Kisah Kuih Batu Dan Benih Tanah.

Ketika Dato Sri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah melawat rumah panjang Uma Juman Long Dupah di hulu Bakun. Beliau tertarik dengan sejenis kuih tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada beras pulut- dinamakan DINU. Oleh kerana kuih Dinu ini terlalu keras (bila kuih telah sejuk) maka beliau menamakannya sebagai kuih Batu.

Kisah ini diceritakan oleh Pakcik Batok kepada rombongan media ke Uma Balui Labuway Naha Jalay, dalam rangka lawatan membuat liputan berkaitan nasib masyarakat Bakun yang masih tinggal di hulu Bakun dan enggan berpindah ke Penempatan Semula Sg.Asap. Penduduk enggan berpindah kerana tidak bersetuju dengan jumlah pampasan yang dibayar oleh pihak kerajaan.

Menurut Pakcik Batok, setelah Bakun dibina, penduduk hulu Bakun menghadapi masalah yang tiada penghujungnya. Uma Balui Labuway adalah serpihan daripada Uma Balui Ukap yang kini telah berpindah ke Kawasan Penempatan Baru Sg.Asap. Pihak kerajaan tidak membenarkan penduduk terus tinggal di Uma Balui Ukap di hulu Bakun. Maka penduduk  berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Setakat ini telah 3 kali penduduk Uma Balui Labuway berpindah randah.

Suatu ketika DO (pegawai daerah) Belaga memberi kata dua kepada  Pakcik Batok, mengatakan mereka tiada hak ke atas tanah hulu Bakun. DO Belaga mengatakan bahawa semua tanah di hulu Bakun hak milik kerajaan. Pakcik Batok tidak puas hati dan berhajat mengadukan hal ini kepada Perdana Menteri Pak Lah Badawi. Pertemuan pun diatur dan Pak Lah bersetuju berjumpa dengan rombongan pakcik Batok untuk selama 15 minit.

Rombongan Pakcik Bato seramai 8 orang berlepas dari lapangan terbang Kuching, Pakcik Batok mengeluarkan wang simpanan peribadi beliau sebanyak 14 ribu untuk membiayai perjalanan tersebut. Apabila sampai di putrajaya, mereka disambut oleh PA – Pak Lah. Mereka dijamu dengan hidangan sarapan pagi yang begitu mewah. PA-Pak Lah memaklumkan bahawa Pak Lah sedang berurusan dengan tetamu yang datang dari luar negara dan akan sebentar lagi meluangkan masa untuk mereka.

Selang 30 minit Pak Lah muncul didepan mereka. Pak Lah meminta maaf kerana didalam surat dimaklumkan bahawa pertemuan itu hanya 15 minit sahaja. Pak Lah mengatakan bahawa mereka boleh meluahkan masalah mereka seberapa lama yang mereka mahu. Perbincangan pun bermula dengan Pak Lah bertanyakan apakah tujuan rombongan itu datang dari jauh dari hulu Bakun.

Pakcik Batok mengatakan bahawa mereka datang untuk meminta benih. Pak Lah bertaya semula, benih apa dan berapa banyak ??. Pakcik Batok mengatakan bahawa mereka meminta benih tanah kerana mereka sudah tiada tanah. Tuan DO Belaga mengatakan bahawa semua tanah di hulu Bakun adalah Tanah kerajaan. Maka penduduk sudah tiada tanah lagi untuk didiami dan untuk bertani. Maka kerana itu sebagai ketua kerajaan Pak Lah diyakini mempunyai benih tanah. Pak Lah menegaskan bahawa tanah di hulu Bakun adalah tanah milik Orang Ulu. Orang Ulu telah membayar darah dan air mata untuk mempertahankan kedaulatan mereka ke atas tanah Bakun

Setelah berbincang agak lama, Pak Lah mengarahkan supaya PA beliau menulis sepucuk surat dan ditujukan kepada DO Belaga. Dalam surat itu  beliau mengarahkan supaya DO Belaga mengiktiraf hak pemilikan tanah di sekitar Uma Balui Labuway Naha Jalay sebagai hak milik Pakcik Batok. Pertemuan yang dijanjikan 15 minit itu telah berlarutan selama 3 jam.

Begitulah Pak Lah dan DSAI dikenang oleh masyarakat Orang Ulu, Balui Labuway Naha Jalay. Bila Pakcik Batok kembali ke Belaga. Beliau menyerahkan surat dari Pak Lah kepada tuan DO Belaga. Tuan DO kelihatan mengeletar menerima surat dari PM Malaysia yang berjiwa rakyat. Semenjak dari itu pejabat Daerah Belaga semakin baik terhadap Pakcik Batok. Bermacam-macam projek dan bantuan disalurkan. Sehinggalah suatu hari Pakcik Batok ditawarkan jawatan Penghulu.

Pakcik Batok tidak terus menerima tawaran tersebut, sebaliknya beliau meminta masa sebulan untuk memikirkan tawaran itu. Setelah cukup sebulan, Pakcik Batok memaklumkan bahawa beliau bersetuju untuk dilantik menjadi Penghulu, tetapi dengan gaji RM 10,000 sebulan. Tuan DO Belaga melenting lagi. Beliau marah-marah dan menuduh Pakcik Batok sebagai tidak waras.

Pakcik Batok menjelaskan bahawa, beliau hanya akan mengambil RM600 sahaja daripada sepuluh ribu tersebut, manakala selebihnya akan dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Uma Balui Labuway. Beliau menjelaskan bahawa, tidak ada gunanya beliau menjadi penghulu, jika kehidupan dan taraf ekonomi anak-anak buah beliau masih terpinggir.

Begitulah Pakcik Batok, seorang insan yang begitu kuat prinsip dan tinggi hati budi. Semoga akan muncul lebih ramai pemimpin Orang Ulu yang berjiwa dan berhati seperti beliau. Dengan demikian hak milik negeri ini akan dikembalikan ke tangan kami generasi Orang Ulu-Hulu Belaga. Saya juga mendoakan supaya Pakcik Batok menang dalam kes mahkamah yang dihadapi beliau ketika ini. Kemengan itu nanti akan menyemarakkan obor perjuangan rakyat Belaga.

Bagi diri saya sendiri, selama seminggu mengepalai rombongan media untuk membuat liputan permasalahan rakyat Belaga. Saya berpuas hati. Pihak kami telah merakam beribu-ribu  permasalahan rakyat Belaga. Akan kami hebahkan ke seluruh pelusuk dunia. Inilah sumbangan kecil saya terhadap masyarakat Belaga. saya rasa kunjungan kami ke Naha Jalay kali ini mungkin kali yang terakhirnya. Memandangkan pihak pemaju empangan Bakun sudah tidak sabar-sabar menjana kekayaan dari empangan Bakun. Apabila proses penakungan empangan bermula. Maka akan lenyaplah tanah pusaka leluhur kami buat selama-lamanya.

7 Responses to “Kisah Kuih Batu Dan Benih Tanah.”

  1. ong bk Says:

    Bagus laporan ini-teruskan perjuangan rakyat!

  2. Legendary: What had Anwar and Badawi done for the Bakun residents? « Sarawak Indigenous Community News Says:

    […] What really had Anwar, while he was Deputy Prime Minister, and Badawai, while he was Prime Minister, done for the original residents of Bakun , who are now resettled in Sg Asap, except a small community in Naah Jalai? A story from a blogger Harry Wing Miku here exposed the sad story of a brave Tuai Rumah who ventured to Putrajaya to meet Badawai and extracted some unexpected concession from the PM! Read here. […]

  3. Taib Must Go Says:

    Lucu, tapi menarik. Tmakasih kerana sharing.

  4. semang Says:

    aiya! sapa nama DO ngok tu kaban? itulah DO Belaga(yg dulok2 lah-entah cam na yg skarang ni) sama orang2 tua yg tidak ada pakat senang2 mereka gertak2 bila sama lakek bok semang? hehe…basah seluar mereka krana kencing.Hampeh tul!!!!

  5. dohtuyoc Says:

    belaga paling besar dearahnya di malaysia. syarikat gergasi balak,sawit dan dam beroperasi di sini. kerajaan mendpt keuntungan berbillion2 hasil dr tanah peribumi disini yang diami oleh orang ulu semenjak turun temurun lagi. Amat sedih sekali rakyat belaga tak prnah menikmati hasil bumi mereka itu.sudah 53 tahun malaysia merdeka ttpi keadaan pekan belaga masih saja sama dan rakyatnya masih di tampuk lama krna xda jalan raya,pd kempen pilihraya tahun 2006 semasa si uban dtg berkempen di belaga dgn lagak kepehinannya dia menyatakan bahwa belaga tdk dpt dimajukan krna ianya daerah yang bergunung-ganang kosnya sangat tinggi. bah apa mcm bbanding dgn daerah mukah yang penghasilan buminya si bbpa ttpi spt cendawan tumbuh slpas hujan saja pembangunannya stlah si uban dipilih disitu.belaga daerah terpinggir dari arus pembangunan.kekayaannya dilarikan oleh yang tamak.

  6. kayangurlz... Says:

    I kenal sapa DO tu….emmm..mmg peranggai DO tu mcm tu..xsen je lebih..jeloh pikir teneng2 uk do….whatever dahin DO nan…god bless u….

  7. Linou Levak Says:

    Bakeh… saya berterima kasih atas usaha bakeh mewujudkan blog ini ia nya bertepatan dgn era masa kini untuk menterjemahkah kepada dunia kebenaran yang tersirat dan tersurat di dalam daerah belaga selama ini,
    dah 53 tahun merdeka tetapi belaga masih dikotak-katikkan oleh org politik untuk mengisi dan memecah perut mereka dengan hasil yng dirampas dari org kita… teruskan bakih…

Comments are closed.


%d bloggers like this: