Durian Tanah 3 Ekar Di Sg.Asap Telah Berhasil

Setelah 12 tahun inilah kali pertama Durian Tanah 3 ekar (DT3E) berbuah dan buahnya dapat dimakan. Rasanya manis juga walaupun tak semanis dan setebal isi Durian Datah Tingang (DDT)- Uma Balui Liko,Long Kemesan.

Kalaulah Kerajaan tak kedekut kepada rakyat, beri rakyat 10 hingga ke 20 ekar tanah kepada setiap keluarga di Sg.Asap. Sudah pasti setelah 12 tahun ini Sg.Asap dan Belaga amnya akan menjadi pengeluar Durian terbesar di Negara ini, mungkin juga boleh dieksport.

Kini tanah 3 ekar telah dijadikan dusun, mana lagi tempat nak tanam padi huma atau tanam lada atau koko??. Takkan tanah 3 ekar ini dirojakkan saja. Pihak Jabatan Pertanian pun tak akan setuju dan hasilnya pun tak akan setimpal.

Durian pun dah dimakan hasilnya, walaupun jumlah pokoknya tak seberapa. Mungkinkah penduduk Sg.Asap akan menerima Durian Runtuh menjelang pilihanraya nanti.??? Atau masalah rakyat akan terus diperap menjadi tempoyak busuk.

2 Responses to “Durian Tanah 3 Ekar Di Sg.Asap Telah Berhasil”

  1. semang Says:

    aku rasa nadai durian runtuhlah yg ada nanti adalah tangan/jari/kaki sakit pasal kenak tusuk duri durian.

  2. Ernest Says:

    Hey ! You punya blogging menarik juga. Aku suka apa u buat tu. Teruskan dengan usaha u tu. U boleh juga tolong-tolong kirim tulisan u dlm blog http://lakegsemang.blogspot.com

Comments are closed.


%d bloggers like this: