Bakun: Koperasi untuk pekebun kecil

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengenal pasti penubuhan koperasi dan pembinaan jalan-jalan ladang sebagai usaha membantu pekebun-pekebun kecil di kawasan penempatan semula Sungai Asap, Bakun di Belaga.

Menterinya Tan Sri Bernard Dompok berkata cadangan penubuhan koperasi untuk pekebun kecil itu dapat membantu dalam penyaluran maklumat tepat dari agensi kerajaan berkaitan serta meningkatkan kecekapan pengurusan ladang yang diusahakan.

Penubuhan koperasi ini juga akan membolehkan mereka membeli keperluan perladangan secara pukal dan seterusnya dapat menurunkan kos operasi, katanya semasa berucap dalam majlis bersama pekebun-pekebun kecil di Rumah Panjang Uma Belor Leodian di Sungai Asap di Belaga, semalam.

Katanya cadangan juga telah dibuat supaya lebih banyak jalan ladang dibuat di kawasan penempatan semula ini mengikut Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Beliau berkata ramai penduduk di kawasan ini menghadapi masalah memajukan lot tanah pertanian yang diperuntukkan kepada mereka ekoran kedudukan lot itu yang agak jauh dan tidak mempunyai jalan masuk untuk kenderaan.

Dompok berkata beliau akan berbincang dengan Anggota Parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan lot-lot tanah pertanian yang amat memerlukan jalan ladang berkenaan.

Billy Abit yang berucap sebelum itu berkata kerajaan Sarawak telah memperuntukkan lot seluas kira-kira 1.2 hektar setiap satu itu sebagai sebahagian daripada pampasan kepada penduduk yang dipindahkan pada tahun 1998 bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek Hidroelektrik Bakun.

Selain itu kerajaan negeri juga telah membina 15 buah rumah panjang baru di kawasan penempatan semula Sungai Asap untuk kira-kira 1,500 buah keluarga yang terlibat dalam proses perpindahan itu.

Penduduk terlibat telah mengusahakan penanaman koko, getah, kelapa sawit, lada hitam dan beberapa tanaman lain di lot yang diperuntukkan untuk menyara hidup mereka.

Masalah timbul apabila terdapat keluarga yang diperuntukkan dengan lot tanah pertanian yang terletak agak jauh dari rumah panjang mereka dan tidak mempunyai jalan masuk yang menyukarkan mereka mengangkut hasil tanaman, katanya. -Bernama

Belagakini.

Negara 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Jika kita lihat pada peta yang dikepilkan. Ikran Berhad, milik orang kaya Tan Sri Ting Pek Khing dikurniakan dengan tanah ladang seluas 11,575 hektar bersekali dengan pakej empangan tanah dan terowong pengalihan sungai di Bakun. Dikatakan rugi semasa kegawatan ekonomi tahun 1997, dan diselamatkan melalui “Bail out” oleh TUN Mahadhir. Hari ini Ikran Berhad hanya mengusahakan 2630 hektar dari sejumlah 11,575 hektar yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Jika demikian mengapa tak diambil balik tanah milik negeri seluas 8945 hektar yang tak mampu diusahakan oleh Ikran dan bahagi-bahagikan kepada keluarga baru di Penempatan Semula Bakun. Lagi pula konsesi Ikran Plantation benar-benar bersempadan dengan lot-lot pertanian penduduk Sg.Asap. Kenapa harus bagi muka kepada sebuah syarikat yang mengkhianati masyarakat dan negara. Ikran Berhad ketika melobi sebagai pemaju projek Bakun berjanji mendermakan RM5juta kepada Tabung Amanah Bakun. Tapi sehingga kini, abuk pun tarak.

Penduduk Skim Penempatan Semula Bakun semakin bertambah. Tapi kerajaan tetap berdegil hanya memperuntukkan tanah seluas 1.2 hektar untuk sekeluarga. Ada banyak kes dimana “sekeluarga” itu kini telah menjadi 10 keluarga. Ambil contoh keluarga saya pada tahun 1998 tinggal dalam satu bilik dan kini masing-masing telah berkeluarga dan bercambah menjadi 9 keluarga. Tapi tetap berkongsi 1.2 hektar tanah yang tak bergran. Kerajaan apa ini?? dan pembangunan apa ini?? kerajaan tak buat BANCI PENDUDUK ke????

Orang kaya diberi banyak, walaupun tak mampu diusahakan ,dan orang miskin ditekan dan ditindas sampai kemek muka dan pecah kepala. Dalam kes ini saya hanya menfokus kepada Ikran sahaja. Bagaimana pula dengan Solid, SOP,ASSAR, SHin Yang, Samling, Pusaka KTS,Tajang Laing Holding yang turut diberi berbelas ribu hektar untuk tanam sawit. Kalau beginilah caranya baik kita tukar slogan kepada Orang Kaya didahulukan, Orang miskin dikemudiankan.

Dalam konteks ini, rakyat menuntut keikhlasan kerajaan. Jangan terlalu menari mengikut rentak pilitik. Usahakan sesuatu yang benar-benar bermanfaat untuk rakyat. Dan jika berjaya biarlah rakyat sendiri yang menutup mulut pihak pembangkang. Senarionya kini kerajaan memang benar-benar menipu,menindas dan membuli rakyat menggunakan slogan pembangunan. Bila rakyat bising, dilabel sebagai pro pembangkang, dijanjikan RMK-10,11,12,13 yang entah sampai bila akan terlaksana. Ayuhlah rakyat Malaysia, kita bina satu negara merdeka yang adil dan saksama seperti mana termaktub dalam pembentukan Malayisa 1963.

8 Responses to “Bakun: Koperasi untuk pekebun kecil”

  1. semang Says:

    kadang2 pembangkang Belaga perlulah bertindak-dalam erti kata lain-jangan cakap2 sahaja nanti namanya ‘retorik’,tetapi biarlah pembangkang itu yg menjadi kepala rakyat dalam berjuang.Sontohnya dalam cerita Ekran(maaf bukan Ikran ya hehe..) marilah pembangkang ke hadapan desak dan terus desak(berjuang di lapangan maksudnya) perintah supaya tanah Ekran yg masih tidur itu diberik kan kepada rakyat Asep.
    Kesimpulannya:
    Dari teori(idea atas kertas) ke lapangan(praktikal) supaya tidak retorik sahaja.
    Selamat Berjuang!!!

  2. manuk long Says:

    Ekran perlu mengakui yang dia bukan pakar dalam tanaman dalam dalam pembangunan hartanah yang lain, jangan rampas tanah rakyat dan diberikan kepada Konglomerat yang tak mengusahakan tanah tersebut, ayuh rakyat belaga bangkit dan tuntut hakmu yang telah dirampas, dirogol dan diangkut hasil balaknya….sungai-sungai dicemari dengan lumpur dan sebagainya tanpa ada kajian yang sewajarnya tentang kesan ke atas alam atau kesan ekologi. Inilah sifat pemimpin yang menerajui Belaga dan Negeri amnya….kebebasan untuk menyuarakan rasa tak puas hati haruslah ada di Belaga agar pihak yang sedang bermaharajalela dihentikan dari mencemari kawasan Belaga yang dahulunya indah dan segar.

  3. semanunited Says:

    Manuk Long,
    pakar atau tidak itu bukan persoalannya yang menjadi persoalannya sekarang adalah jangan ‘retorik’ sahaja.

  4. manuk long Says:

    Semang, erti perjuangan ini mesti dikotakan masa pilihanraya…jangan cakap kosong….jangan pangkah BN lagi….pilih yang lain..YANG LAIN dan BUKAN BN …INGAT BUKAN BN..dan mula dari sini suara rakyat Belaga akan mula didengar oleh pemimpin yang selalu menidakkan permintaan rakyat Belaga…

  5. Amaitebun Says:

    Saya gerenti kalau BN kalah di Belaga memang kerajaan guna duit berjuta-juta nak ambil balik kerusi DUN Belaga macam di Sibu pada pilihanraya Kecil yang lepas.

  6. manuk long Says:

    mimang manuk long tak mau duit sebab sekarang ini pun dah ada duit tapi tak banyaklah cukup makan….cuma yang manuk long mau ialah lot tanah dekat belaga diberikan kepada setiap keluarga yang berasal dari Belaga, jangan menidakkan hak kami….hak orang Belaga…

    Tanah susah nak cari….duit boleh cari hari hari tapi tanah tidak seumpama itu…kami mau lot tanah diberikan paling kurang 3-5 hektar sekeluarga dan semuanya perlulah di ukur oleh LAND Survey takut takut CM ambil balik tanah tersebut…kalau permintaan ini ditolak….sangta sukar bagi penduduk asal untuk hidup dengan aman kerana dikejutkan dengan pembangunan oleh DAMN…DAMN DAMN…oh bukan…DAM….bakun DAM murum….entah apa-apa…buat apa dengan tenanga yg byk sangat ? kawasan belaga gelap giluta….tiada cahaya langsung asap pun demikian……tiada kesan positif dengan kehadiran DAMN!…ni..

  7. Amaitebun Says:

    Saya sokong betul kata Manuk Long tu. Ada DAM tak ada api? Tanah mesti mau kasi Lot 3-5 hektar…Prasarana mau bikin-Jln belaga-Baku. Ini baru mau undi BN…

  8. semang Says:

    saya mauk tanah yang ada stok batu kuari nya sampei 100 tahun.Mauk Taib Mamud bagi aku kah?

Comments are closed.


%d bloggers like this: