Kajian: Pakatan tiada harapan di Sarawak

Jul 14, 10 10:04am
Hanya 11.2 peratus rakyat Sarawak yang sanggup mengundi untuk pembangkang, mengikut kajian yang dijalakan oleh Merdeka Centre dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Bancian di kalangan 518 rakyat Sarawak – terdiri daripada responden daripada pelbagai latar belakang etnik menunjukkan 64.1 peratus daripada mereka bersedia mengundi BN, iaitu 1.1 peratus lebih tinggi berbanding undi popular yang diterima pada pilihan raya negeri 2006.

Meskipun ketokohan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan faktor ‘penarik’ di semenanjiung, namun kajian yang dijalankan itu menunjukkan Anwar tidak mendapat sambutan di Sarawak dengan hanya 21.1 peratus reponden mengiktiraf kepemimpinannya.

Bagi rakyat Sarawak terdapat beberapa tanggapan negatif di kalangan pembangkang dengan kebanyakan reponden berpendapat mereka tidak bersatu (33.6 peratus) diikuti kekurangan idea untuk pembangunan ekonomi (26.6), rasuah (11.4), pentadbiran yang lemah (7.5) dan kepemimpinan yang lemah (4.8).

Sementara itu, kajian berkenaan juga mendapati antara 70 hingga 80 peratus responden mempunyai persepsi positif terhadap polisi dan tindakan BN, walaupun ada yang mengakui kelemahannya seperti kepemimpinan yang lemah, persetruan antara parti dan politik wang.

Namun, menurut kajian itu Pakatan Rakyat berpeluang membuat kejutan jika ia berjaya merampas 20 peratus daripada undi popular yang menyaksikan mereka menguasai 30 kerusi negeri berbanding hanya enam yang dimiliki sekarang.- Malaysiakini.com

3 Responses to “Kajian: Pakatan tiada harapan di Sarawak”

  1. isak tevela Says:

    hallo,

    belum cuba belum tauk… jgn fikir swk kuat sgt bn, cuba nanti

  2. semangunited Says:

    BN main kotor dia pakei duit dan burak untuk tarik undi saya.

  3. nowmaica Says:

    undi jangan tak undi kali ini…lain kali itu ayam….

Comments are closed.


%d bloggers like this: