Warna-Warni Politik Belaga.

Hari sabtu yang lalu (10 Julai 2010), bertempat di Uma Kulit (BRS) Pengerusi PKR Negeri Sarawak saudara Baru Bian mengumumkan bahawa PKR akan mempertaruhkan Lawyer Ali Basah sebagai calon PKR di DUN Belaga pada pilihanraya negeri sarawak yang bakal tiba.

Pada hari dan waktu yang hampir sama parti baru Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) menyuarakan hasrat bertanding di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak. Orang yang paling berpotensi dicalonkan oleh PERSB di DUN Belaga adalah Ketua Penaja Zon Utara, En. Micheal Jok yang juga sebelum ini aktif berceramah sepentas dengan Pakatan Rakyat.

Jika diambil kira “cakap-cakap kedai kopi” di kebanyakan Kopitiam di Belaga ketika ini. Telah ada 6 calon yang bakal mencuba nasib di Dun Belaga dalam pilihanraya negeri mendatang. Selain YB. Liwan Lagang yang akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya  pada tahun 2006. X-YB. Ajang Batok juga dikatakan bakal mencuba nasib sekali lagi. Kali ini kemungkinan besar beliau akan bertanding atas tiket Parti Cinta Malaysia(PCM) atau kekal sebagai calon bebas dengan lambang Kelapa sawit.

Manakala calon Parti SNAP  yang tewas kepada BN pada tahun 2006, En. John Bampa juga berhasrat bertanding jika kerusi Belaga diperuntukkan kepada parti itu, SNAP kini adalah gabungan Pakatan Rakyat.

Semalam satu lagi berita yang baru saya terima mengatakan bahawa, anak tempatan Belaga dari Uma Belor- En. Balan Bang dikatan akan turut mencuba nasib. Akan tetapi mewakili parti mana, masih belum jelas lagi. Difahamkan Balan Bang (kini berkhidmat dengan SHELL- Miri) adalah proksi kepada YB.Datuk Billy Abit Joo, yang tidak begitu sebulu dengan YB.Liwan Lagang.

Pada pilihanraya Negeri yang lalu, YB.Datuk Billy dikatakan tidak menyokong pencalonan YB.Liwan sebagai calon BN. Menyebabkan jentera kempen BN lumpuh beberapa hari di Belaga. Dengan bantuan Datuk Sri Temenggong Nyipa Batok. BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Belaga dengan majoriti tipis 227 undi.

Apa pun perkembangannya, yang jelas Rakyat Belaga mempunyai banyak sebab dan pilihan untuk memilih YB yang disukai. Kebanyakan calon yang diwar-warkan akan bertanding adalah golongan profesional dan menempa kejayaan dalam kerjaya masing-masing. Saya pasti rakyat Belaga telah kenal mana calon yang berkokok musim pilihanraya sahaja dan selepas itu tinggalkan janji dan najis kepada rakyat.

Kepada rakyat Belaga, jadilah hakim yang baik, hadirilah ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh semua calon, selepas itu duduk bersilalah untuk menghakimi mereka. Uniknya politik apabila ada beribu-ribu hakim yang akan menghakimi beberapa orang politikus.

16 Responses to “Warna-Warni Politik Belaga.”

  1. ong bk Says:

    Bagus laporan ini-harus dibuat untuk semua kawasan sarawak untuk menjelaskan pilihan yang ada pada pilihanraya negeri. Satu cadangan untuk menyenangkan rakyat setempat buat keputusan dipersilakan bakal-bakal calon untuk menyertai satu debat terbuka! Apa kata saudara Wing?

  2. Amaitebun Says:

    Perebutan bagi pencalonan BN dan PKR kali ini memang sengit. Buat BN, CM dah pening kepala nak calon siapa. Jika CM mengekalkan calon BN yang lama, ia bakal menghadapi saingi sengit.

    Bagi pencalonan PKR, jika Baru Bian mencadangkan Ali Basah sudah tentu PKR menghadaki kekalahan kerana tiada makna bagi Masyarakat Kenyah nak mengundi beliau. Rakyat kini ramai anak mereka dah jadi golongan profesional.

    Bagi Masyarakat Kenyah,Penan dan lain2 sekarang, Calon PKR Bangsa Kayan VS Calon BN Bangsa Kayan adalah satu perebutan kerusi tidak akan membawa kebaikan kepada mereka. Berpuluh tahun BN kayan pegang kerusi DUN Belaga tetapi tidak bersuara di DUN. Now Meh Ca betul kali ini…Belaga tidak Maju. Politik perkauman mungkin masih ada disana…

    Kesimpulannya disini, Jika PKR nak menang, saya cadangkan jangan mencalonkan Lawyer Basah, rakyat dah tau disebalik politik terkini. Saya cadangkan PKR pilih dari calon Bangsa Kenyah.
    atau bangsa selain bangsa Kayan.

    Sementara itu, jika BN nak menang, biarlah Ali Basah VS mana2 calon BN Kayan, gerenti BN Menang.

  3. Amaitebun Says:

    Kalau Ali Basah (PKR) nak STAND kat Belaga saya rasa dia bukan nak lawan betul2. Sebelum ini dia memang Legal Advisor untuk BN tiap kali Pilihan Raya. Jangan2 masa penamaan calon nanti dia buat hal (Tarik diri) atau ada masalah dalam penamaan calon ke dan lain2..itu sengaja nak bagi BN menang tu. Lepas tu mungkin ada pahala dari BN sebab dapat mengucar-kacir hati rakyat Belaga dan bagi BN menang mudah tanpa bertanding.BUkan satu ribu tapi juta ligit pertaruhan oo. Rakyat kena beringat dan fikir dalam2..oo

  4. nowmaica Says:

    suruh nowmaica stand …dia selalu kata MAJU Belaga……tak kira bnagsa apa pun asalkan jgn bersekongkol dengan Taib

  5. semang Says:

    calon Kayan dan Kenyah 2 X 5 je tanduk mereka tu…ada ka YB di Belaga selama ini? masam tidak ada?

    Dan siapa calon YB Kenyah yang tidak ada tanduk?

  6. laing Says:

    yalah…saudara nowmaica..smua mereka ni 2×5 sja..tak de calon kenyah yg betul2 berpotensi.lagi pandai berlagak lebih dr seorang pastor/paderi..bawa kitab tebal2 ke greja tapi mnipu rakyat dgn mata kabur melihat wang pemberian kompeni balak..kenyang makan seorang..saya tak kisah siapa calon.kayan kenyah penan, punan sekapan lahanan kejaman ukit sihan dan mcm2 lagi.asal kuat bkerja utk rakyat sudah sukup..jgn pandai berusap masa kempen saja..saya akan undi calon yg kuat bekerja dan bukan parti nya..

  7. isak tevela Says:

    adai….. magek pah anih pah…. sayukah dengah anan, na lan men aleng maring biti, jan ibuh megi kayan @KENYAH @ bangsak nun-nun. harep kelunan belagah jam mili hi patut jd ayak.. tek balei men dahak aleng jd ayak nih kelalo kesep mili bulok panak lan tua en nyineng tegu rakyat tek tusah. nesek pah jan. Nunan kah tegu rakyat tei huma akei tulong bara nei nyaoh em lei, pulu sin pah jan en jei. Nun ulah jd ayak tih deh awi mili bulok. Awi kelunan au en nak nelanak em udi ihak tek pili, jd janlah ikem tulong. PATUT KENEP TIH LAYANG. jd perlulah haman mili YB @ pemimpin nan. Jan deng nyineng hawang barik kelunan atih tua. kenep dahak belum tentu sayu. Lu pikirlah sendiri

  8. educatedasap2010 Says:

    Aie isak Tevela puyok niru kui . marung lan-lan dahum anan pah. anan kah dahok aleng ak ilo. Nutih lan kah pa, itam kelunan hak belaga nih jan ibuh nah duan bangsa2 anok aleng nekering lawan parti perintah. Mina hi2 pah ihak asalkan ihak mahing nekering lawan peritah tek joh ket aleng am pegak au jadi halem constituency belaga. Hineng nah gaya lun tam aleng au anih kereh, Au kuri Juta tan nah kayo alem daleh au kompeni teveng, legah nak berbilion nok tam jam nak. urip tam loh kah anih jinun pude. aleng sayu nak am tam pelegak tua Kucu2 Taib anih jureh ihak nyevaneng uang matan nak baya tih

  9. isak tevela Says:

    he…he.. peji dahok nah ituk nih educatedasap2010.. Hi aleng ikem lan
    jd wkl rkyat tentu dahak kenep layang nyineng tusah rakyat, jan nak pili
    kroni tua… awi kerei nih tula lan…. Nun-nun en na ha Asap jinun neng
    ha beh, neng atih loh kah neng areh loh kah. Ji nguak asun sapol menglan tam dahin TUHAN avin tuhan tih ma’ang lan. Politik politik lah. Agama, tetap agama. Jan deng mese’ rakyat pakei itam nyineng gaya ha
    awang ji-ji luong wkl rakyat. Nyeten tei gereja, tangen sebayang jan anan mesti nak, kenep nak ma’ang lan-lan tek unan tuhan, jd YB mesti hipun kenep aleng tuto, tulung rakyat hiran jakak tua. Abukah kelo au jd ayak, mina pah bukan lim kelunan ikem. LU PIKIRLAH SENDIRI….

  10. semanunited Says:

    bagus kamu orang pilih saya la jadi YB kamu orang.Saya Kayan Uma Nyaving bini Kenyah Badeng.Kalo saya jadi YB saya akan buka gelanggang sabong ayam banyak2 di Asap,kedai judi 24 jam,jalan yg bengkok saya luruskan untuk anak2 berlumba,pub akan dibuka dan macam2 lagilah-Nah!! ekonomi Asap akan hidup.
    Saya tidak akan lupa orang Belaga yg lain itu-baik dia Kayan Uma Aging ka,Kenyah Lg Dungan ka,Sihan,Sekapan,Kejaman semua akan saya bantu ekonomi mereka.Saya akan suruh mereka buka kilang cap apek,boleh juga tanam daun ganja.
    Nah!! saya seorang YB yang baik-saya seorang YB yang bukan untuk Kayan Uma Nyaving saja tapi YB untuk semua.
    HIDUP AKU!!!!!!!

  11. 2010 in review « Says:

    […] Warna-Warni Politik Belaga. July 2010 11 comments 5 […]

  12. LASA TIDOM Says:

    SAYA TIDAK PERLU BERSELINDUNG. SAYA BUKAN ORANG POLITIK. SAYA TIDAK JADI AHLI BERDAFTAR MANA-MANA PARTI POLITIK. SAYA PENGUNDI BERDAFTAR. PADA SAYA, TIDAK PERLU KITA BERDEBAT (BERBINCANG) SECARA PANJANG LEBAR (BAIK DIKEDAI KOPI, DALAM INTERNET/ONLINE/WEBSITE/DIRUMAH) TENTANG BAIK ATAU BURUKNYA PEMERINTAHAN BN DI DAERAH BELAGA SEJAK DULU LAGI. BN TELAH MEMERINTAH (DUN & PARLIMEN) BELAGA SEJAK SARAWAK MASUK MALAYSIA.

    TETAPI MENGAPA DAERAH BELAGA ADALAH DAERAH YANG PALING MUNDUR DI SARAWAK? BELAGA ADALAH DAERAH YANG PALING BANYAK (KAYA) MENJANA PENDAPATAN SARAWAK.

    TIDAK PERLU CAKAP BANYAK, JANGAN UNDI CALON BN LAGI!! KITA NAK PERUBAHAN. SESIAPA PUN JADI CALON BN, JANGAN UNDI DIA.
    SELAGI BN MEMERINTAH BELAGA, SELAMA ITULAH RAKYAT BELAGA AKAN DIANIAYAI DAN DITEKAN. BN BUAT MASALAH, BN JUGA YANG BERLAGAK JADI HERO. BAK KATA PERPATAH, “GALI LUBANG, TUTUP LUBANG”

    TERBUKTI PEMERINTAHAN BN DI BELAGA TDK MEMBAWA KEMAJUAN KEPADA RAKYAT. RAKYAT SEMAKIN HARI, MERANA DAN TINGGAL KE BELAKANG.

    JANGAN UNDI CALON BN (BAIK PILIHANRAYA DUN ATAU PARLIMEN).

    BELAJAR DARI RAKYAT SELONGOR DAN PULAU PINANG, MEREKA PILIH PAKATAN RAKYAT. NEGERI YANG PALING MAJU DI MALAYSIA, TETAP MENOLAK BN.

    MENGAPA KITA DI BELAGA YANG MUNDUR, MASIH MAHU UNDI BN?

    BANGKITLAH RAKYAT BELAGA…..JANGAN UNDI BN.

  13. belarek ngetui Says:

    siapa2 pun jadi yb, parti mana2 pun belaga tetap tidak akan maju jika kita tidak berusaha untuk maju, Yang buat kita maju adalah kita sendiri. Tengok saja bangsa cina, siapa2 pun menang pilihanraya cina tetap maju sebab??? sebab di sendirilah yang mentukan kemajuannya. YB tak boleh buat apa2. Parti tak boleh buat apa2. Jadi jangan mengharapkan sangat kepada mana2 wakil rakyat. Kita mesti bangkit…bersatu dan majukan bangsa kita bukan melalui politik. Tengok sekarang di Bakun siapa yang berebut untuk mendapat hasil kayu balak??? cina… cina… cina….. kita apa?? cari ikan…. kuan kuit buang minyak…. Tak paya cakap politik…. jika mau berpolitik mesti mula dari diri sendiri… sebagai bantahan kita terhadaop kealpaan kita…. lebih baih kita semua mogok… jangan turun mengundi…. kan lebih baik… siapa wakil rakyat kita???? KITA SENDIRILAH… MASING2 KTA JADI WAKIL RAKYAT… BETUL TAJK…

    • belagakini Says:

      Anda terlalu keliru tentang politik, bila BN menang cina menang melalui SUPP,MCA, dan Gerakan dan bila BN kalah Cina menang melalui DAP dan PKR. Jadi macam nama anda katakan cina maju bukan kerana politik. Anda terlalu naif…, orang lain semakin maju ke depan dalam politik, sebaliknya anda nak protes dengan tidak mahu mengundi, ia satu tindakan bodoh dan pengecut. Apakah Barak Obama berdiam diri bila bangsa kulit hitam ketinggalan dalam bidang politik???. Adakah Barak Obama katakan orang kulit hitam tidak perlu menceburi politik jika ingin maju?? jawapanya tidak…. Untuk maju kita perlukan banyak cara dan kaedah. Salah satu kaedah terpenting adalah politik. Jika bukan kerana gerakan politik adakah PM dan CM akan datang ke Asap dan Bakun. Jadi lu pikirlah sendiri bro..

  14. nowmaica Says:

    kera politiklah daerah belaga rosak, kita harus berdiri teguh untuk menghalang konsensi pembalakkan yang diberikan kepada org kuat BN unruk tidak bertapak di belaga, orang ulu harus ada share dari mana-mana aktivit pembalakkan, perkilangan serta perladangan. Jangan pentingkan diri sendiri dari semua projek itu hak dan kepentingan daerah belaga harus diutarakan. lesen pembalakkan oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dgn SUPP, PRS dan PBB mesti dibekukan/dihentikan/dibatalkan serta merta dan kepentingan untuk belaga harus diutamakan. setiap aktivit ekonomi yang dibawa ke belaga harus melabur balik ke dalam daerah belaga dari segi infrastruktur, kemudahan IT dan kemudahan pembelajaran disekolah.

    semua aktiviti mereka ini harus dipantau oleh orang belaga yang tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat yang terbabit barulah kegiatan mereka transparen…tiada agenda yang tersembunyi…tiada rasuah yang berlaku untuk kepentingan maren uma ataupun pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Rakyat belaga tidak harus ditindas atau dipijak sampai ke bumi. 20 puluh tahun dah berlalu belaga tetap mundur tiada perubahan cuma dua minggu yang lepas jalan raya gayong belaga telah dibuat dengan begitu baik, syabas beginilah perubahan yang diingini oleh kita tapi mungkinkah ini gula-gula sebelum pilihanraya? pembaikan semula serta penyelenggaraan yang konsisten harus ada supaya jalan ini akan kekal baik dan lori balak tak seharusnya menggunakan jalan ini. enforcement officer mesti menjalankan tugas dengan jujur untuk memastikan jalan ini tidak dirogol oleh tauke balak…..salam maju belaga.

Comments are closed.


%d bloggers like this: