Peruntukan RM20 juta untuk ukur tanah NCR: Najib

2010/07/22
MIRI: Datuk Seri Najib Razak berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan inisiatif mengukur tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) secara keseluruhan dengan kelulusan peruntukan berjumlah RM20 juta.

Perdana Menteri berkata, inisiatif berkenaan akan bermula sebelum akhir tahun ini dan akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Beliau berkata, langkah itu bagi memberi jaminan pemilikan tanah NCR kepada rakyat Sarawak supaya dapat meningkatkan pendapatan dan membawa kesejahteraan ekonomi kepada pemilik tanah berkenaan.
“Dalam mengenal pasti sempadan tanah dan menjalankan pengukuran perimeter bagi tanah berkenaan, objektif utama ialah supaya tanah dapat dibangunkan secara komersial untuk membawa manfaat kepada penduduk luar bandar selaras dengan Model Baru Ekonomi,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Sentuhan Harapan Petronas di stesen servis Petronas Desa Senadin di sini hari ini.

Najib berkata, satu makmal program transfomasi kerajaan (GTP) Bumiputera Sabah-Sarawak telah diadakan di Kuching dan Kota Kinabalu pada Mac tahun ini dalam memastikan kerajaan sentiasa membantu Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut serta menangani masalah pemilikan hartanah.

Katanya, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak akan menghantar juruukurnya untuk menjalankan pengukuran perimeter untuk mengasingkan tanah NCR yang sahih daripada tanah kerajaan sebelum tanah yang telah dikenalpasti tersebut diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri.

“Ini adalah hasil pelaksanaan atau KPI (Petunjuk Prestasi Utama),” kata Najib sambil menambah satu lagi langkah akan membabitkan komuniti pemilik tanah NCR bagi menentukan sempadan tanah antara mereka dalam kawasan yang telah diwartakan. Perdana Menteri berkata, usaha berkenaan adalah untuk membolehkan jabatan itu menjalankan pengukuran secara terperinci dan seterusnya mengeluarkan surat hakmilik tanah secara individu kepada pemilik tanah, yang akan dikeluarkan mengikut Seksyen 18, Kanun Tanah Negeri.

“Pengagihan dan pembangunan tanah NCR adalah satu isu yang saya ketahui amat penting bagi golongan Bumiputera Sarawak dan saya harap inisiatif ini dapat diselesaikan dengan baik bagi membolehkan tranformasi kawasan luar bandar dilakukan dan pemilik tanah menikmati pendapatan yang lebih banyak,” katanya.

Perdana menteri yang yakin rakyat dapat melihat manfaat daripada inisiatif berkenaan dan memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri, berkata Pejabat Pengurusan Penyampaian akan ditubuhkan untuk menyelia dan memantau pelaksanaannya. – sumber-BERNAMA

Ulasan Belagakini.

PM Najib, cadangan anda sangat molek sekali. Sayangnya kami penduduk Belaga sudah tidak percaya lagi akan apa-apa janji yang keluar dari perut kerajaan BN pimpinan anda dan pimpinan CM Taib. Jika benar cadangan ini ingin dilaksanakan oleh BN, ia akan memakan masa 100 tahun dengan belanja 100 billion dan kita akan tunggu hingga RMK-100 untuk selesaikan semuanya.

Kenapa saya katakan demikian. Sedangkan soal nak dapatkan TINGKI / KAD PENGENALAN pun sebahagian penduduk pedalaman Belaga, Baram dan tempat-tempat pedalaman lain kena tunggu berpuluh-puluh tahun. Inikan pula pengezetan tanah beratus ribu hektar, beratus ribu hak milik dan melibatkan berpuluh-puluh agensi.

Saya yakin rakyat Sarawak keseluruhannya akan memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah dan menguruskan hasil dan sumber negeri ini. Seperti mana yang dijanjikan, dalam masa 6 bulan setelah berkuasa-Pakatan Rakyat akan mengubal UNDANG-UNDANG TANAH yang baru, yang bakal memberi kesaksamaan kepada pemilik tanah NCR dan pelabur.

Kami BUMIPUTRA SARAWAK juga telah membayar banyak untuk kemakmuran dan kesejahteraan negara ini. Kini apa yang kami dapat????  Tanah dirampas, Kerakyatan dinafikan , rasuah dan penyalahgunaan kuasa bermaharajalela. Apakah ini yang dijanjikan dalam pembentukan Malaysia.???- Salam pilihanraya Mengejut.

8 Responses to “Peruntukan RM20 juta untuk ukur tanah NCR: Najib”

  1. Padan Ulae Says:

    Janji RM20 juta adalan satu janji politik bukan janji sebenarnya. mengapa tidak sekarang dan mengapa hujung tahun pula. kan pilihanraya Sarawak akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Dalam hal mengukur tanah NCR….sebenarnya kita tidak perlu wang sebanyak itu. Hal mit nya ko Iban. Cuba lah mengesahkan kesemua 200 lebih tanah NCR yang sedang di bicarakan di Mahkamah Tinggi sekarang. Buktikan keikhlasan YB PM dan BN keseluruhannya. Dulu jalan Lapok RM150 juta dan mengapa sudah turun harga le. Orang Asal di negeri Sarawak khasnya orang Belaga jangan mudah ditipu, dikeliru dan diperdayakan dengan janji-janji manis. Undilah parti yang benar-benar berjuang untuk anda.

  2. ABUN SUI Says:

    Najib memang menipu rakyat Sarawak.

    Tanah adalah dalam bidang kuasa Negeri Sarawak seperti tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Suruh Najib baca balik Perlembagaan.

    Najib ingat rakyat Sarawak terutamanya Orang Ulu di Long Banga sangat bodoh untuk ditipu!

    Perdana Menteri tidak ada kuasa meluluskan dan menguruskan Tanah di Sarawak.

    Justeru PM Najib memang sah cuba menipu Rakyat Sarawak dengan janji nak sukat tanah NCR dan beri geran. Tipuuuuuuuuuuuuu.

    Tipu PM Najib tersebut pula disokong oleh KM Taib. Pun mernipu juga. Kerja BN ni hanya menipu sahaja.

    Apa tidaknya; kalau Taib benar-benar nak sukat tanah NCR dan beeri geran, kenapa harus tunggu dekat pilihanraya baru nak sebut. Kenapa tak selesaikan selama 47 tahun yang lalu? Ini bermakna Pilihanraya akan diadakan seawal Oktober 2010 (menurut teka-teki Taib – clue yang diberi Taib adalah Sabtu yang pertama – teka sendirilah).

    Kenapa Taib dan Awang Tengah tidak berani berhadapan dengan rakyat Orang Ulu di Long Banga semasa Najib melawat? Kenapaq PONTENG di Long Banga? Mereka dua ni lah yang menyerahkan Tanah NCR Rakyat Sarawak kepada Syarikat , termasuk ratusan ribu hektar di Belaga.

    Ini juga bermakna mereka dua ni TIDAK HORMAT LANGSUNG pada Perdana Menteri. Kalau PM pun tidak dihormati oleh Taib dan Awang Tengah, ini bermakna YB YB BN semua sampah di mata Taib!

    Orang kita di Belaga pula MASIH terhegeh-hegeh nak sokong BN/Najib, Taib dan Awang Tengah (ada juga orang lain panggil dia Awang Tanah).

    Sedarlah wahai saudara saya Orang Ulu di Belaga. Taib sudah terbukti RAMPAS Tanah NCR kita.

    Yang masih BERSEKONGKOL dengan Taib, tolong HENTIKAN sokongan pada BN.

    Memang tidak ada langsung harapan penyelesaian masalah Tanah NCR di bawah BN/Taib.

    Kalau Taib ikhlas dan benar-benar tidak BOHONG bin TIPU kita, wartakan dan beri geran kepada lebih 200 rumah panjang yang telah memfailkan Saman mereka di Mahkamah. Mereka pun sudah ada Map yang lengkap dan tanpa bantahan.

    Wartakan SEKARANG TAIB. SEKARANG.!!! Untuk apa kuasa Menteri Tanah tu?? Untuk menipu?? Tak payah banyak songeh nak berbohong selalu!

    Jangan berterusan MENIPU rakyat Sarawak. Lebih-lebih lagi rakyat Belaga.

    CHANGE WE MUST!

  3. Amaitebun Says:

    Nyangkit ngempa’ tana’ bio’-bio’ masa tepeng ji oo apan Land & Survey nai sukat te ilu..

  4. nowmaica Says:

    Say no to illegal logging activities at Belaga, say NO to the YBs that not speak in the parlimen and DUN. People would know our problems in Belaga. NO to BN…..say NO CM

  5. Tup Seketup Says:

    I can foresee this rm20million will go to back to BN politicians. They will immediately set up many ‘rm2.oo land surveyor companies’ to take up the project. This is how they have been enriching themselves for the past many years.

  6. nowmaica Says:

    yeah agree…this is their dirty business keep enriching themselves send their kids to oversea..why not study in Malaysia?..Because they have MONEY…black money..our kids trying very VERY hard to get scholarship from Bakun funds…I wanna bet you if this is right…show us the report who do you send to oversea from Bakun fund?….The real good student from Belaga should be going oversea are NOT approve to use the fund…common…this is totally wrong….the Belaga people should reap the benefits from this Bakun Dam project not the outsider….

    By the grace of God whatever that is wrong will be reveal later….the double standard practise will be make known to everyone…te moment wil come and the corrupter will face the consequences!…beware…new election is coming…rakyat will show you their POWER as God gives them the wisdom to choose the right leaders in Belaga…..general election coming soon…

    Who works in Bakun fund should provide us this report for 2000-2010, will be good to have it….believe me or NOT …believe me….no one will allow you to show us this report.

    transparent government????? OH NO….this is not transparent….it is water proof gov.

    now maica TAK MAJU BELAGA……

  7. Usun Says:

    I think these politician people just lose their bet in casino. SO they need to find a way to use the money from the tax payer to solve their debt. Or to pay their mistress. well they do need those money. So, why not use this reason. They take out 20m for themselves. Oh yeah one more thing to do another scene for Dato Anwar next sex video and to pay another actor. Whatever it is I think they never will give the money to the people in Sarawak. Especially people in Belaga. Just look at Belaga school. I could nominate it as one of the most poorest school in Malaysia. But Belaga is the most richest land in Malaysia. We have mega project Bakun. Plenty of palm oil farm not to mention our timber. Wow! Belaga does rich in the name but in reality it is in the wort scenario and people always makes fun of Belaga. This politic thing really makes me sick. I wish Sarawak was an independent country. I really hate the idea of 1Malaysia. It’s all a bluff, it is just to cover their racism. I am really sure if this money get approval they will have a big party. Not only this time they had taken the public money but many3 times already. Just please don’t let them rule over Sarawak again. Sarawak people deserve better.

  8. belagakini-fans Says:

    Salam Sejahtera,rakan-rakan FB,semakin hampir dengan tarikh buang undi semakin rancak kita gunakan keadah baru untuk kempen.FB lah antara yang sering dilayari.Saya kongsikan satu artikel Tajuknya DOSA PUTIH,,,,
    Kisahnya bergini,terdapat sepasangan kekasih yang akhirnya mereka berkahwin dan memiliki 2 cahaya mata.Setelah lama berumahtangga suami pula ditimpa musibah mengidap penyakit kanser…bila dapat rawatan ternyata dah peringkat 3 maksudnya retak menanti belah….isteri yang setia berkorban untuk orang dicintai..bah kata madah cinta lautan api sanggup ku renangi…..P.Ramle juga cakap berkorban apa saja……sambunglah sendiri….
    Si isteri berkerja membanting tulang menyara anak dan menampung pebelanjaan perubatan si suami ternyata tidak mencukupi…iktiar terakhir…memilih jalan yang singkat…berdampingan dengan orang yang kaya-raya bagi mendapatkan wang lebih….sehingga dia dilanggan tetap…..oleh seorang yang kaya.
    Dipendekan cerita suaminya sembuh….well si isteri dengan skandal ini mesra saja…jadi kawan dengan suaminya…Suatu ketika terbongkar rahsia….orang kaya itu amat mengkagumi perjuangan si isteri yang sanggup berkorban apa saja kerana cintanya kepada suaminya….si isteri rela tidur dengannya walaupun hati tidak kesana bersama lelaki itu…
    Disini pertanyaan kepada kita apa perasaan anda jika anda dalam kasut si suami….???? Si isteri punya alasan yang kukuh berjuang untuk ahli keluarga….sebagai suami apa yang harus anda lakukan….bergitu wakil rakyat dari BN yang telah make use of BN(Taib)sekadar untuk memenuhi kerusi untuk dia memerintah…..i say its tripper D Duduk,Diam,Duit,mulut dah penuh kena sumbat dengan wang jutaan ringgit tak boleh cakapla…kawan…Good reason….family come first…..keluarga dah senang apa lagi mahu….sama dengan perjuangan si isteri dia cerita diatas…pada saya,kegembiraan itu setahun dua…..dengan wang jutaan ringgit… rakyat secara langsung memberi wang itu pada hal hak bersama.Jujur katakan mana-mana wakil rakyat BN adakah kehidupan mereka sama seperti dulu….all things turn up side down.As a man Fear The Lord,we fill guilty,I never do likes this before…where is ours promises…before Him.Jujur la…sedikit sahaja YB kita hadir ke kebaktian hari Ahad jika mereka Kristian.Mungkin alasan terbesar takut orang minta duit…well ini kerana kita ajar mereka..undi BN bagi duit…jangan salahkan rakyat….i like English proverb…don’t give them fish….their will ask for more,but teach them fishing….jika kita dalam kedudukan yang Benar dihadapan Tuhan pasti we not fill guilty…jika saya bersalah biarlah Tuhan sendiri menghukum saya jelas Mat 7:21-23…bukan orang yang berseru kepada ku Tuhan.Tuhan….
    Mungkin ramai kita tak suka”jangan libatkan Tuhan dalam hal politik….apa Tuhan disyurga terkejut dengan kemenangan BN atau PKR?????…that mean,God will blind His Eye at politik?????Nowdays..banyak gereja berdoa agar Tuhan campurtangan….keys words is Matius 6:33 Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.Jadi bukan sekarang nak cari Tuhan..seharusnya sebelum ini …….

Comments are closed.


%d bloggers like this: