Bakun: Tegangkan Purtajaya-Sarawak.

Ramai yang menarik nafas lega apabila diumumkan bahawa projek terbesar dan paling kontroversi di Malaysia – empangan Bakun – selepas pembinaan selama 16 tahun – akhirnya akan siap sepenuhnya Disember ini.

Bagaimanapun, masalah yang membelenggui empangan konkrit kedua terbesar di dunia itu masih jauh daripada selesai.

Sebaliknya, kemelut itu dilihat mencetuskan ketegangan antara kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan persekutuan dalam rundingan tarif elektrik yang bakal dikenakan.

Sesetengah pihak pihak bimbang kerajaan negeri akan menggunakan kuasanya ke atas empangan itu bagi menuntut tarif yang lebih rendah.

Tetapi Sarawak Hidro Bhd milik kementerian kewangan – pemilik penuh empangan itu – mengetepikan spekulasi itu.

Jalan buntu

Menurut laporan media, rundingan pembelian tenaga elektrik antara Sarawak Hidro dan syarikat tenaga yang dimiliki kerajaan Sarawak Energy Berhad telah menemui jalan buntu.

Sarawak Energy dikatakan cuba mendapatkan tarif yang lebih murah dalam lingkungan antara enam tujuh sen bagi setiap kWh – jumlah yang lebih rendah berbanding kadar 10 hingga 15 sen per kWh yang dituntut oleh Sarawak Hidro bagi menampung perbelanjaan kos projek empangan itu yang telah berlebihan.

Turut mengintai tarif yang rendah itu adalah dua syarikat melebur logam kerana industri mereka menggunakan tenaga eletrik yang tinggi.

Syarikat berkenaan adalah Sarawak Aluminium Company – syarikat erjasama antara Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMS) dengan syarikat Australia Rio Tinto Aluminium – dan Smelter Asia Sdn Bhd iaitu syarikat jerjasama antara GIIG Holdings Sdn Bhd dan Aluminium Corp of China Ltd.

Kedua-dua syarikat itu akan menjadi pembeli utama kuasa elektrik yang dihasilkan oleh empangan itu yang boleh menghasilkan sehingga 2,400MW.

Tarif lebih murah akan memastikan kos lebih rendah untuk syarikat tersebut dan menjamin keuntungan yang lebih.

Yang menariknya, CMS adalah konglomerat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Duri dalam daging’

Manakala GIIG Holdings Sdn Bhd adalah syarikat yang dikuasai oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang muncul sebagai usahawan terulung semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Satu lagi isu yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ antara kerajaan negeri dan persekutuan membabitkan pemilikan Empangan Bakun.

Kerajaan negeri Sarawak ingin membeli empangan itu pada harga RM6 billion, tetapi Putrajaya pula menuntut RM8 billion sebelum mahu melepaskan hak itu.

Justeru, apabila Sarawak Hidro secara terbuka meminta kerajaan negeri mengisi air di empangan itu secepat mungkin bagi mengurangkan kos yang terus meningkat, spekulasi timbul yang Petrajaya menggunakan permit itu sebagai cip tawar-menawarnya berhubung harga tarif.

Menurut Sarawak Hidro, empangan itu telah memenuhi beberapa keperluan untuk ia dipenuhi dengan air sejak April tahun ini dan telah mengemukakan cadangannya kepada Kementerian Utiliti Awam Sarawak yang selaras dengan keputusan kerajaan negeri.

Petrajaya belum memberikan sebarang reaksi tetapi masa pula dilaporkan semakin suntuk untuk Putrajaya.- Portal Berita Malaysiakini.

Belagakini.

Kebenaran akhirnya terbukti juga. Politik pembangunan yang kononya untuk memajukan rakyat. Rupa-rupanya dijana untuk memenuhkan kantung keluarga sendiri.

Bila rundingan diadakan, nama rakyat dijual, bila hasil dituai, rakyat dapat najis-pemimpin dapat daging batang pinang.

Kerana Bakun, rakyat Belaga keseluruhannya menjadi mangsa. Telah lebih 16 tahun penduduk Belaga tidak dapat menjalankan kehidupan normal mereka. Apakah terdetik di hati para pemimpim BN untuk memberi “Elaun Gangguan” ke atas musibah yang mereka lakukan ini? Nampaknya mereka lebih bernafsu berunding harga untuk keuntungan Business mereka sahaja, berbanding untuk memperjuangkan kehendak dan tuntutan rakyat.

Rakyat Belaga dan YB-YB BN di Belaga, jika anda masih sanggup menyokong BN dan masih sanggup menjadi calon BN pada pilihanraya pada pilihanraya akan datang. Nama anda akan dipahat pada Batu bersurat sebagai pengkhianat rakyat Belaga. Percayalah cucu-cicit anda akan berasa malu dan terhina sekurang-kurangnya 7 keturunan. Soalnya, walaupun anda tidak menyokong 100% dasar-dasar yang BN laksanakan, tapi anda telah sanggup menjadi tali barut untuk menjayakan wawasan kerajaan BN.

Bagi mereka yang masih berkuasa di Putrajaya, gunakanlah kuasa anda itu untuk menegakkan kebenaran bagi pihak rakyat Belaga. Tapi jika anda masih tunduk pada ketidakadilan dan menyokong penindasan. Rakyat Belaga tiada pilihan lain melainkan menendang keluar calon BN pada pilihanraya yang akan datang. Ingatkah lagi pada 8 mac 2008. Bila anda tidak peka kepada signal yang diberikan rakyat maka tsunami melanda. Kali ini giliran Lembangan Rejang memuntahkan banjir besar untuk meranapkan hemogeni kuasa BN. Percayalah


3 Responses to “Bakun: Tegangkan Purtajaya-Sarawak.”

  1. Amaitebun Says:

    Dah jadi billion dollar man dan dah nak matipun nak cari harta lagi…

  2. nowmaica Says:

    Saya kasihan orang tua dekat Belaga, dan anak-anak generasi yang akan datang bagi saya sudah cukup penindasan ini, kita harus balik belaga mendaftar untuk undi dan pangkah salah atau undi yang lain…paling tidakpun buat undi rosak…

    kalau meraka nak buat politik wang lagi tak ada masalah ambil wang itu dan undi yang lain apa yang susah sangat…..AMBIL WANG HARAM TU! wang durjana….buat tambang balik ke tempat kerja selepas membuang undi…ini satu cara untuk menterjermahkan kekecewaan saya kepada pemimpin yang mementingkan diri…

    kalau nak tolong rakyat buat cara tolong rakyat jangan tolong penuhkan bank luar negara atau bank-bank tempatan anda….Tuhan pasti menyoal perbuatan kamu satu hari nanti bila waktu nya sudah tiba…

    Salam satu Belaga daripada now mai ca. Maju Belaga

  3. semang Says:

    mana sarang burung layang uma nyaving hungei asap di bintulu kaban? hehe…semang adalah dewa-dijualnya nama uma nyaving akhirnya yg untung dirinya sendiri-aku? masuk angin keluar asap.Ah!! mamud dan Semang 2 x 5 je,hehe….

Comments are closed.


%d bloggers like this: