PRK DUN Belaga: Wajar Untuk Selesaikan Masalah Rakyat.

Sekiranya trend penyelesaian masalah oleh kerajaan BN berteraskan kepada pilihanraya kecil. Maka saya menggesa supaya pilihanraya kecil DUN Belaga diadakan untuk menyelesaikan banyak masalah penduduk Bakun-Belaga. Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini memperlihatkan masalah rakyat yang telah lama  tertangguh ( lebih 10 tahun),  mampu diselesaikan dalam masa hanya beberapa hari sahaja.

Demikian juga halnya PRK Parlimen Sibu yang bakal menjelang tiba. Pasti kehadiran Perdana Menteri pada Sabtu dan Ahad ini di Bandar Sibu, untuk meninjau apakah masalah rakyat yang masih belum selesai. Maka langkah penyelesaian segara akan diusahakan oleh pihak BN.  Ini bermaksud PM Najib Razak hanya akan menggunakan “lampu Aladdin” nya bila menjelang PRK sahaja.

Kerajaan BN  bertindak kejam terhadap penduduk Bakun Sg.Asap apabila semua saluran untuk mengemukakan masalah penduduk ditutup. Terbaru pembatalan siaran  dokumentari pendek “Galeri Mandarin Nasional” terbitan TV2. Di kawasan penempatan semula Sg.Asap tiada pejabat pos, tiada siaran tevisyen ataupun talian telefon, jauh sekalilah kemudahan internet berkelajuan tinggi. Disini juga tiada Pusat/Pejabat khidmat ADUN atau Parlimen.Pada hemat saya penduduk sengaja di asingkan dari dunia luar supaya masalah mereka dapat disembunyikan.

Setelah berpindah ke Penempatan Semlula Bakun Sg.Asap untuk memberi laluan kepada pembinaan empangan hidro elektrik Bakun. Kami langsung tak dijenguk oleh pimpinan tertinggi kerajaan pusat. Ketiga-tiga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, TUN Abdullah Badawi dan kini PM Najib Razak. Tidak pernah memijak kaki di Penempatan semula Sg.Asap . Sebaliknya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato Sri Anwar Ibrahim bukan sahaja hadir di penempatan lama kami di Hulu Balui (Uma Juman) malah juga berkunjung di Penempatan Baru Sg.Asap (Uma Badeng) pada tahun 2006 yang lalu. Ini dilakukan untuk memantau sama ada apa yang dijanjikan oleh JawatanKuasa Kabinet Berkaitan Bakun benar-benar dilaksanakan atau pun tidak.

Dalam waktu terdekat saya akan cuba berhubung dengan ADUN Belaga bagi menasihatkan beliau supaya memikirkan bagaimana caranya mengadakan PRK DUN Belaga, dengan itu masalah rakyat akan dapat diselesaikan segera. Saya yakin YB. Liwan Lagang seorang yang bijak, namun kerajaan BN yang angkuh  dan bangga dengan  ketuanan, menjadi punca masalah rakyat tak dapat diselesaikan.

Berikut disenarai pendek masalah penduduk Bakun-Belaga.
•    Pampasan Bakun belum dibayar sepenuhnya, Kerakyatan Malaysia- Penduduk tiada Mykad.
•    Kemudahan frasarana seperti, siaran TV,internet, telefon, sekolah menengah, pejabat Pos,Polis,Bomba, kebajikan,JPN,Bank atau Majlis Berkuasa Tempatan(PBT)- belum wujud lagi.
•    Tanah Pertanian tidak cukup, Tanah Reserve Komunal-tiada.

•    Kerajaan tuntut pembayaran harga rumah di Penempatan semula Sg.Asap tetapi enggan membayar harga rumah panjang kami di penempatan lama Hulu Balui.
•    Peluang perniagaan dan pekerjaan dimonopoli oleh ”Orang Luar”  dan pekerja asing.
•    Kemudahan kesihatan-tiada doktor.
•    Jalan raya tidak diselenggarakan dengan baik-lori balak dibenarkan menggunakan jalan persekutuan.
•    Tiada pengangkutan awam atau bas sekolah.
•    Tiada petrol station di Sg.Asap.
•    Penduduk Belaga miskin tegar-tiada program ekonomi konkrit bantu penduduk.

•    Harga Barangan di Belaga 60% mahal daripada harga pasaran.

•    Tiada jalan raya menghubungkan Pekan Belaga ke bandar-bandar lain dan banyak lagi.

2 Responses to “PRK DUN Belaga: Wajar Untuk Selesaikan Masalah Rakyat.”

  1. semanunited Says:

    janganlah buat PRK selalu di Belaga,nanti hari2 orang Belaga mabuk hehe…kebun jadi semak nanti hehe…

  2. anak linau Says:

    anak-anak belaga harus sedar akan permasalahan itu. kita kadang2 seronok bila berada di zon selesa. namun kita lupa akan nasib kebanykan penduduk belaga yang masih berada di bawah paras miskin tegar. kita hanya bersorak apabila pak menteri datang. kita sanggup mengeluarkan duit, sanggup bergotong royong ke hutan utk mencari sayur-sayuran dan beras utk menyambut pak menteri yang datang. lepas pak meneteri makan dan kenyang, dia balik tanpa menoleh ke belakang. kasihan orang kita yang ditingglkan begitu sahaja bersama-sama dengan khazanah miskin. tidak ada perubahan. kita harus sedar akan kepincangan ini. kita dah muak dan rasa nak muntah dengan janji yang hanya seperti embun di puncak gunung Jayong. renung-renungkan…

Comments are closed.


%d bloggers like this: