YB Belaga Dipilih Oleh Suara Minoriti.

Banci penduduk dan perumahan 10 tahun lalu menunjukkan jumlah penduduk daerah Belaga berjumlah 22,864 orang, tetapi jumlah pengundi berdaftar setakat pilihanraya DUN Sarawak tahun 2006 hanya 6691 orang sahaja.Ini bermaksud terdapat lebih 10 ribu lagi penduduk daerah Belaga yang telah cukup umur 21 tahun dan layak untuk berdaftar sebagai pemilih berdaftar tetapi belum lagi didaftarkan.

Berdasarkan statistik pilihanraya DUN Belaga tahun 2006, pertandingan 3 penjuru memperlihatkan calun BN- YB. Liwan Lagang menang dengan majoriti 227. Dari sejumlah 6691 yang berdaftar hanya 4395 orang sahaja yang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.Ini bermaksud Yang Berhormat yang telah terpilih dalam pilihanraya DUN Sarawak tahun 2006 dan pilihanraya Parlimen 2008 adalah dipilih oleh kelompok minoriti sahaja.

Menyedari hakikat ini, saya bersama beberapa orang sukarelawan telah memperkasakan hak demokrasi masyarakat Belaga untuk sama-sama terlimat untuk memilih Yang Berhotmat yang baru. Kami telah menjelajah 15 buah rumah panjang di Sg.Asap dan berjaya mendaftarkan lebih 300 orang baru pengundi baru. Dalam waktu terdekat ini, pihak kami akan bergerak mendaftarkan pengundi di kawasan kaum Penan pula.

Bagi sesiapa yang berminat menjalankan kerja-kerja sukarela ini, anda boleh berhubung terus dengan saya. saya dan pasukan sukarelawan yang lain amat mengalu -alukan kehadiran anda. Untuk makluman, pihak sukarelawan juga mengambil maklumat berkaitan masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita, khususnya masyarakat penan yang tak ada kad pengenalan diri. Semua maklumat yang telah dikutip akan dimajukan terus(bersemuka) kepada JPN di putrajaya.Hasil daripada tindakan itu beberapa penduduk telah berjaya memperoleh kad pengenalan diri masing-masing.

Aktiviti sukarela dan bermotif kebajikan ini akan dijalankan secara berterusan sehinggalah semua penduduk Belaga berjaya didaftarkan sebagai pengundi dan memiliki kad pengenalan diri masing-masing. Selepas itu barulah kita penduduk Belaga layak melaungkan “1Malaysia 1Kerakyatan”. Ketika ini mereka yang sibuk melaungkan 1Malaysia itu masih lena tidurnya di PUTRAJAYA, sementara janji ditaburkan-bahawa rakyat akan memperolehi hak kerakyatan mereka mejelang 2012.Betul ke?????

Dalam pada pihak kami memperuntukan wang, masa dan tenaga membantu penduduk Belaga memperolehi hak mereka, lain pula drama yang dipentaskan oleh SPR.Anda cubalah baca artikel berikut yang dipetik dari portal berita Malaysiakini bertarikh 16 jun 2010.

Pua: SPR cuba hadkan pengundi baru?

Keenganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membekalkan borang pendaftaran pengundi baru yang mencukupi kepada parti-parti politik mungkin bertujuan mengehadkan pengundi muda, dakwa ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Sebagai contoh katanya, hanya 6,000 borang diperuntukkan kepada SPR Selangor bagi memenuhi tuntutan kira-kira 2 juta pengundi yang masih belum mendaftar di negeri itu. “Kami diberitahu oleh pihak SPR Selangor bahawa awal bulan ini, mereka kekurangan borang, SPR Pusat hanya membekalkan 6,000 borang kepada Selangor dan hanya 1,000 borang sahaja diperuntukkan kepada parti-parti politik untuk diedarkan kepada kepada penolong pendaftar parti-parti politik,” kata Pua di lobi parlimen, hari ini.

Memburukkan lagi keadaan, SPR hanya membenarkan satu penolong pendaftar bagi setiap parti di setiap kerusi parlimen dan mereka pula dihadkan mengambil tidak  lebih 50 borang pada setiap kali lawatan ke pejabat SPR.

“Kita rasa jumlah borang yang disediakan ini amat-amat kurang kerana dalam setiap kempen, pendaftaran pengundi baru yang kita adakan di Selangor yang besar, kita dapat sekurang-kurangnya 300-500 pengudi baru

“Kalau seribu borang sahaja yang diperuntukkan kepada bulan Jun kepada semua parti politik termasuk parti politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, ini  merupakan jumlah yang jelas tidak mencukupi,” kata Pua.Katanya, ada juga penolong pendaftar yang mengadu, langsung tidak mendapat apa-apa borang kerana dikatakan borang telah habis.

3 Responses to “YB Belaga Dipilih Oleh Suara Minoriti.”

  1. democracy4now Says:

    Rencana bagus-semoga dapat juga peserta Sarawak tampil ke hadapan untuk mengambil bahagian dalam usaha memajukan hak civil rakyat Belaga. Kerakyatan itu tidak lengkap kalau kurangnya suara/undi!

    Ong BK
    http://sarawaknews.wordpress.com

  2. YB Belaga dipilih oleh suara minoriti! « Sarawak Indigenous Community News Says:

    […] more here. The writer is a Sarawakian participant of the last Sarawak Road Show to Sg […]

  3. adult match maker Says:

    adult match maker…

    […]YB Belaga Dipilih Oleh Suara Minoriti. «[…]…

Comments are closed.


%d bloggers like this: