran terbuka oleh semua rakyat Belaga.

  8. tanpa nama Says:

    I want to ask BN Sarawak,how comparitively how much does it costs to construct a road linking Belaga town to Bintulu/Miri road conjuction compare to the cause of how many times the roads in the towns have been repaired/refurnishing and compare to the cause of constructing and would be constructed coastal roads all the way from Limbang to Kuching?
    Constructing road from Belaga to the junction of Miri-Bintulu road is a necessity.That is our needs once Bakun starts operating. Not to say that it is not necessary to construct those coastal roads,but see to the priority.
    We at all do not argue to your showing of your powers.Remember the real powers belong to God,not yours. Remember also of your responsibilites to the rakyat less you would be asked about it in your ‘nextlife’. Don’t forget you also one day can fall.

  9. tanpa nama Says:

    I want to ask BN Sarawak, comparitively how much does it costs to construct a road linking Belaga town to Bintulu/Miri road conjuction compare to the cause of how many times the roads in the towns have been repaired/refurnishing and compare to the cause of constructing and would be constructed coastal roads all the way from Limbang to Kuching?
    Constructing road from Belaga to the junction of Miri-Bintulu road is a necessity.That is our needs once Bakun starts operating. Not to say that it is not necessary to construct those coastal roads,but see to the priority.
    We at all do not argue to your showing of your powers.Remember the real powers belong to God,not yours. Remember also of your responsibilites to the rakyat less you would be asked about it in your ‘nextlife’. Don’t forget you also one day can fall.

  10. tanpa nama Says:

    I want to ask BN Sarawak, comparitively how much does it costs to construct a road linking Belaga town to Bintulu/Miri road juction compare to the cause of how many times the roads in the towns have been repaired/refurnishing and compare to the cause of constructing and would be constructed coastal roads all the way from Limbang to Kuching?
    Constructing road from Belaga to the junction of Miri-Bintulu road is a necessity.That is our needs once Bakun starts operating. Not to say that it is not necessary to construct those coastal roads,but see to the priority.
    We at all do not argue to your showing of your powers.Remember the real powers belongs to God,not yours. Remember also of your responsibilites to the rakyat less you would be asked about it in your ‘nextlife’. Don’t forget you also one day can fall.

  11. vuvu Says:

    kerajaan umpama seorang perempuan yang tak ingin video sex nya ditayangkan

  12. Balan Berauk Says:

    Salam untuk semua pembaca yang singgah di sini. bukan bermaksud nak menyakitkan hati mana mana pihak, akan tetapi apa yang akan dipaparkan disini adalah kenyataan keadaan sebenar apa yang ada dan kenyataan apa yang berlaku di kawasan Long Semadoh Lawas Sarawak.
    MORE INFO CLICK HERE: http://longsemadoh.wordpress.com/2010/07/06/suara-rakyat-orang-ulu-long-semadoh-2/

  13. Anak Belaga Says:

    Setelah melihat sendiri pempangunan yang ada di Sungai Asap, saya begitu sedih dengan kemudahan dan pembangunan yang ada. Saya bartanya pada diri sendiri, inikah 1Malaysia yang dilaungkan. Kenapa mereka ini begitu dipingirkan daripada arus pemodenan sedangkan yang lain telah hanyut dalam arus pemodenan. Siapa yang harus disalahkan dalam hal sebegini. Semestinya pihak pemerintah dan kerajaan tempatan. Begitu banyak hasil yang dirampas dari penduduk, namun apa yang dibagi oleh kerajaan begitu sedikit malahan hampir tiada. Mereka mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dan hidup dalam kekayaan yang boleh dinikmati oleh keturunan mereka puluhan tahun. Namun di Sungai Asap tahun yang akan mendatang belum tentu menjamin kehidupan mereka jika ada pihak yang masih lagi memekakkan telinga membutakan mata dan hati. Untuk masyarakat di Belaga, Sungai Asap khasnya teruskan perjuangan. Tuntutlah hak kita yang dinafikan selama ini. Tiga tawai.

  14. educatedasap2010 Says:

    Sebagai orang yang terbabit secara langsung dengan apa yang berlaku di Sa Asap Belaga, saya amat sakit hati dan kalau boleh sekarang juga nak pulun habis BN biar hancur di muka bumi ini. Sebab apa tak tahulah samada YB kite ni takut nak bersemuka dengan Taib mahmud ke atau buat2 tak tau. dulu sebelum berpindah Semua ada disediakan. tapi bila sampai di Asap , cakap tak serupa bikin. perasan ke tidak kita orang bakun, bahawasanya orang yang bagi order kite suruh pindah dulu sudah dinaikkan pangkat sekarang, nak tau siapa. Dialah Serudu Hoklai D.O belaga Ketika itu. Dia yang kata semua Free, tapi pelik juga dua tahun yang lepas dia datang ke Sg Asap minta pula bayar Rumah RM 52,000.00 apa ke bendanya ni BN nanti lah GE akan datang ini pastikan BN tersungkur terpelosok kedalam lubang Bakun.

  15. 2010 in review « Says:

    […] The busiest day of the year was April 29th with 514 views. The most popular post that day was Suara Orang Ulu Belaga- BN Pekakkan Telinga. […]

Comments are closed.


%d bloggers like this: