Tanah Adat Orang Asal:38 ekar berharga RM 6.5 juta.


Mei 26, 10 11:28am
Selepas 15 tahun, tujuh orang daripada suku Temuan memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Dalam kes bersejarah ini, Mahkamah Persekutuan hari ini mencatatkan satu penyelesaian antara mereka dan kerajaan persekutuan yang mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah adatnya di Bukit Tampoi, Dengkil.

Sebanyak 38 ekar tanah adat itu telah diambil oleh kerajaan pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA.
Mahkamah itu membenarkan penyelesaian tersebut dicatatkan hari ini setelah kerajaan pusat dan kerajaan Selangor bersetuju membayar papasan tersebut kepada Sagong Tasi.

Sagong, 78, dan enam yang lain daripada suku Temuan memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (UEM) ke mahkamah mengenai perkara itu.

Kebuntuan hanya selesai apabila pada 22 April tahun lalu, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menarik dari daripada mencabar kes Sagong.

Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan pihak lain berjaya mendapatkan perintah penangguhan.
Pada 12 April 2002, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Noor Ahmad mengarahkan kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, MHA dan UEM membayar pampasan kepada Sagong Tasi dan enam yang lain akibat kehilangan tanah mereka itu.-Sumber Malaysiakini.

Ulasan Belagakini.

Kalau demikian berapa pula harga tanah orang asal di Sarawak dan Daerah Belaga khususnya.?? Nenek Moyang kita bermandi darah dan air mata mempertahankan setiap inci tanah Belaga daripada jatuh ke tangan musuh sejak ratusan tahun yang lalu. Tapi kini semuanya telah dirampas oleh Taib Mahmud bersesuaian dengan politik pembangunan. Haruskah kita penduduk Belaga tetap memberi mandat kepada kerajaan BN Sarawak.??, haruskah Taib Mahmud terus disanjung dan dipuja-puji??, Dan jika sekiranya negeri Selangor masih diperintah oleh puak BN, mungkinkah Sagong Tasi dan rakan-rakanya akan menang dalam perbicaraan yang berlarutan hingga 15 tahun.??  .Fikir-fikirkanlah.


%d bloggers like this: