Pilihanraya Serentak DUN Sarawak, Perak dan Kedah.

Kemenangan Mengejutkan Semua Pihak?

SYABAS diucapakkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tepai kepada BN.

DAP harus terkejut kerana mungkin mulanya mereka merasakan sukar untuk menang apabila BN telah sedia menurunkan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memenuhi apa saja kehendak rakyat. Najib tanpa merasa malu dan segan menawarkan RM18 juta untuk sekolah Cina. Masyarakat Cina bijak dan arif segala pemberian instant itu, mereka menerimanya sebagai tanggungjawab tetapi bukan untuk mengikut heretan Najib dan BN. Dalam erti kata lain orang Cina tidak sedia menjadi lembu.

Ternyata janji untuk menatahkan bumi Sibu dengan intan berlian ditolak oleh pengundi di Sibu khasnya orang Cina. Dalam pada itu kemenangan itu memberi gambaran bahawa politik baru yang mengemukakan harapan baru oleh Pakatan Rakyat mula ‘menjelira’ ke dalam hati masyarakat di sana.

BN harus berwaspada dengan apa yang berlaku. Kekalahan mengejutkan dan di luar dugaan itu perlu diberi tumpuan yang mendalam. BN tidak boleh cuba mencari helah-helah lain untuk tidak menerima kekalahan itu. Segala janji yang telah ditaburkan dan termasuk replika cek yang diberikan harus ditunaikan.

Kekalahn itu memberi peringatan kepada BN bahawa politik wang yang diagungkan selama ini bukan menjadi modal dan penentu kepadanya. Rakyat tidak dapat menirima projek dan wang untuk melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN yang lain.

Kepada Taib Mahmud pula kekalahan calon SUPP-BN itu mungkin memberi ilham kepadanya untuk membuat penilaian semula bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sudah pasti kemenangan DAP dengan meraih 398 undi itu memberi isyarat yang parti itu akan menjadi parti alternatif bagi masyarakat Cina terbaik di Sarawak untuk masa akan datang.

Sudah pasti persepakatan DAP bersama PKR dan Pas ia juga akan turut memberi keuntungan bersama kepada Pas dan DAP di negeri Bumi Kenyalang itu. Pas yang bertungkus lumus untuk mempengaruhi undi Melayu Melanau khasnya di Dun Nangka itu tentu tumpang bergembira dengan kemenangan itu. Dipetik daripada Blog “Merah Tinta”(Mohd Sayuti Omar).

Ulasan Belagakini.
Kemenangan DAP disebabkan kemantapan jentera kempen dan kesepakatan Pakatan Rakyat Sarawak(DAP,PKR,PAS dan SNAP) yang baru dibentuk.Lebih memberi kesan hasil sumbangan sukarelawan dari Tanah Semenajung dan NGO.Sesetengah pihak meramalkan pilihanraya DUN Sarawak akan dilambat-lambatkan hingga tahun depan. Bagaimanapun saya menjangkakan pilihanraya DUN Sarawak, Perak dan Kedah akan dilangsungkan serentak dalam masa terdekat(september-2010 ini).Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

2 Responses to “Pilihanraya Serentak DUN Sarawak, Perak dan Kedah.”

  1. Bangsa Kitai Says:

    Kemenangan DAP di Sibu merupakan tanda perubahan di kalangan masyarakat Iban. Peratusan yang kurang mengundi juga adalah antara protes di kalangan masyarakat Iban disana kerana selama ini kemenangan SUPP disebabkan pengundi Iban Dan Melayu/Melanau. Tapi kini ada sedikit kesedaran. Walaupun sedikit tapi cukup untuk memberi isyarat masyarakat Iban boleh berubah khususnya dan masyarakat Dayak di Sarawak amnya. Kita tidak menolak pembangunan tapi biarlah kesamarataan di antara semua kaum mengikut majoriti di semua sektor awam, swasta tanpa di tekan. Semua ketua2 dayak yang ada perlu berundur kerana terlalu lama dan tidak tegas dalam perjuangan isu masyarakat. Sedang kan kita adalah majoriti di Sarawak dan kita hormat hak kaum lain tapi kita merana di tanah sendiri kerana ketua2 yang tidak berani. Jaku aja besai tapi pundan.

  2. semanunited Says:

    saya di di Sibu pada malam DAP menang tu,saya sengaja on TV 1 tunggu punya tunggu siaran langsung dari Sibu,tidak ada,kenapa ya? hehe…
    Sebelumnya(dari terminal bas Sibu-hotel) saya sengaja tanya pakcik driba teksi-siapa akan menang,dengan yakin pakcik ini memberitahu bahawa DAP akan menang.Wah!!! sungguh seronok pakcik ini membedal BN-saya jadi pendengar yg setia.
    Semogalah kemenangan DAP/PR di Sibu boleh mengaktifkan(dan konsisten) PR di Belaga bermula dari tahun 2010 hingga dunia kiamat.

Comments are closed.


%d bloggers like this: