Belaga Boleh Maju Seperti Genting Highland.

Berikut saya lampirkan satu komen daripada penjenguk blog Belagakini, saya kira komen ini adalah hasil runtunan jiwa beliau dan majoriti penduduk Belaga yang terpaksa mengharungi keperitan hidup dibawah rejim Taib Mahmud.

“Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya baik.Yang cuma tak baik ialah Taib Mahmud.Taib Mahmud suka menyeksa rakyat di Belaga.Sering kali kita dengar dia bercakap bahawa bukan sahaja sukar tetapi mustahil untuk hendak membangun kawasan Belaga kerana berbukit bukau. Tetapi tidak sukar dan tidak mustahil mengambil kayu balak di kawasan Belaga walaupun di atas,ditepi-tepi bukit bukau yang curam.Seksaan Taib Mahmud kepada rakyat Belaga semakin bertambah.Dibina Empangan Bakun dengan kos berbilion-bilion, tak puas dibina pulak Empangan Murum.Tak lama lagi Empangan Bakun akan beroperasi.Air sungei akan menjadi cetek dan memaksa laluan express ke Kapit dihentikan. Jalan menghubungi Pekan Belaga ke Bintulu /Miri boleh diibaratkan sebagai laluan maut tak kira pada musim hujan atau musim kemarau.

Kita tahu bahawa Kerajaan Pusat memberi banyak peruntukan untuk pembangunan infrakstruktur luar bandar.Tetapi apa yang kita tahu pembangunan hanya tertumpu di kawasan Mukah,Miri, Lawas dan Betong,kawasan kuncu-kuncu sepakat Taib Mahmud.Penduduk-penduduk di luar bandar khasnya Belaga sebagai ‘penjana’ kekayaan ahli-ahli politik rakus dan ‘gila kaya’ dan Kerajaan Malaysia diabaikan.Laungan politik pembangunan hanya untuk kawasan-kawasan bandar bukan kawasan-kawasan luar bandar yang mengelami keperitan/kesusuhan akibat pemikiran rakus pemimpin-pemimpin tersebut.Pembangunan bukan hak muthlak BN sahaja tetapi boleh diperolehi daripada pihak lain, jika diuruskan dengan pemikiran terbuka oleh semua rakyat Belaga”.

Saya juga berpandangan bahawa kawasan Belaga walaupun berbukit bukau pasti boleh dimajukan jika pihak yang bertanggungjawab mengagihkan sumber dengan adil dan saksama, tidak rasuah dan lurus hati. Genting Highland sebagai contoh, boleh maju sebagai kawasan peranginan terkenal di negara ini. Jika dibandingkan apa kurangnya Belaga. Ada Bukit,gunung dan hutan tertua didunia, ada sungai, jeram dan air terjun. Ada rumah panjang, keliring dan tempat-tempat bersejarah. Ada 17 suku etnik yang mempunyai variati budaya yang berwarna-warni.Ada ikan empurau semahal RM500 sekilo dan paling penting ada tanah paling luas di malaysia.

Sebenarnya inilah khazanah kekayaan rakyat Belaga yang ingin dirampas oleh puak Taib dan BN.Ingin dimiliki sendiri bersama kroni dan sanak saudara.Ingatlah wahai penduduk Belaga. Selama 47 tahun dibawah pemerintahan BN. Kakayaan kita ini telah dirampas satu persatu.Akhirnya nanti kita akan menjadi pengemis di bumi sendiri.


%d bloggers like this: