Bencana Dan Peristiwa: Mampukah Membuka Mata?

Sudah hampir dua minggu saya tidak mempostingkan apa-apa berita melalui blog ini. Saya mohon maaf kerana terlalu sibuk untuk menyiapkan Project paper akhir yang bakal dibentangkan pada penghujung bulan ini. Syukur pada hari ini ada sedikit kesempatan untuk merakamkan secara ringkas beberapa peristiwa penting yang berlaku disekitar Negeri Sarawak yang dicintai.

Berita Penakungan Air di Projek Empangan Hidro Elektrik Bakun yang bermula 13 Oktober 2010 pasti melegakan banyak pihak yang berharap dapat memperolehi hasil secepatnya daripada penjanaan tenaga dari Bakun. Agak mengejutkan penduduk Belaga langsung tidak melatah apalagi menentang. Ada beberapa perjumpaan diatur untuk memohon penangguhan penakungan daripada pemilik dan pemaju projek. Namun yang mempunyai kuasa autonomi untuk menangguh adalah CM . Jadi siapa berani pergi jupa CM. Oleh yang demikian penduduk mengambil pendekatan berdiam diri.

Namun sebelum itu pada 9 Oktober 2010, bencana alam semulajadi berlaku disepanjang sungai rejang. Bermula dari bandar terpencil Kapit hingga bandar Anggsa di Sibu, longgakan kayu balak memenuhi setiap ruang suangai Rejang menyebabkan sistem perhubungan sungai antara Sibu dan Kapit terhenti selama 2 hari. Justeru maka bertambah pula masalah rakyat Sarawak. Jika dahulu penduduk hanya berdepan masalah melalui sungai Rejang jika musim kemarau, banjir dan keadaan jeramnya yang amat ganas dan merbahaya. Namun kini fenomena bencana kebanjiran balak, boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit dan meragut ngawa.

Maka malulah seluruh kabinet negeri Sarawak dan kerajaan 1Malaysia keseluruhannya apabila disaksikan oleh dunia, bahawa mereka hanya pandai bercakap dan mendakwa bahawa mereka telah menguruskan hutan secara mapan dan teratur. Hakikatnya TUHAN maha berkuasa dan membuktikan dengan hanya satu peristiwa besar yang tidak boleh ditutup dengan helaian surat khabar lama. Pasti media yang pro kerajaan berusaha bertungkus lumus membela kerajaan dalam soal ini. Termasuklah Menteri kita dari suku Dayak, James Masing. Menyalahkan pihak sub-kontraktor pembalakan. Soalnya siapa yang beri lesen kepada mereka. PR kah atau BN. Juga jika kontraktor kecil mampu menghasilkan kerosakan begitu besar. Sukar dibayangkan apakah mungkin kontraktor besar tak berbuat demikian.

Dan dalam pada penduduk pendalaman masih fobia dengan bencana besar itu. Berlaku pula tragedi kemalangan Bot Express di sungai Anap daerah Tatau. Setakat ini 6 mayat telah dijumpai dan berpuluh lagi dilaporkan hilang. Jumlah sebenar penumpang tidak dapat dipastikan kerana bot Express mengambil penumpang di sepanjang perjalanan.

Apakah moral disebalik semua peristiwa ini. Saya yakin pembaca semua bersetuju ia diakibatkan ketamakan mengejar kekayaan. Di Kapit,Belaga, Tatau dan Tubau kegiatan pembalakan dilakukan dengan tidak beretika. Bila ditegur oleh NGO dan pihak pembangkang. Kerajaan menunding jari mengatakan mereka telah termakan hasutan aktivis dari negara maju yang cemburukan kemajuan kita. Tragedi bos Exspess di Tatau juga melibatkan aktiviti dan kegiatan pembalakan. Jika alur sungai sempit dan cetek. Apakah munasabah untuk membawa jentera-jentera pengangkut balak yang besar melaluinya sehingga tiada ruang untuk bot atau perahu kecil mencelah.Saya harap kerajaan akan mengambil sikap yang betul agar rakyat tidak menerima kesan buruk kesan politik pembangunan.

6 Responses to “Bencana Dan Peristiwa: Mampukah Membuka Mata?”

  1. Padan Ulae Says:

    Sebagai sorang yang percaya kepada Tuhan kita harus tahu bahawa Allah Pencipta langit dan bumi memang senantiasa memberi kita tanda-tanda untuk kita bertindak tetapi biasanya kita tidak mengambil serius tanda-tanda tersebut. Walau bagaimanapun ‘Sign of the Time’ itu tetap berlaku, samada kita peduli ataupun tidak. Semua yang berlaku dalam beberapa minggu ini adalah tanda-tanda serius yang akan datang di kemudian hari. Bagi mereka yang mahu keuntungan besar maka projek Bakun itu adalah satu projek yang berjaya tetapi bagi orang-orang yang tertindas dan serba kekurangan maka itu akan cara penghapusan hak dilakukan oleh pihak yang berkuasa. Kita lihat apa akan berlaku dengan hidro Bakun nanti. Bagi pendapat saya, tidak lama ‘DAM’ itu akan memberi masalah besar kepada orang Sarawak. Orang Belaga mengapa tidak bersuara? Takkanlah Belagakini aja yang bersuara.

  2. educatedasap2010 Says:

    SAYA SETUJU DENGAN SAUDARA PADAN ULAE,
    KALAU KITA LIHAT SUASANA POLITIK DI BELAGA MASA KINI, SEMUA TAMPUK KEPIMPINAN PARTI YANG ADA MASING2 MAHU KAN UNTUNG SENDIRI DULU, SOAL APA MASALAH YANG TERJADI ITU KEMUDIAN, NAH JAWAPAN NYA ADALAH ORANG BELAGA TERMAKAN HASUTAN JANGAN LAWAN BN NANTI TIDAK DAPAT INI DAN ITULAH, HARUS ADA PAKATAN RAKYAT LEBIH-LEBIH LAGI PEMIMPIN YANG SEKARANG INI TENGAH MELOBI SEBAGAI PEMBANGKANG DI BELAGA HARUS BANGKIT DAN PERJUANGKAN SISA-SISA YANG MASIH ADA UNTUK ANAK CUCU KITA KELAK. TERNYATA BN SUDAH TAK BOLEH DIGUNA PAKAI KINI WAKTUNYA KITA SEMUA RAKYAT BELAGA BANGKIT DAN TUMBANGKAN BN, JANGAN TAKUT APA RISIKONYA , TUHAN DIPIHAK KITA YANG BENAR AMIN.

  3. Luhat Ajang Says:

    Kedua-dua insiden yang terjadi baru-baru ini tiada kaitan sama sekali. Kebetulan sahaja ia berlaku kerana pembalakan. Ini kan Sarawak, hanyalah aktiviti pembalakan sahaja lah yang ada di bahagian ulu dan pedalaman.

    Saya dipahamkan kejadian di Tatau adalah berpunca daripada drebar ekspres bot yang tak sabar-sabar untuk memotong tongkang balak di lencongan sungai yang sempit.

    Saya juga dipahamkan yang tuanpunya tongkang balak tersebut adalah seorang taiko besar Bintulu yang sememangnya terkenal dengan aktiviti balak haram di kawasan tradegi.

    Kejadian ini adalah kemalangan, seperti yang kita selalu lihat di jalanan.

    Berlainan pula dengan apa yang terjadi di Ulu Melatai yang mana Datu Len Talif dari Jabatan Perhutanan mengatakan ianya berpunca daripada hujan. Saya dipahamkan pembalak-pembalak WTK masih sibuk membalak di Ulu Melatai sehinggakan berlakunya hakisan yang teruk. Walau bagaimanapun, Datu Len mengatakan aktiviti pembalakan telahpun berhenti sejak tahun 2007 lagi. Tambahan pula, saya juga diberitahu yang tiada pemberita/ wartawan yang dapat menyewa helikopter ke kawasan tersebut. Apakah ini arahan dari pihak atasan kepada Hornbil Skyways.

  4. lejo kayok Says:

    Saya setuju dgn kt2 educatedasap…. rakyat plu plh pmimpin yg bnar2 mahu mmimpin msykt bukannya pmimpin yg cuma mahu mgumpul harta kkyaan stlah diplh sbgai wakil rakyat… khususnya dlm pbhagian projek/tender hanya diberi kpd kpd geng2 shj… lihat sahaja kini, semua geng dah tukar kereta msg2 kpd kereta besar dan mahal. Rakyat bukan tk tahu…. dulu sblum geng mereka jd pmimpin…. nak hrp gaji di sektor krj/swasta/kja sdiri tdk juga mereka dpt miliki kereta besar… skrg tengok je…….. semua geng puas dah terima habuan msg2 kerana tolong kempen pd plhanraya lpas….

  5. Belarek Ngetui Says:

    La dahun telo kah anih yah bakeh? Iha mejam telo ikem na keputusan aleng ngioh kenep telo, nehari men kerei anih telo kempen nyuhu lim bakeh telo aleng au cukup umur mengundi “register mengundi” jureh ta telo deng mudei pelitah telo nih. Selagi telo jan na nunan jinun alan. Avinmajoriti daha aleng pengundi klerei anih daha kelunan aleng aya’ aleng paget higem prinsip dahin doktrin ASUM LAWEN PELITAH aleng au en taman telo lake Datuk Sri BO dahin Datuk Sri Temenggong nuvu halem kenep daha’. Perah telo eng meraih pengundi aleng tebin anan.

    Biti nah dahin kempen daha harin, bakeh dahin panak telo ala daha “register”. Anan tua alan na’ aleng deng ek bara. Mina nuno-nuno telo ngelurek ba telo duan mun pengundi paget tebin taman hinan dahin huku telo jinun telo deng na nun-nun.

    Mili pelitah jan mesti na’ PKR tua alan na’. Leba’ cara aleng deng en telo pikin. FIKIR-FIKIRKANLAH

  6. ros Says:

    betul tu kejadian ini berpunca dari pada pemandu expers yg tak sabar2 hendak memotong tongkang……….. tentang apa yang edukatedasap katakan itu memang benar, kerajaan sekarang langsung tak perduli akan keselamatan penduduk ulu anap seperti kami. apa yang mereka fikir hanya keuntungan dan kekayaan sahaja sehingga hasil hutan di tempat kami sudah semakin berkurangan.

Comments are closed.


%d bloggers like this: