BN Takut Tonton Dokumentari.

BN memperlihatkan wataknya yang sebenar apabila takut pada dokumentari yang memaparkan kisah benar rakyat malaysia yang miskin, dizalimi dan tertindas.Hari ini penerbit Galeri Mandarin Nasional tv2, Chou Z Lam yang menghasilkan 10 siri dokumentari berkaitan Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik di Rawang, telah ditamatkan perkhidmatannya, malah diarah untuk meninggalkan pejabatnya dengan diiringi dua orang pegawai keselamatan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Heng Sai Kee menyimpulkan hasil siasatannya bahawa pembatalan siaran dokumentari Bakun berpunca daripada  “kandungan rancangan kurang seimbang” yang diterbitkan Chou Z Lam, dan bukannya “pencabulan kebebasan media” sebagaimana yang dituduh.  Bagaimanapun menurut Chou Z Lam , “Mereka membatalkannya tanpa menonton!  Tiada penjelasan diberi dan ia amat tidak adil!”

Ketakutan puak BN ini terbawa-bawa hingga ke PRK Sibu, bilamana pihak polis Sibu merampas 200 keping VCD terbitan Pusat Komuniti Masyarakat (Komas).Pengasas Komas, Tan Jo Hann berkata VCD-dokumentari berjudul Selepas Tsunami dengan durasi selama 35 minit itu hanya menyiarkan peristiwa yang terjadi selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.”Kenapa mereka paranoid? Ia cuma (sebuah) dokumentari dan tidak (bersifat) menghasut.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Huzir Mohamed dilaporkan berkata, kandungan VCD berbahasa Iban tersebut berunsur hasutan.Katanya polis percaya VCD itu dibawa dalam jumlah yang besar ke Sibu untuk diedarkan di rumah panjang sekitar kawasan parlimen itu sempena pilihan raya kecil pada Ahad.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini,Tan berkata selepas pilihan raya umum dua tahun sebelum ini, terdapat pelbagai perubahan yang dramatik berlaku dalam negara ini.”Dan kami cuma mahu orang ramai melihat dan mengetahui apakah perubahan itu. VCD ini boleh juga digunakan oleh mana-mana parti kerana kita mengharapkan pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya.

#Rencana ini disunting daripada Portal Berita Malaysiakini dan MerdekaReview.


%d bloggers like this: