Bakun: Empangan Puaka.

Dalam beberapa bulan lagi, khabarnya akan terbentuklah sebuah tasik buatan manusia antara yang terbesar di rantau asia. Besarnya tasik buatan ini seluas pulau Singapura. Jika benar begitu,maka tercapailah sudah hajat Perdana Menteri Malaysia keempat Dr. Mahathir Mohamad,melalui projek yang beliau usahakan dengan sungguh-sungguh. Maka PM kelima dan PM sekarang bolehlah tumpang sekaki berbangga.

Suka saya mengingatkan bahawa kisah Bakun bukan mudah untuk ditamatkan. Barang harus diingat bahawa semua syarikat pemaju empangan Bakun telah mengalami kerugian beratus-ratus karung duit banyaknya. Terbaru ialah Sime Darby yang kerugian RM1.63 billion.Kedegilan RTM enggan menyiarkan permasalahan penduduk Bakun-Sg.Asap menyebabkan BN tersungkur di PRK Sibu. Penerbit dokumentari Bakun, Chou Z Lam berkali-kali mengingatkan supaya RTM bersikap prihatin dan jujur.Oleh kerana tidak mendengar kata. BN menerima padahnya.

Kedegilan PM keempat untuk meneruskan projek Bakun ketika ekonomi gawat mencetuskan pergaduhan antara beliau dengan timbalannya Anwar Ibrahim. Ekoran itu Anwar dipecat dan reformasi bergema diseluruh negara.Anwar dipenjara kerana enggan bersekongkol dengan tuntutan Syarikat Ekran sebanyak RM200 juta terhadap kerajaan.Ekoran itu Parti Keadilan Nasional dilahirkan dan kini berevolusi menjadi Parti Keadilan Rakyat yang semakin dewasa dan gagah.

Entah dimana silapnya semenjak isu Bakun dihangatkan oleh Chou Z Lam, pendekar-pendekar PKR menikus saja.Agaknya masih dihantui peristiwa lampau!!!. sebaliknya ahli Pakatan yang lain seperti PAS dan DAP pula yang lantang membela Chou Z Lam dan penduduk Bakun. Jangan begitu,jangan terlalu berharap Ketua Umum untuk bersuara.Pemimpin-pemimpin PKR diperingkat negeri Sarawak pun rasanya hebat juga.Tunjukkanlah sedikit ketegasan dan pembelaan.

Dalam “A History Of Sarawak”, S.Baring dan C.A Bamfylde menyebut “The upper rapids, called those of Bakun, are the most serious and difficult to overcome, so serious,indeed, that the Kayans did not suppose it possible that an enemy could ascend obove them.” dan dalam ” The Great Kayan Expedition” pimpinan Tuan Muda Charles Brooke pada tahun 1863, untuk menawan penempatan kaum Kayan di Hulu Bakun. Tuan Muda Charles menjelaskan bahawa Bakun adalah halangan utama untuk sampai ke penempatan Kaum Kayan.

Terjemahan “Bakun” atau “Bah-Kun” dalam bahasa Suku Kaum Lahanan (suku Lahanan adalah antara ethnik yang dipindahkan daria hulu Bakun ke penempatyan Baru Bakun- Sg.Asap) bermaksud “Mana Nasi?”. Saya percaya selagi pihak yang mengusahakan projek Bakun tidak menyediakan nasi, yakni peluang ekonomi yang sewajarnya kepada penduduk Bakun. Maka selagi itulah Bakun akan terus berpuaka dan akan terus menelan jutaan ringgit wang kerajaan.

Hari ini kaum Kayan tidak lagi berperang menggunakan Parang Elang.Kalau pilihanraya adalah medan pertempuran, akan kami sahut cabaran itu demi mempertahankan maruah, harga diri dan setiap inci bumi Belaga yang bertuah dan bertuan ini.- Belagakini.


%d bloggers like this: