Ketua Kaum:Jadilah Sehebat T.Jugah

Permohon perlatikan dua Ketua Kaum Kenyah dari Sungai Koyan Belaga beberapa tahun lalu mendapat kelulusan dan perhatian daripada kerajaan negeri demi menjaga kepenting kaum Kenyah di kawasan Belaga.

Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr James Jimut Masing berkata, perlantik ini penting kerana sebelum ini tidak pernah ada Kaum Kenyah menerima jawatan pemanca dan penghulu untuk kaum Kenyah.

Katanya, kawasan Belaga yang mempunyai pelbagai etnik masyarakat orang ulu iaitu seperti kaum Kayan, Punan, Penan dan Kenyah. Pada masa sekarang jumlah rakyat Kenyah adalah lebih enam ribu orang.

Dua Ketua Kuam Kenyah yang menerima surat perlantikan daripada Dato Sri Dr James Jimut Masing di pejabatnya di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini petang ini ialah Pemanca Tony Kulleh dan Penghulu Katan Lawai.

Pemanca Tony Kulleh, 50, berasal dari Rumah Bakah dan Penghulu Katan Lawai, 49, berasal dari Rumah Badang yang masing-masing di kawasan Sungai Koyan Asap Belaga mengucapkan ribuan terima kasih dan akan terus memberi perkhidmatan kepada rakyat serta beri kerjasama kepada kerajaan pada setiap masa.

Masing (BN-Balleh), kemenangan Barisan Nasional pada dua pilihan raya kecil di Galas (Kelantan) dan Batu Sapi (Sabah) semalam telah menunjukkan satu perkembangan yang baik kepada masyarakat sendiri.

Secara tidak langsung kemenangan BN pilihan raya kecil itu juga menunjukkan rakyat kita kian makin sedar dengan peranan penting kerajaan BN yang sedang dalam rancak membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat kita, tambahnya lagi.

Turut hadir pada majlis penyampaian surat pelantikan ketua kaum ini ialah Ahli Parlimen Ulu Rejang Datuk Billy Abit, Joo, Liwan Lagang (BN-Belaga) dan John Sikie Tayai (BN-Kakus).- Petikan daripada Utusan Sibuti

Belagakini.

Saya tumpang gembira dengan perlantikan kedua-dua ketua kaum ini. Selamat berkhidmat dan menjuarai permasalahan rakyat. Jadilah seperti Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah anak Barieng, walaupun buta huruf tetapi cerdik dan berkarisma. Jangan jadi ketua yang boleh dipulas telinga dan diketuk kepala. Dan jangan juga jadi ketua yang hanya diperalatkan untuk memancing undi masa pihanraya sahaja. Berlagak dan berwaraklah sebagai ketua yang menyumbang idea bernas demi kebaikan rakyat Belaga.

Tahniah kepada BN yang sanggup melantik mantan cikgu saya Tony Kulleh ke jawatan Pemanca. Walaupun pada pilihanraya yang lalu Pemanca Tony adalah “Orang Kuat” XYB Stanley Ajang Batok. BN sanggup mengenepikan sejarah lama demi memperkuatkan BN. Pasti dengan melantik beberapa Orang Kuat dari kem yang menentang BN akan melemahkan tenaga juang pihak yang disebelah sana.

Oleh yang demikian mengapa tak dilantik Datuk Sri Tajang Laing sebagai timbalan Temenggong untuk memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan BN untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya yang akan datang??.Dengan keupayaan BN melemahkan kem XYB Ajang Batok, maka kini peluang untuk BN berdepan satu lawan satu dengan PR menjadi semakin cerah.

Sehingga ke hari ini saf kepimpinan BN di Belaga mencapai tahap paling bersedia menghadapi pilihanraya. Dengan semua jawatan penting telah diisi. Ini termasuklah perlantikan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri- Puan Angeline Umis Tujok dari Uma Nyaving Mejawah,Belaga. Bagaimana pula persiapan Pakatan Rakyat???..

Untuk rekod, penghulu Katan Lawai pernah berkhidmat di bawah pengawasan bapa saya ketika masih dalam Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) tahun 80-an. Jika orang bawahan ayah saya boleh jadi penghulu. Ayah saya harus jadi apa???

 

 

13 Responses to “Ketua Kaum:Jadilah Sehebat T.Jugah”

  1. Amaitebun Says:

    Tahniah kepada Pemanca Tony Kuleh dan Penghulu Katan Lawai. Tak lupa juga terima kasih kepada YB Liwan yang begitu perihatin terhadap keseramataan hak berdasarkan populasi kaum di Belaga. Pihak BN juga perlu sedar bahawa disebabkan majoriti bangsa Kenyah di Belaga, maka pihak BN juga sepatutnya melantik seorang Temenggong dari bangsa Kenyah di Belaga.

  2. lejo kayok Says:

    Biasalah BN …… plhanraya dah dkat mestilah nak mlakukan byk cara dlm bentuk mengekang sokongan kpd pihak lain… pbangkang. Utk mgawal & mgurangkan sokongan kpd bakal calon yg mnentang BN pd plhanraya akan dtg mestilah cara/taktik krjn , m’gikat org2 yg plg rapat & dkat dgn org2 pnah btanding plhanraya takut nanti org tu akan btanding lagi. Tak apa… ada msnya tetap akan tumbang. YB skrg, ingat, org di asap byk mmendam rasa, masalah air tdk bersih, isu2 lama spt byran rmh, harga2 kebun byk blum dibayar, tanah2 tdk disukat, fkr2 kanlah, jgn pula bila hmpir plhanraya baru nak turap jln raya di asap, baru nak byr harga rmh lama, baru nak buat ini itu, jgn ingat org kpg d asap tu semua bodoh, semua tu umpanan saja.

  3. Padan Ulae Says:

    Tahniah kepada sdra Pemanca dan Penghulu Kenyah. Ini baru lah 1Malaysia. Harap2 lah mereka berdua berkerja lebih tulus dan betul ‘menampakkan keaslian seorang pemimpin Kenyah’ di kalangan komuniti2 di Daerah Belaga. Namun demikian, ada beberapa soalan saya mahu tanya? Mengapa melantik Pemanca Kenyah….pemanca kayan pun sudah cukup bagi kita di Belaga. Seorang pemanca yang sedia ada pun ‘not being fully made used of’ apa hal pula melantik pemanca untuk kaum kenyah. Kaum Kajang harus minta juga, sudah itu kaum Penan, sudah itu kaum Melayu dan Kaum Cina. kita tidak perlu pemanca….buang duit rakyat bayar mereka sahaja. Kalau Kenyah sudah jadi pemanca….kayan punya tidak ada lagilah…selepas kenyah beri kepada kajang kah. Bergilir-gilir. Temenggong pun itu macam juga….YB pun juga macam itu…barulah betul2 1Malaysia. Kalau temenggong dari kaumKayan….kenyah lah jadi pemanca ataupun kaum lain….begitu juga kalau Kenyah jadi temenggong…kajang atau penan lah jadi pemanca.

  4. zb Says:

    pasal siapa dpt itu tidak kisah. kalau bole semua kaum dapat. itu duit rakyat kita makan sikit saja. kepala besar tanah melayu lagi makan banyak! rakyat di belaga/asap/bakun lebih ramai dari di Limbang. Tapi Limbang semua kaum ada penghulu/pemanca/temenggung. kalau kami bole kenapa tempat kita org tak bole?

  5. dohtuyoc Says:

    Ha-ha-ha….pilihanraya dah dekat. Jemut Masing tau orang kenyah tak suka dengan BN. Kerana itu dia lantik kullei dan katan. Tapi ingat, kullei dan katan bukan orang berpengaruh dlm masyarakat kenyah. Mana perginya pampasan-pampasan orang belaga masing ? Jangan main macam tu la kawan………….

  6. Lusung Laku Says:

    Kesian James Masing. Dia dah terdesak lantik tuni dan lawai. Dia buat jerat diri sendiri. Walau pun aku orang penan, tapi aku tau orang kenyah memang tdk terpedaya dgn perlantikkan itu. Kita tengoklah pada pilihanraya nanti. Can siman…………….

  7. lejo kayok Says:

    ha…..ha…. byk org dah tahulah JM…. itu jerat n umpanlah… yalah JM kan tahu last election kan ex-teacher tu penyokong kuat ajang, so mestilah skrg sblum election akan dtg, dia cpat2 ikat kaki pemanca baru ni spaya org kenyah undi bn…. ingat rakyat belaga tk tahu kah ,,,,,
    tengoklah d blaga skrg scretary baru pun org dia, mana ada org lain…
    yg heran knapa JM ni bkuasa sgt ke atas org blaga sdgkan dia bkn MP ulu rejang??? Bayar cpat harga rumah org di asap yg 12 thn blum byr, mesti dgn interest skali… jgn tdk byr….

  8. educatedasap2010 Says:

    Helo Belaga, Out of all our discussion here what most important is BN must be Change thats it. Useless now u lantik pemanca lah , penghulu lah for what, i mean nothing can these people if not all decision is in the hand of Jabu n masing. Look at the Asap declaration sign by all Ketua kaum including Datuk Temenggong Nyipa & Pemanca Umek handed over to Jabu, until now nothing has been done. FORGET WHAT BN is doing all are bullsit, we rakyat suffer but there cronies kaya raya. make a FUL STOP FOR BN

  9. tuenlaja Says:

    wahai bangsaku bangkitlah dan pandanglah kehadapan.Pacakkan mercu tanda itu segera.

  10. tingang Says:

    Jika hendak mengubah senario politik di N57 Belaga,janganlah heboh disana-sini,at the end no sound.All u should done is goes through the grassrooth never mind that is the procedure,for rich people they have power,but mereka ini hanya 1/5 daripada penduduk belaga.for the poor like us dont hear what they say.kita akan lihat apa akan terjadi kepada mereka.jatuhkanlah BN jika itu permohonan penduduk,OK lakukan

  11. tingang Says:

    Pengundi di kawasan Belaga & Ba inilah masa yang sesuai untuk bertindak,jika kerajaan tidak memperdulikan permintaan kita,kita balas dengan cara yang sama.1 kali balas 5 tahun kesannya.sikap kerajaan ini baik semua dasarnya bagus,selepas diluluskan di dewan turun ke negeri dan bahagian dan daerah disitulah ianya bermula dengan karenah egonya.salah 1 daripada dasarnya ialah e-kasih:banyak pihak yang mempertikakannya oleh kerana sasarannya tidak telus dan menyelewing.Kehidupan sekarang jauh berbeza antara orang kaya dengan yang miskin.Yang kaya terus kaya,yang miskin jadi papa kendana…………….BAB Election: Orang-orang yang tidak diendahkan oleh kerajaan sebelum ini,jangan saya minta jangan TURUN MENGUNDI kerana pangkah kita lah dia mewah,biar kroninya pangkahnya 200 kertas undi seorang.jika dia kasih saguhati RM5.00 lapora kepada SPRM sahaja.Terima kasih

  12. babuimakang Says:

    surprise!!!! tak ku sangka..akhir mantan guru saya jadi politik juga.. masih segar dalam ingatan saya kata-kata dari CM Penang….ini semua wayang….jika ditambah wayang kulit….aje….peminpin kita tak up to date….ramai pengundi sekarang terpelajar….bukan nya macam dulu….YB…..dulu boleh buat wayang….kita pun boleh buat wayang…solfware banyak ada mungkin boleh boxoffice lagi…cuba tanamkan benih yg,baik…..jgn.wayang sana sini….nanti industri hiburan bankrap mereka nak makan apa YB….menangkan hati rakyat dengan pebanggunan yg.sekata….pelancong datang kesini pun bukan kerana negara kita boleh megahidro…..buat apa mereka tengok itu….. wildboar pandai hide it shitt…..bkn.macam lembu…selamba rock aje….keluarkan…cuba tanya masyarakat Belaga bangga ka mereka dengan Bakun…..kecuali i cakap u bayarlah i….tiada ojektif…..Jabatan Alam Sekitar tidak pernah mengesahkan ini projek…..Fikirkan….

  13. semanunited Says:

    orang2 besar Asap suka bermuka-muka. mereka sakap ‘jangan mencuri’ tetapi ada sorang pada bulan 10 yg lepas-pernah kenak tahan oleh polisi Belaga kerana pergi curi buah sawit. Hehe….masam mana kes itu skarang ho? mungkin tutup kes sudah lah.Biasalah Polisi daerah Belaga kan? Aku pernah nampak sorang polisi yang urus kes uma Nyaving dulok itu-ambil krim tahan lama di kedai sorang cina di Bakun sana, mana dia mauk pergi amput ha?!! lepas itu saya tengok2 dalam kotak di 2 kedai penuh dengan DVD amput!!! apa polis itu buat? diam saja ka?

Comments are closed.


%d bloggers like this: