8,000 penduduk Kenyah serah resolusi kepada JTS untuk bangun tanah pusaka.

April 30, 2010, Friday

BELAGA: Seramai 8,000 penduduk Kenyah daripada empat rumah panjang di Belaga kelmarin menyerahkan resolusi kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) agar membangunkan tanah pusaka mereka untuk generasi akan datang.“Kita berharap tanah kita dibangunkan seiring dengan projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) nanti seperti penternakan ikan, tanaman kelapa, ekopelancongan serta penternakan kambing dan lembu.

“Kita mengalukan pihak yang berminat untuk membangunkan tetapi mereka haruslah berbincang dan memeterai perjanjian persefahaman dengan ahli jawatankuasa dahulu,” kata Setiausaha Ahli Jawatankuasa bersama Lebu Kulit, Uma Bakah, Uma Balui Ukap dan Uma Lesong Dennis Hang Bilang.

Resolusi tersebut diserahkan kepada Superintendan JTS Kapit, Alfian Bawi pada majlis ringkas di Uma Bakah Belaga, kelmarin.

Turut menghadiri majlis itu ialah Naib Pengerusi Edin Anyie dan beberapa ketua kaum daripada keempat-empat rumah panjang terbabit.

Melalui jawatankuasa bersama, Dennis berkata, penduduk Kenyah di Belaga akan dapat membangun seperti kaum-kaum lain.

“Kita boleh membangunkan tanah ini seperti orang lain di negeri ini sekiranya tuntutan ini dipenuhi. Nenek moyang kami telah diberikan tanah pada awal 1950-an semasa pemerintahan Brooke dan kita memiliki peta yang membuktikan tanah ini memang kepunyaan nenek moyang kami,” kata Dennis.

“Kita akan mengambil setiap peluang perniagaan yang berkaitan seperti penternakan ikan dan pelancongan setelah siapnya Empangan (Hidroelektrik) Bakun nanti,” ujarnya.- Dipetik daripada Utusan Borneo Online.

Ulasan Belagakini.

Laporan ini mengarut  kerana;

1. Empat buah rumah panjang Kaum Kenyah yang dinyatakan iaitu Lebu Kulit, Uma Bakah, Balui Ukap dan Uma Lesong. Sebenarnya hanya Lebu kulit dan Uma Bakah sahaja merupakan rumah panjang Kaum Kenyah. Manakala Uma Balui Ukap dan Uma Lesong adalah Rumah Panjang Kaum Kayan.

2. Menurut saudara Chokpai Ugon dari Uma Bakah, sebenarnya penduduk Uma Bakah di Skim Penempatan Semula Sg.Asap sudah tidak memiliki Tanah Pusaka(NCR)lagi. justeru itu penduduk Uma Bakah tidak ada merit untuk bercakap soal NCR lagi. Saudara Chokpai menyatakan perkara ini ketika Majlis Seminar Kesedaran Hak-Hak Terhadap Tanah Pusaka di Uma Bakah pada 15.4.2010 yang lalu.Dalam majlis itu saudara Chokpai menyanggah kenyataan penceramah-penceramah malam itu bahawa penduduk Uma Bakah masih mempunyai hak terhadap Tanah NCR mereka yang ada di Sang Anau-Long Bulan.

3. Kenyataan bahawa pemerintahan Brooke memberi tanah kepada kaum Orang Ulu seawal 1950-an juga tidak benar kerana tanah pusaka Orang Ulu telah wujud ratusan tahun sebelum kedatangan keluarga Brooke. Keluarga Brooke hanya datang untuk mendamaikan puak-puak yang bertelagah sahaja dan bukannya datang untuk memberi tanah.

4. Hak milik tanah tidak akan diberikan kepada Kaum Orang Ulu selagi Ketua Menteri Taib Mahmud memerintah.Oleh itu saudara Dennis dan jawatankuasanya janganlah terlalu berharap.

5. Tanpa Perjanjian bertulis, Orang Ulu Belaga(terlibat dengan Bakun) akan dihalau jika mereka mendiami pinggiran/tebingan empangan Bakun kerana dikhuatiri menganggu operasi penjanaan tenaga elektrik. Lagi pula hutan disekitar empangan Bakun akan digazette kan sebagai Hutan Simpan Kekal tidak lama lagi. Ini semua helah pihak BN untuk menafikan hak penduduk Bakun.

6. Banyak contoh konsep pembangunan tanah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Sarawak. Semuanya hanya menguntungkan kerajaan Negeri dan pelabur sahaja. Pemilik tanah hanya kelip-kelip mata sahaja.

7. Justeru itu langkah paling baik untuk diambil oleh Orang Ulu Belaga dengan memilih kerajaan yang dapat memberi Hak Milik Tanah dan dengan itu kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk menjadi “Joint Partner” untuk memajukan tanah tersebut. Renung-renungkanlah tujuh fakta ini.

7 Responses to “8,000 penduduk Kenyah serah resolusi kepada JTS untuk bangun tanah pusaka.”

  1. beniking auk Says:

    usaha murni yg trlibat dlm rancangan sebegini adalah amat terpuji dan seharusnya mdpt tepukan yg gemuruh dri yg terlibat sma.

    ttpi sebelum tu…

    elok kita berbalik kpd beberapa perkara yg sya rsa scra pribadi perlu difikirkan dan difhami dgn lebih mendalam dan mesti diperhalusi sblm mgambil apa2 tindakan susulan atau dlm menyuarakn usul…

    pertama: berkaitan dgn HAK…

    dlm perangan yg ke-6 dlm ruangan ini, kita dapati ada dinyatakan bhwa pemerintah trdahulu tlh memberikan hak thdp kwsan yg dimaksudkan sekitar thun 1950an (utk lebih tepat pd thun 1953)… ermmm …. sya keliru di sini….

    setahu sya, Taman Forest Reserved tlh diwartakan pd thun 1946. jd mcm mna hak boleh diberikan setelah 8 tahun kwsn berkenaan diwartakan sbgai Hutan Simpan Taman…. ermmm… ada penjelasan bg membolehkan sya memahami keadaan ini…?

    ke-Dua: Mengenai penduduk Asal….

    yg ini berbalik bpd Resolusi yg dimaksudkan….
    persoalan pertama: adakh resolusi yg dimaksudkan ini sesungguhnya mendapat kesepakatan semua pihak?
    persoalan yg kedua: atas dasar (modes operandi) apakah resolusi berkenaan di diwujudkan? pertanyaan ini sya ajukan kerana sya ada mendgr bhwa resolusi berkenaan telah ditaip sebelum sebarang mesyuarat dilakukan bersama dgn Ketua Rumah Panjang yg berkaitan. sepangatahuan sya, pd sekitar bulan april 2010, 1 mesyuarat tlh diadakan di Uma Bakah, BRS, dgn menjemput Ketua Rumah dan wakil2 rumah-rumah pjng berkenaan dgn tujuan menandatangani Resolusi berkenaan… ermmm, KENAPA AJK YG BERTANGGUNGJAWAB INI TIDAK MEMBERIKAN SUATU TEMPOH YANG SEWAJARNYA BG SETIAP RUMAH PANJANG YANG TERLIBAT MEMIKIRKAN DAN BERBINCANG MENGENAI INTI PATI RESOLUSI YANG DIMAKSUDKAN… KENAPA PERKARA INI BERLAKU?

    Ke-Tiga:
    berkaitan dengan peta yg dimaksudkan;
    sya sdri dh melihat peta berkenaan, salinan photostat je lh… sya ni x la pandai sgt ttg peta. ttpi melalui pemahaman sya terhadap peta berkenaan yg dikeluarkan pd tahun 1953. ada satu perkataan yg menarik dan mungkin boleh merungkai apakah maksud dan tujuan peta berkenaan dikeluarkan oleh “Tuen Philips” spt yg diwar-warkan. perkataan berkenaan ialah “di-da’wa”. klu ikut pemikiran sya lah. peta berkenaan dikeluarkan dgn tujuan untuk mengingatkan penduduk yg mendiami di kwsan kebahor hingga ke slh 1 anak sungai di berdekatan dengan kawasan Uma Bakah di Sungai Balui menetap dahulu yakni di sebelah Kanan Mudik Sungai Balui agar tidak melakukan sebarang aktiviti penebangan hutan (Berhuma) kerana kawasan berkenaan adalah di dalam kawasan Hutan Simpan Taman yg diwartakan pada tahun 1946.
    sehubungan dgn ini, kenapa ada wujud ura-ura mengatakan peta yg diberikan itu menunjukkan kawasan yg telah diserahkan oleh Keluarga Brooke rumah panjang tertentu, wal hal pada sekitar tahun 1880 an sebelum perang antara orang dayak yang dibawa oleh C.V. Brooke dgn pemberontak orang ulu di Long Pila, dlm Journal Perjalanan yg dibuat oleh Sir Huge Brooke Low yg pd masa tu adalah Resident di Sibu menyatakan bahawa Uma Lesong adalah masyarakat yang terdapat di Long Behutor dan Juman Bahau (Bahau). oleh sebab itu, bg saya, bila menyentuh mengenai HAK… seharusnya ianya diperhalusi dan dirungakai dgn cara yg sewajarnya…. jgn mengakui dan memperkatakan sesuatu tanpa usul periksa…

    setakat itu sehaja yg saya kongsikan.
    pa2 pun tujuan dan maksud saya bkn menuduh atau mempertahankan apa2 fakta, sebaliknya adalah ingin berkongsi apa yg saya tahu.

    yg kurang tu adalah daripada saya,
    yg sempurna itu adalah daripada Dia….

    sekian, terima kasih.

  2. Denis Hang Bilang Says:

    Saudara Pejuang Hak yang dihormati,

    Terlebih dahulu saya menyanjungi usaha saudara saya Wing membuka laman ini untuk kita kongsi pendapat. Alangkah baiknya jika ramai di kalangan kita dari orang Belaga, yang menyelinap masuk ke dalam laman ini agar satu percambahan ilmu berlaku bagi mencetus ide yang bernas.

    Saya menghormati pandangan saudara yang di atas dan saya mengambil kira semuanya bagi menghalusi perjuangan murni kita untuk generasi yang akan datang.

    Sebenarnya apa yang kita (4 buah rumah panjang) ini buat adalah di antara “desperate effort” untuk mempertahankan hak terhadap tanah tanah adat (NCR on our NCL). Keyataan akhbar mengatakan 8000 kenyah adalah kesilapan teknikal pihak media dan bukan disengajakan.
    Antara usaha yang telah kita buat selama ini adalah kita telah memfailkan kes menuntut pampasan terhadap tanah yang bakal ditenggelami air ke mahkamah, namun kita kalah atas satu sahaja alasan yang diberi SEMUA tanah NCR kita sudah dibayar pampasan. Maksudnya tanah kita anggap masih tanah NCR kita adalah BUKAN MILIK KITA LAGI menurut tafsiran kerajaan.

    Kemudian kita teringat tentang peta yang diberi semasa 15.6.1953, dan kita menyiasat. Setelah sekian lama kita menyiasat barulah kita menemui salinan asalnya (kini disimpan oleh seorang daripada kita). Hanya setelah kita tahu salinan asal itu ada barulah kita berusaha berjuang berdasarkan peta tersebut. Kita memaklumkan pihak kerajaan tentang peta tersebut seperti; perhutanan, SFC, Kementerian Kemajuan Tanah, Setiausaha Kerajaan Negeri, termasuklah JTS pada 28.4.2010, dan hanya sekiranya kita mendapat maklumbalas/kenyataan bertulis dari pihak kerajaan untuk menafikannya, kita akan memfailkan kes ini mahkamah. Biar mahkamah yang menentukan kesahihan dan kerelevanan bukti ini.

    Mengenai resolusi kita, kita telah perhalusinya pada 28.4.2010 di mana saudara cikgu Edam Ngo, Sdr. Gani Ajang, Sdr. Aging Jeno dan MU Huvet Laing sendiri ada hadir di Bealaga.

    Saya mohon agar kita tidak menyanggah atau berbalah diantara satu dengan yang lain, sebab perjuangan kita ini bukan untuk merampas dan juga bukan untuk menidak/menafi hak sesama kita. Perjuangan kita ini adalah untuk mempertahankan hak kita terhadap NCR kita dan MEMAJUKANNYA.. Tidak ada dalam rancangan kita di mana Lebu Kulit dan Uma Bakah merampas hak Uma Lesong dan Uma Balui. Adapun perjuangan mereka itu membabitkan kedua kampung ini, sebab kebetulan kawasan tanah (dalam peta British 15.6.1953) tersebut adalah dari Long Kebuhor sehingga ke Long Bahau sebelah kiri mudik dan dari Long Penuan hingga seberang sg. Bahau di sebelah Kanan (Ia tidak merangkumi Taman Forest Reserve seperti dakwaan saudara pejuang). Justeru saya merayu hentikan percanggahan pendapat agar ia tidak menjadi senjata pihak tertentu untuk memutarbelit perjuangan kita yang mana pada akhirnya usaha kita akan menjadi sia-sia.

    Kita akui nenek moyang kita dahulu, sentiasa berpindah-randah atas sebab keselamatan. Sebab itu kita tidak menafikan bahawa Uma Lesong pernah berada di Data Nawa Long Bahau, Balui Ukap/ Lebuwai pernah berada di Long Lebuwai, Lebu Kulit di Long Itam, Uma Bakah di Long Payau dan kita juga pernah tinggal bersama rumpun besar kita di Apau Kayan Indonesia. Hakikatnya, masyarakat kita pada zaman dahulu sentiasa berbunuh antara satu dengan yang lain (ngayau), yang memaksakan kita berpindah randah.

    Kita berterima kasih dengan Kerajaan Brookes begitu juga dengan Kerajaan British yang telah berjaya mengamankan kita. Tanah Sarawak wujud juga adalah disebabkan Kedua kerajaan ini, jadi tidak salah mana-mana bukti yang ditinggalkan oleh mereka bolehlah kita gunakan sebagai dasar perjuangan kita, SEBAB KANUN TANAH PADA 1996 MEMPERUNTUKAN KITA UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA TANAH TERSEBUT ADALAH MILIK KITA. Maksudnya sebarang usaha untuk mempertahankan hak terhadap tanah mestilah ada bukti. Sila rujuk beberapa petikan di bawah berkaitan dengan Kanun tanah yang sedia ada;

    § 1974, Section 5 (3 & 4), granted power to the Minister to extinguish native customary rights after six weeks notice by publication in the government Gazette or brought to the notice of the persons affected.

    § 1988, Section 33 (1)(a), re-entry in case of breach or default: a fine may be imposed if the land is not used consecutively over a three year period and the land then later re-classified as state land if title rights are not implemented. This amendment effectively ties people practising shifting agriculture to a single plot of land, decreasing their food security and increasing poverty.

    § 1994, Section 46, declaration that the land is required for “public utility”: The meaning of acquiring land for ‘public utility’ purposes has been enlarged under this amendment and provides a broader base for the extinguishment of NCR.

    § 1996, Section 5(3&4), where the government wants to develop land, the burden of proof of ownership of NCR is now transferred to the claimant rather than the reverse. Kita yang dipertanggungjawabkan untuk membuktikan hak kita terhadap tanah tersebut dengan BUKTI.

    § 1997 New Section 18(a), empowered the Sarawak Land Development Board and the Land Custody Development Authority to use their ordinances to declare an area as a ‘Development Area’ and a lease over such land may be issued for a period of not more than 60 years to any corporate body approved by the Minister. On the expiry of the lease, any native whose land had been included in a ‘Development Area’ must apply to the Superintendent of Land and Survey if they wish to re-establish their land rights. The Superintendent may, subject to the direction of the Land and Survey Department’s director, issue such a grant to the people concerned upon such terms and conditions as he deems fit to impose. In policy this legal power has been called Konsep Baru or New Concept for NCR land development.

    Merujuk kepada kes Tr Nor anak Nyawai menentang Borneo Pulp dan Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2002 di mana Tr. Nor dan anakbuahnya menang. Mereka cuma merujuk kepada sebuah buku kajian oleh Dr. Lambat Lindong (berkenaan budaya masyarakat orang Iban) yang menyentuh tentang pemakai menoa sebagai bukti hak milik mereka terhadap tanah (tanah pemakai menoa) mereka. Dalam buku tersebut, mana-mana kawasan hutan yang diredah untuk mencari sumber rezeki mereka adalah dikatakan tanah pemakai menoa.

    Kaum Iban boleh menggunakan buku tersebut sebagai rujukan, tetapi bagaimana dengan kita Orang Ulu?? Jika kita ingin mempertahan hak kita hanya dengan, menggunakan suara dan pendapat semata-mata, besar kemungkinan kita tidak akan menang, sebab kita tidak ada “concrete evidence”.

    Saya bukanlah pakar sejarah tetapi antara kalangan peminat sejarah. Saya telah berusaha mencari bahan-bahan bukti bagi mengukuhkan “evidence” yang berkaitan dengan surat tanah tersebut termasuklah membaca beberapa buah buku dan artikel yang berkenaan dengan pemerintahan semasa Brookes dan British.

    Sebagai rujukan sila baca buku tersebut boleh didapati di perpustakaan negeri:
    1. Runciman, Steven, The White Rajahs: A History of Sarawak from 1841 to 1946, Cambridge University Press, 1960
    2. Reece, R.H.W., The Name of Brooke: The End of White Rajah Rule in Sarawak, 1993.
    3. Allistair Morrison, Fair Land Sarawak, 1993
    4. Malcolm Mcdonald, Borneo People

    Apabila kita tidak ada bukti yang kukuh, maka satu cara yang paling berkesan adalah memperjuangkan bersama-sama. Kita mesti BERSATU, SATU HATI, SATU TUJUAN, SATU SUARA.

    “Gone other days” cara orang lama kita memperjuangkan nasib kita adalah dengan menggadaikan masa depan generasi mendatang. Marilah kita GENERASI KINI bangkit sehati sehaluan untuk memperjuangkan masa depan generasi kita. Kita ada tujuan yang sama, cuma belum bersatu.

    PERJUANGAN KITA BUKANLAH UNTUK MENCANGGAH USAHA RAKAN PENJUANG YANG LAIN MALAH SEHARUSNYA MENYOKONG DAN BERSATU MEMPERJUANGKAN HAK KITA, DEMI GENERASI MENDATANG.

    VISI “MASYARAKAT BELAGA MAMPU BERSAING DENGAN MASYARAKAT GLOBAL”

    MISI “MEMPERJUANGKAN HAK DAN MEMBANGUNKAN TANAH NCR TANAH KITA DI BELAGA”

    MATLAMAT “ORANG BELAGA MEMAJUKAN ORANG BELAGA”

    OBJEKTIF
    1. RAKYAT BELAGA MEMAJUKAN BELAGA DENGAN ACUAN SENDIRI
    2. RAKYAT BELAGA TIDAK BERGANTUNG DENGAN SUBSIDI KERAJAAN SEMATA-MATA
    3. RAKYAT BELAGA MAMPU MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANGUN BELAGA

    RENUNGAN
    :YAP AH LOY TELAH MEMBUAT KL TERKENAL
    :KAUM FUCHOW TELAH MEMBAGUNKAN SIBU, SARIKEI DAN BINTANGOR

    Jangan hanya bercakap sahaja. KITA MESTI BERCAKAP SAMBIL BERTINDAK…

    SELAMAT BERJUANG. JIka ingin komen sila email: hbdenis@gmail.com
    atau h/p:0135794340

    • belagakini Says:

      Terima Kasih atas pandangan ikhlas saudara Dennis, Pandangan saudara bernas berfakta dan obektif. Saya juga faham bahawa saudara juga seorang pejuang yang nekad memperjuangkan nasib bangsa Orang Ulu Belaga. Namun saya maklum bahawa saudara memilih laluan yang berbeza. Apapun itu tidak menjadi hal asalkan objektifnya untuk kebaikan Orang Ulu Belaga keseluruhannya.

      Saya cuma ingin kongsikan satu pendapat dalam ruangan terhad ini. Pembangunan bukanlah hadiah paling berharga untuk sebuah negara merdeka. Sebaliknya “Hak” adalah paling utama. Ketika ini kerajaan BN berkempen seluruh negara mengatakan mereka telah berjaya memajukan negara dengan pelbagai pembangunan hingga meneroka ke angkasa lepas. Namun adakah Orang Ulu keseluruhannya ada Hak terhadap tanah pusaka nenek moyang mereka. Adakah Orang Ulu telah memiliki kerakyatan dan sijil lahir. Adakah Orang Ulu disediakan dana yang mencukupi untuk pendidikan. Adakah Orang Ulu diberi tempat sewajarnya dalam perkhidmatan awam. Adakah Orang Ulu diberi tempat yang sewajarnya dalam negara Malaysia ini. Jawapanya tidak. Justeru itu hentikanlah dan berhentilah menyokong dan bersubahat dengan BN.

      Usaha saudara untuk menyatu dan menyuarakan permasalahan penduduk berkaitan Tanah adalah amat baik. Tetapi selagi BN berkuasa. Apa-apa buktipun tidak akan dapat membantu memenangkan kita. Bila mereka telah berjaya memanipulasikan sistem kehakiman. Apakah bukti kita akan diterima. Sedarlah bahawa kita kena cari alternatif lain selain daripada BN. Teruskan usaha dan selamat berjaung.

  3. Denis Hang Bilang Says:

    Terima kasih saudara Wing,

    Saya percaya bukan saudara sahaja yang berpendapat begitu, malah ramai di kalangan kita yang suka berpolitik di kedai kopi…

    Hakikatnya kita masih belum bersatu. Kita masih seronok mengayuh haluan masing-masing dan doktrin serta falsafah yang telah ditanam dalam diri masyarakat kita di Belaga oleh bekas Pemimpin kita masih amat sukar untuk dikikis..di mana jika ada mana-mana pihak yang bersuara untuk menegak/menuntut HAKNYA dia akan dilabel sebagai SAHABAT ALAM, NGO atau PENENTANG KERAJAAN.

    Kita telah dididik untuk menjadi “be a good obedience citizen, our leaders are always right”… bagi peminat English Literature perkara ini bukanlah baru sebab ianya telah dinovelkan dengan tepat oleh George Owel dalam bukunya Animal Farm. Apa yang diceritakan dalam buku sastera tersebut adalah sama sekali seperti apa yang dilakonkan tanpa pengarah/produser filem oleh pemimpin kita sekarang ini.

    Pada masa yang sama, saya sendiri pun belum boleh memberi sokongan kepada mana-mana pihak, sebab pada saat ini saya sendiri masih belum yakin dengan sandiwara politik di tanah air kita. Malah di kalangan ahli politik itu sendiri pun masih kabur tentang perjuangannya.

    Bahkan ada di kalangan mereka yang tidak tahu peranannya, sehingga bila ada di kalangan penduduk dalam kawasanya (pengundi) yang bangkit menuntut haknya, dia sendiri yang mencanggah perjuangan tersebut. Dipujuk jangan menentang kerajaan. walhal mereka bukan menentang kerajaan tetapi cuma untuk mempertahankan hak mereka.

    Ada di kalangan mereka lupa bahawa penduduk/ pengundi telah secara majoriti memilih dan memberi mandat kepadanya untuk menjadi wakil kepada mereka untuk bersuara bagi pihak mereka. Apa salahnya jika ada di kalangan penduduknya yang haknya ditindas mereka (wakil rakyat tersebut) sendiri yang memfailkan kes tersebut ke Mahkamah, atau mempertahankan hak tersebut.

    Yang pastinya saya bersedia memberi sokongan padu kepada semua pihak yang memiliki hati yang khlas untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat Belaga.

    Well done brother, please bring/invite more Belaga friends to this blog.

  4. educatedasap2010 Says:

    I WOULD LIKE TO SAY CONGRATULATIONS TO OUR ONLY MR WING MIKU WHOM HAS BEEN WORKING SO HARD IN MAKING HIS BLOG AVAILABLE TO DESSIMINATE WHAT EVER NEWS FROM OUR BELOVED TOWN BELAGA TO THOSE WHO ARE LIVING OUTSIDE BELAGA. AND ALSO NEVER FORGET TO MR DENNIS FOR YOUR KIND HEARTED WORK TO HELP OUR COMMUNITY IN BELAGA THUS FAR, I HAVE READ ABOUT YOU AND A GROUP OF OUR PEOPLE IN BELAGA LODGED POLICE REPORT BECAUSE OF THE BAKUN IMPOUNDMENT RECENTLY, THAT IS FANTASTIC JOB BRO. KEEP IT UP. BOTH OF YOU HAVE GIVEN A VERY GOOD IDEA FOR US TO SHARE WITH ABOUT THE SITUATION IN BELAGA. I HOPE THAT MORE AND MORE PEOPLE OF BELAGA WHO ARE EDUCATED WILL COME TOGETHER JOIN HANDS TO STRIVE FOR BETTER WAYS TO BRING OUR PEOPLE TO A CERTAIN LEVEL IF NOT ON PAR WITH OTHERS COMMUNITY. IT IS NOT NECCESSARY TO JOIN POLITICAL PARTY OR NGO BUT ITS COMES FROM DIE HARD THINKING AND VISIONS TO SUCCESS

  5. Denis Hang Bilang Says:

    New Generation of Belaga should think….think… think..

    BEFORE;
    Our parents sent us to school in order;
    1. To work as a government servants.
    2. To have a steady / stable monthly income even though with a little starting.
    3. Therefore many of us are either government servants or working with the private sectors. Very few of us gamble their fortune in entrepreneurship. Most of us educated are at all the time interdependent on others to earn our living. That is why we are bound/framed not to go beyond our abilities.

    NOW;
    Let us parents with new ways / dimension of thinking
    1. Encourage our kids to have an independent ways of living. (Self employed)
    2. Encourage them to become employer so that they can employ our own people. I have seen some of us doing that and they are doing well. When we are in the capacity of being able to help, then do not hesitate to do so. Do not be selfish minded. Let us build our own network / empire of business. Lets imitate the Chinese ways of thinking. Let not be the buyers all the time, let us be the producer or the sellers. If we all start thinking in the same lines, I do not see any reason why we cannot compete with the other races.

    Let takes for example; I have seen a Chinese friend of mine, who rented 2 acres of lands from an Iban guys for RM250.00 per month. He hired a couple of Indonesian to work on that piece of lands with the basic salary of RM 300 each. They planted many types of vegetables. Mind you after three months that Chinese chap is earning a clean income of more or less RM3,000.00 monthly.

    In the first place he does not need to own a land inorder to plant vegetable.
    Secondly, he doesn’t even shed his sweat to plough the lands.
    All he needs to do is just use his a little bit of brain to think, monitor the couple and find some markets.

    WHEN WE TALK ABOUT OUR NCR LANDS, LET GEAR UP OUR YOUNG GENERATION TO DEVELOP THAT LANDS, THEN ONLY IT WILL MAKE SENSE / WORTHWHILE FOR US TO SAFEGUARD / ESTABLISH OUR RIGHT ON IT.

    THINK ABOUT
    1. OIL PALM INDUSTRY
    2. AQUACULTURE INDUSTRY
    3. TOURISM INDUSTRY
    4. LIVESTOCK INDUSTRY
    AND MANY OTHERS

    CHEERS.

    HBDENIS

  6. WHA URBAN Says:

    KITA SEBAGAI ORANG ULU ASAL HARUS SEDAR BERTAPA PENTING KITA ADA PERPADUAN DAN SEMANGAT MEMPERTAHAN HAK2 KITA..BAK KATA….BIAR MATI ANAK,JANGAN MATI ADAT…ILU KENYA DE TASA WAT NU’O LIBO2 TAI MELEPO DISEK FUSAN TEPUN NGAN ADET TEPUN DE SIOK…MAJU ORANG ULU…ONLY THE BEST ETNIC,CAN TO SUCCESS.

Comments are closed.


%d bloggers like this: