Saingan Sengit, Tapi DAP Tetap Akan Menang Di Sibu.

Masa berkempen masih tinggal 3 hari lagi, bagaimanapun saya ingin membuat telahan bahawa DAP akan menang di Parlimen Sibu. Apa pun janji dan projek yang telah dan akan diberikan oleh pihak BN kepada penduduk sibu, tidak akan mengubah matlamat penduduk Sibu untuk memenangkan DAP.Sebabnya hanya satu. Penduduk Sibu yang juga antara penduduk Sarawak yang pakar dalam sifir politik mahukan  kepimpinan Tan Sri Taib,Jabu dan George Chan ditamatkan serta merta.

Kaum Cina Fuchau yang merupakan 67% daripada pengundi di parlimen Sibu ingin menghantar isyarat jelas kepada pemimpin-peminpin BN di peringkat persekutuan. Jika sekiranya mereka tetap mempertahankan kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Taib Mahmud. Maka mereka akan gigit jari dalam pilihanraya Umum ke-13 akan datang bila mana negeri kaya seperti sarawak akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Ini bermaksud untuk memenangkan calon BN di kerusi Parlimen sibu, Perdana Menteri dan jentera BN harus mendesak Pehin Sri Taib untuk mengadakan sidang media memaklumkan tarikh sebenar beliau akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menamakan bakal pengganti beliau.

Bagi Pakatan Rakyat, mereka telah menamakan Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak Baru Bian untuk memegang tanpuk kekuasaan negeri Sarawak. Pemilihan Baru bukan berdasarkan kepada komposisi kaum atau bangsa, sebaliknya berasaskan kepada merit siapa yang bijak, jujur dan kerja kuat layak untuk memimpin Sarawak. Lebih-lebih lagi negeri kaya seperti Sarawak memerlukan pemimpin yang tidak terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Adalah juga disyaki penyerahan Blok L dan M, padang minyak yang bernilai RM320 billion kepada Brunei untuk sesuatu yang bertujuan menguntungkan kroni-kroni Ketua Menteri sahaja. Justeru itu ia sengaja disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Rakyat Sarawak, khususnya di Sibu, Jom Ubah!!!!.


%d bloggers like this: