Parti Baru PERSB letak calon bebas jika kelulusan RoS lewat.

July 10, 2010

KUCHING, 10 Julai – Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), sebuah parti politik baru, dijangka membariskan calon bebas jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pendaftarannya sebelum pilihan raya kecil negeri itu.

Ketua Penaja PERSB Zon Utara, Michael Jok, hari ini berkata parti itu akan bertanding di kesemua 71 kerusi negeri pada pilihan raya negeri yang dijadual sebelum Julai tahun depan.

Selain itu, katanya, parti itu juga akan bertanding di 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 akan datang tanpa sebarang gabungan dengan mana-mana parti dari Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang.

“Bergantung kepada keputusan ROS ekoran permohonan kami pada 20 April lepas, kita akan bertanding sebagai calon PERSB atau calon bebas bersatu,” kata Jok, seorang  aktivis , yang bertindak sebagai jurucakap PERSB selepas mesyuarat penaja di sini.

Bekas Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bahagian Dalat, Salleh Mahdi, merupakan presiden penaja PERSB yang berpangkalan di Lawas.

Parti itu mendakwa mempunyai sokongan 200,000 petani tanaman jatropha dari 600 buah rumah panjang di negeri itu.

Jok berkata mereka yang terbabit dalam penubuhan parti baru itu secara langsung terlibat dalam projek pembangunan ekonomi rakyat Sarawak menerusi syarikat PERS Development Corporation Sdn Bhd.

Syarikat itu mengusahakan ladang jatropha di kawasan pedalaman hampir tiga tahun lalu. – Bernama

One Response to “Parti Baru PERSB letak calon bebas jika kelulusan RoS lewat.”

  1. semang Says:

    buat masa sekarang saya tidak mauk sukong/masuk mana-mana pati pulitik,saya tunggu kawan saya bila pensen pulis nanti mauk tubuhkan ‘Parti Pembebasan Rakyat Sarawak'(PPRS) hehe…

    ya,kadang2 manusia itu butakan hati/iman mereka terhadap rancangan yang sebenar-benarnya Tuhan Allah dah tetapkan untuk mereka di alam maya ini dengan memberi pelbagai alasan kenapa mereka tidak pilih ‘A’ tetapi pilih ‘B’ sedangkan alasan yang mereka bagi untuk tidak pilih A itu hanya bersandarkan kepada emosi mereka sahaja tetapi apabila ia diselitkan dengan:
    a) saya mengambil masa yang cukup2 lama untuk membuat keputusan
    b) sehari semalam saya berdoa minta petunjuk dari Tuhan Allah
    c) dan lagi dan lagilah….
    nah! mereka fikir mereka telah membuat keputusan yang tepat,sedangkan Tuhan Allah sedih dan pilu bila melihat umatnya memilih A tetapi sebagai Bapa yang pengasih dan penyayang Tuhan Allah tidak pernah menghukum umatnya bila memilih A biar pun pada hakikatnya rancangan sebenar-benarnya Tuhan Allah lahirkan umatnya di dunia ini adalah untuk memilih B bukan A.

Comments are closed.


%d bloggers like this: