Maruah Orang Belaga Berharga Sebotol Beer.??

Berikut adalah senarai projek yang ditawarkan oleh BN untuk memenangkan calon SUPP(BN) dalam PRK Sibu.

Kadar penurunan premium pajakan tanah yang paling besar di negara ini sehingga 50 peratus daripada kadar asal

Kolej Laila Taib akan dinaik taraf sebagai Universiti Kolej Laila Taib menjelang 2012.

Pusat latihan termoden dan terbesar untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di bawah (RMK-10)

RM1 Bilion projek perparitan dan tebatan banjir

RM611 Juta untuk membina dan menaik taraf projek jalan raya di Sibu

RM 20 Juta timbang bina kompleks sukan di Sibu

RM18 Juta bantuan kewangan kepada  sekolah Cina dan sekolah mubaligh di Sibu.

RM18 Jua untuk projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak

RM10 juta untuk transformasi Pos Malaysia di Sabah, Sarawak

RM 1.12 Juta untuk projek pembangunan Islam di Sibu

RM1 juta bangunkan semula Rumah penduduk daif Kampung Jeriah

RM926,200 projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban di Bawang Assan di sini.

RM600,000 untuk membaik pulih surau dan sekolah agama dan membina gelanggang sukan futsal di Kem Rascom

RM500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu

RM200,000 untuk Rela Sarawak

RM100,00 untuk Persatuan Ibu Tunggal Sibu

RM100,000 projek makmal sekolah SK Nanga Tutus

RM50,000 kepada Rela Sibu

RM10,400 untuk Kampung Teknologi di setiap bahagian

RM10,000 di Kampung Bahagia Jaya, Teku, Kampung Wifi pertama di Malaysia

RM10,000 bagi penubuhan sebuah prasekolah

RM 1,000 saguhati khas kepada setiap polis zaman darurat di Sarawak.

Siaran TV satelit percuma kepada

200,00 penduduk kawasan pedalaman

1,000 komputer canggih percuma kepada pelajar

Program komuniti SIRIM Pintar-Learning di tiga buah sekolah.

Selain daripada itu pemberian enjin sangkut, bonus Gawai dan cash RM70 untuk setiap undi juga dilaporkan. Bagaimanapun seperti mana yang telah saya laporkan awal-awal lagi dalam posting dalam blog ini pada 12 mei. Apa pun yang akan dan telah ditawarkan oleh BN tidak akan mampu mematahkan kehendak pengundi Sibu untuk menghantar mesej bahawa seluruh rakyat Sarawak menolak kepimpinan Taib, Jabu dan George Chan.Ternyata apa yang saya katakan itu benar dan DAP menang dengan majoriti 398. Satu saingan yang begitu sengit dan mendebarkan.

Apa pula kisahnya kita rakyat Belaga. Tak kan selamanya kita harus diperdayakan dengan sogokan sebotol beer untuk mengundi BN. Gerakkan perubahan dan buktikan maruah kita bukan boleh dibeli dengan sebotol beer. Berjuanglah hingga kita memperolehi tanah dan maruah kita yang telah tergadai.

Rencana ini disunting daripada Portal Berita Tranungkite Online.

14 Responses to “Maruah Orang Belaga Berharga Sebotol Beer.??”

  1. List of Barisan Nasional Sibu parliamentary by-election promises | Bintulu.Org Says:

    […] Well, that’s how it works. BN also try to buy people with their own money. Anyway, here is a handy way to deal with that – we’ve compilted a list for you. Perhaps the list could be useful in the upcoming state elections – to be held anytime now. Thank to (Belagakini blogger): […]

  2. marenuma Says:

    sekadar buat renuangan…..
    Jalan yang menghubungkan Bintulu – Sg. Asap – Bakun hanyalah untuk memudahkan lori-lori balak sahaja bukan untuk RAKYAT.

    Setengah jalan masih rosak dan usaha untuk membaikpulih tidak di jalankan. Mana dia JKR (JASA KEPADA RAKYAT)

    Kepada sesiapa yang selalu selalu melalui jalan mereka akan faham dengan masalah ini….

  3. semanunited Says:

    menjadi cabaran yang mulia bagi pihak PR untuk ubah stail orang2 Belaga bermesra dengan politik dan menjadi satu amanah yang suci untuk PR ubah stail PR memperjuangkan maruah orang2 ulu supaya tidak mudah senang digula-gulakan(seperti pada zaman Semangkuk Ayun dulu2 tu)

  4. marenuma Says:

    ….orang2 belaga perlu berubah & menilai supaya tidak terlalu bergantung kepada sesiapa… mesti ada pendirian baru ada kemajuan dan maruah bangsa orang2 ulu terjamin dan dihormati……

  5. semanunited Says:

    perubahan itu mana mauk mari dengan sendirinya marenuma,jadi sesuai dengan nama ko sbagai marenuma laksanakanlah tanggungjawab sosial kau hehe….

  6. beniking auk Says:

    jln pi belaga mmg teruk. klu yg x penah p sana, silap2 terkencing org tu ngn keadaan jalan dan kenderaan2 yg mggunakan jln berkenaan.

    klu x silap la, panjang jln jayong tu dlm 19km yg diperuntukan dinaiktaraf bbrpa thun lps. peruntukan lbih dri 20m…. ermmm
    jalan dh buat dh dan tukang buat adalah bbrpa kontraktor local…. ermm..
    yg dibuat cuma grade jln, letak batu kuati sikit, bina jalan simen pd tpt tertentu… u all tau lh mcm mna keadaan jln tu kn…

    erm… sapa yg harus ditanya pasal ni?
    kerajaan? Kontraktor? Local authorities? atau pengguna jalan..?

  7. awang japar Says:

    1. Tak semestinya pekan belaga menjadi sebuah bandar besar seperti Genting Highland (kita tak mimpi pun ia menjadi seperti itu), tetapi keperluan asas khasnya jalan raya ke Pekan berdekatan (Bintulu ), hospital, pasarana sukan dan riadah, sekolah dan lain-lain keperluan asas hendaklah dibina demi keselesaan rakyat yang telah mengorbankan segala-galanya,harta benda,kehidupan normal, keber- sihan alam sekitar dan udara yang segar demi pembinaan Empangan bakun. Lihatlah hadiah daripada pengorbanan yang kita dapat dari kerajaan. Jalan Belaga/Bintulu merupakan perangkap maut. Entah bila jalan itu hendak dibina SMK.Belaga, SMK. Bakun dan sekolah-sekolah rendah di daerah Belaga dibina hanya untuk mengaburkan mata rakyat belaga sahaja. Bekalan air bersih dan elektrik ke rumah-rumah panjang di kawasan bawah bakun tidak dibina. Ini bermakna Kerajaan sengaja membiarkan rakyat belaga minum air tercemar yang mengalir terus daripada bakun.

    Inilah penganiayaan terhadap rakyat yang sudah menderita. Kebahgiaan , keselesaan dan kemanisan hidup, tempat tinggal tempat riadah yang selesa dan sebagainya yang dinikmati oleh rakyat belaga selama ini telah ‘dirampas’ dan dibayar dengan kesengsaraan dan keperitan hidup yang tidak pernah dimimpi untuk dirasai oleh rakyat belaga walaupun sebelum ini belum pernah menikmati kekayaan.

    Bayangkanlah apa akan terjadi terhadap kehidupan harian rakyat di Pekan Belaga dan rakyat yang hidup di tebing Sg.Balui dan Sg.Rejang apabila air kedua-dua sungei itu akan menjadi cetak.Sudah dibina Bakun dibina pula Empangan Murum yang akan memburukkan lagi keadaan. Rakyat belaga tak rela berjalan kaki menyusuri Sg.Balui dan Sg.Rejang ke Pekan Kapit untuk mendapatkan bekalan makanan. Rakyat belaga tak rela berjalan kaki merentasi hutan dan jalan yang boleh umpamakan sebagai jalan haiwan(tempat haiwan mandi lumpur) untuk ke bintulu kerana hendak mendapat rawatan di hospital yang paling hampuir.

    Berapa sangatlah harga untuk membina keperluaan asas seperti jalan, air dan api elektrik, sekolah (menengah dan rendah) pasarana sukan, hospital dan lain-lain untuk daerah belaga berbanding kos membina Bakun dan Murum yang menelan belaja berbilion-bilon ringgit.
    Banyak sangatlah ia jika dibanding dengan kos membina pasarana di Samarahan,Mukah,Betong,Miri dan Limbang dan jalan pesisiran pantai (Borneo-Pan Highway lah konon) dari sempadan Sarawak-Sabah-Brunei hingga ke sempadan Sarawak-Kalimantan yang jaraknya beratus-ratus kilometer berbanding hanya lebih kurang 100 kilometer dari belaga ke bintulu.Apa kah undi seorang rakyat di Samarahan,Mukah,Betong,Miri dan Limbang itu lebih berharga berbanding undi seorang di belaga?.

    Sebagai rakyat belaga marilah kita sama-sama berjuang dan berusaha menghapuskan penghianatan itu terhadap kita.

  8. educatedasap2010 Says:

    Saudara Awg Japar memang kena pada tempatnya semua yg diluahkan itu. Dari dulu sampai sekarang terfikir juga saya apakah Kerajaan BN ini memandang kita rkyat belaga ini orang hutan tak perlu semua ini. Anehnya semua YB belaga sudah hidup senang lenang selepas memenangi kerusi DUN belaga tetapi rakyat hidupnya semakin hari semakin susah. ya memang saya pun tak impikan belaga akan jadi seperti genting highland jauh panggang dari api, cuma kita minta perkara asas untuk kesenangan rakyat saja kan. YB Jabu kata tiada rakyat terpinggir dari pendidikan yg sempurna seperti yg kerajaan BN sediakan, tapi malang sekali dia tak pernah menjejak kan kaki di SMK belaga untuk melihat sendiri kedaifan prasarana yg ada. sekarang ini dia dah heboh nak sebuah universiti di betong yg lain dia tak peduli. Semua sama saja termasuk george chan n taib, semua yg baik mereka bolot ke kwsn mereka, yg tak guna punya itu yg diberi kepada kwns lain. inikah yg dikatakan Dacing yg sama rata, tidak .AYUH semua rakyat belaga buka mata kita, jangan fikir dua kali tumbangkan BN di belaga barulah ada perubahan akan jadi, selagi kita harapkan BN 50 tahun akan dtg kita masih di takuk lama sementara kwsn lain sudah pun maju kehadapan. jgn percaya dgn janji manis mereka lagi sudah muak dan katakan tidak kepada BN.

  9. nowmaica Says:

    rakyat belaga yang MengUNDI memang bodoh dan bahlur..tiap-tiap kali undi atau pilihanraya mereka akan undi BN juga, walaupun jelas didepan mata hak anda (hutan/tanah/sungai dan sebagainya) dicerobohi, dirogol dan ditipu mentah-mentah. Kalaulah saya wakil pembangkang atau berdiri atas parti bebas melawan calon BN yang disuruh untuk bertanding..dan wakil itu adalah bukan seorang manusia (mungkin binatang…seperti seekor ayamlah kononnya) saya pasti binatang itu akan menang majoriti besar sebab orang Belaga sentiasa undi dacing bukannya candidate atau calon….itulah pengundi Belaga.bahlur ….Awang Japar harus melakukan sesuatu untuk mengubah persepsi ini dalam pemikiran rakyat belaga. Jangan salahkan kawasan miri, bintulu, mukah atau kuching salahkan orang belaga yang sentiasa akan undi parti yang bertanding….pemimpin yang berani harus keluar dari DUN Belaga barulah suara kita akan terdengar dan keadilan harus dituntut sekarang.

    Ubahlah pemikiran kamu hai rakyat belaga yang berhak mengUNDI berubahlah jadi pengundi yang BIJAK dan kita akan sama-sama menikmati perubahan yang diimpikan utk belaga.

  10. 2010 in review « Says:

    […] Maruah Orang Belaga Berharga Sebotol Beer.?? May 2010 9 comments 4 […]

  11. Tokai Says:

    Benar kata-kata Awang Japar. Belaga telah berkorban untuk kemakmuran Sarawak dan Malaysia umumnya, pembalakan(emas hijau), perlancongan, tenaga(empangan Bakun),duit hantaran isteri baru(faham-fahamlah) dan sebagainya. Apa yang Belaga dapat. Saya pernah tinggal di Belaga awal tahun 90-an dan apabila dilihat keadaan Belaga sekarang ini tidak banyak yang berubah. masih seperti dulu. Apa yang Belaga dapat, nampaknya Belaga lebih banyak memberi. Sampai bila keadaan ini akan berterusan. Harap orang Belaga boleh berbuat sesuatu. Kami menyokong dari belakang.

  12. tingang balui Says:

    Terima kasih sdra,AJ….Yang aku hairan ini kenapa orang-orang sarawak ini tidak sakit hati………DIMANA kaum Melayunya yang cerdik pandai ini tidak membuka pekong didada.Tahu tak harta,kekayaan hasil tanah sarawak ini dimakan mentah-mentah oleh TAIB,Membina banglo berjuta-juta,resort di luar negara.Apa ? orang SARAWAK memang sengaja menghadiahkan seluruh bumi sarawak ini kepada beliau dan keluarganya untuk dibolot,dan dibawa keluar negara. BOOOODOOOOHHHH,Saya sokong seperti yang berlaku di MESIR sejarah mungkin sama (mentadbir Negeri Sarawak) selama 32 tahun,Buatlah rusuhan,bekukan aset beliau dan keluarganya buangkan dia dari bumi kenyalang yang disayang ini,saya sokong seperti yang diutarakan oleh DSAI baru ini di Kuching.Undang-undang tidak digunapakai oleh orang seperti TAIB ini,Mana ada orang dapat siasat dia,,,baiknya SUHAKAM,BPR dsbnya. Just NONSENCE.. Pikirlah masa depan anak/cucu kita.

  13. MAHARAJA KAYAN Says:

    bila undi nanti suruh mak bapak & sanak saudara korang undi pembangkang..kita buat BN kalah,biar mereka rasa sebab slma ni mrka menang terus.. nun dahak kumak dahak klunan aleng hipun daleh yeh?
    dont trust at LATUK SEMUT MASIN. semua kmajuan dberi kpd ORANG IBAN KAPIT. hebat sungguh politiknya. ada hari nanti kalau dia dtg skli lg kat asap aku sumpit dia.

  14. orang timur Says:

    Taib mahmud dah ada ragad burung walid al kordi.memang lah,jabu dgn ibanya.george dgn cinanya.taib ngan melanaunya.ini 3 orang ada kepentingan sendiri.belaga,mari merdekakan fikiran anda.jatuhkanlah diktator tua yang tiada hati budi

Comments are closed.


%d bloggers like this: