First Round: PR 2.3% mendahului BN.

Lapan bulan lalu (20 Mac 2010) Pakatan Rakyat (DUN Belaga) memulakan gerak kerja pilihanraya dengan mengadakan ceramah pertama di Uma Badeng Sg.Koyan,Asap. Manakala pada 17 November 2010 yang lalu bertempat di Uma Punah Bah, maka selesailah sudah pusingan pertama dalam usaha mempersiapkan jentera PR berhadapan BN di  DUN Belaga.

Kawasan-kawasan yang telah dilawati oleh Pakatan Rakyat adalah;

1. Kawasan ASAP melibatkan 12 peti undi; Lg.Bangan,Lg.Urun, Lg.Semutut, Lg.Koyan,Uma Kulit,Daro,Bakah, lahanan,Bawang,Lesong,Badeng dan Naha Jalei.

2. Kawasan Belaga melibatkan 8 peti undi; Abun Matu 1&2,Lg.Mekero,Lg.Daah, Lg.Semuang, Lg.Liten, Lg.Segaham dan Lg.Mejawah.

3. Kawasan BA melibatkan 7 peti undi; Punan Bah,Biau,Tempeling, Lg.Pawah, Airport (Sekapan&Lg.Dungan), Sekapan Piit dan Lg.Amo.

4. Kawasan Murum melibatkan 5 peti undi; Long Wat, Lusong Laku,Lg.Lidem, Lg.Kajang dan Lg.Busang.

Analisis awal menunjukkan PR mendahului BN sebanyak 2.3% undi, yakni PR menang dengan majoriti tipis 208 undi. Kebanyakan undi yang diperolehi PR adalah dari kawasan Sg.Asap. Manakala bagi pihak BN, undi di kawasan BA dan Murum banyak memihak mereka. Bagi kawasan pengundian Belaga, BN dan PR masing-masing mendapat sokongan 50:50.

Mungkin ada diantara pengunjung blog ini yang kurang setuju dengan analisis ini. Namun masih ingatkan anda dengan Pilihanraya SIBU. Pada masa itu saya memberi analisis awal bahawa PR akan menang tipis, tidak kira apa pun yang BN lakukan di saat-saat akhir. Ternya analisis itu ada kebenarannya dan berasaskan fakta, bukan beralas andaian  semata mata.

Bagi PR Belaga, teruskan usaha. Kedudukan majoriti 208 undi amat-amat tidak selamat. Dalam kata mudah BN boleh membuat “SWING” VOTE” dalam lingkungan 400 undi. Justeru itu dalam masa beberapa bulan yang berbaki ini, usahakan supaya mendapat lebih sokongan, khususnya daripada suku kaum Kajang.

Bagi BN, untuk menang mereka harus mampu menambat semula hati penduduk Sg.Asap yang hanpir 70% menolak mereka. Turut menjadi cabaran BN ketika ini adalah proses penakungan air di empangan Bakun yang banyak memberi kesusahan kepada penduduk di hilir Bakun. Isu ini sedikit sebanyak telah melemahkan penguasaan BN di hilir Bakun. Harus diingat bahagian hilir Bakun menawarkan sekurang-kurangnya 2881 undi dan melibatkan 26 buah rumah panjang.

Saya difahamkan PR akan memulakan pusingan kedua bermula awal bulan Disember. Pusingan yang memerlukan kemahiran penguasaan teknologi dan perang saraf. Sama-sama kita nantikan.

Nota: Analisis ini berdasarkan andaian PR berdepan satu lawan satu dengan BN.

8 Responses to “First Round: PR 2.3% mendahului BN.”

  1. bakeh Says:

    good article for sharing

  2. bakeh Says:

    Saudara,

    Saya amat mengenali tempat di mana gambar saudara itu diambil.
    Saya juga tahu isu-isu setempat yang kini diharungi oleh saudara saya di Punan Bah. Selama 4 tahun menabur bakti di Punan Bah, banyak yang saya pelajari dan ini membuatkan saya tambah bersemangat untuk merungkai segala penganiyaan yang dilakukan BN terhadap kita masyarakat orang ulu.

    Bagi generasi baru Punan Bah, saya tahu mereka kini masih berjuang untuk mendapatkan balik hak mereka yang telah dirampas. Semoga mereka berjaya dan saya akan terus memberi sokongan kepada mereka.

    Buat saudara-saudara di Belaga…
    biti dah itam dahin ji kenep, peju dah itam dahin ji dahok.
    itam lim mesti jam nun hak tam. Maun nah men alem udu aleng dena….

    saudara boleh menghubungi atau berkongsi maklumat melalui email di bawah..
    bakeh2006@yahoo.com.my

  3. LakegSemang Says:

    Taib and his cabinet rule Sarawak with a slogan called 1Sarawak,Family-Ethnic First,Cronies Now!He practiced this since he was in power in 1981. Budaya bodek diperkenalkan oleh regim Taib Mahmud.Semua ahli kabinetnya adalah pembodek dan pengampu.Jabu adalah Raja pembodek dan pengampu.James Masing adalah Assistant pembodek Jabu.

    Democracy is a contest between two opponents which we always called election.It’s also means, check and balance between two opponents.This’s very important to maintain just and good government. Sarawak BN component parties are trying to deny these important factors in democracy.They practiced what we called “demokrasi ala musang berbulu ayam” or better to say, a North Korean style of government.They wanted to be in power forever.

    Nasihat kepada pengundi DUN Belaga :

    Anda semua tidak suka dengan Taib Mahmud. Betul tak ? Tapi, semasa pilihanraya berlangsung, anda akan kata yang anda sokong Liwan kerana dia saudara anda ataupun kerana dia kawan rapat anda atau anda akan kata yang dia seorang yang baik, justeru itu, anda mengundi dia. Dengan berbuat demikian, anda adalah seorang yang tidak berprinsip.

    Itulah kesilapan terbesar yang anda lakukan. Mengundi Liwan atau mengundi PRS sama saja anda mengekalkan Taib Mahmud di atas takhta kekuasaan selama-lamanya. Dalam lain perkataan, mengundi Liwan atau PRS adalah mengundi Taib Mahmud. Ingant itu !

  4. LakegSemang Says:

    Pengundi DUN Belaga boleh mengikuti isu semasa bersama LakegSemang di laman facebook berikut:

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001761345735&v=wall

    http://en-gb.facebook.com/people/Tour-Belaga/100001761345735

  5. LakegSemang Says:

    Links yang diberi terdahulu di atas satu kesilapan yg tak disengajakan. Namun, anda bolehlah mengikuti isu-isu semasa bersama LakegSemang di laman berikut:

    http://www.facebook.com/profile.php?id=100001785694751&v=wall

    http://en-gb.facebook.com/people/Lakeg-Semang/100001785694751

  6. zb Says:

    saya amat terkilan dengan penipuan pemimpin dari BN. penipuan yg amat telus tanpa disedari rakyat jelata. sekarang rakyat seharusnya sedar dari lamunan. BAKUN bakal memberi KEKAYAAN kepada BN. Tapi RAKYAT TETAP SENGSARA! UNDILAH PEMBANGKANG DEMI KEADILAN TUAN-PUAN DI SANA.

  7. lejo kayok Says:

    ha….ha…ha…. na lan nah men hi aleng jd biti lawen bn…. nehari men kerei anih, pejam rakyat uma ha lim avan ha daleh belagah nan… mutam nah pe’usuk ateng daleh penan ateng Lg Busang… tei kipin nemu… lale’ lale’ bn nih pah…. masi urip kelunan belagah sayu aleng tek behaoh bakun nurei aleng ha tek daleh asap/koyan. Merisak … au pah lebak kebun unak deh em pelitah ikem sukat konon tih tana luar blok…. nun dahak uku-uku ayak tak unak jam ket nunan yah. Aleng kitan dahak… nyadui ala talun layang. Jd patut2 nak hinok tua tana rakyat mesti en sukat bukan dinafikan hak rakyat… Masi masi nah ulak tam kelunan belagah en bn pehembek. Au pah bakun en kep petimah tua… urip rakyat behaoh bakun melisak hungei tagak… Nun en bn jam. Projek areh uli ihak areh loh kah.. nunan pah nun nun hadui en dahak plan na ha bawang dam anan au anih,… dahak loh kah gak nak…. Liveng lan gaya urip tam bangsak orang ulu tei pebalui lan kenan kemajuan aleng konon en geri anan. Baya baya tih jinun nah nyam tebin baya jam du hungei awi gaya hungei tening kajo daleh hudik unak deh. Nunan kah lim naan masek . tevela, selareng, luyan etc…. tgl kenangan legeh-legeh… naha-naha…. daleh tam lim anan jinun nah en tam rasa laan… mejam urip daleh leng meran nah itam…. Mina awi lebak men hang itam murip daleh paser kereh, bi puun kelesing tam kelunan adang en tak liveng tei pebalui kenan hadui-hadui bn nih. OK itak boleh ngioh avin tek lim kah sayu nak bi asel kan kebajikan rakyat aleng asan nih bn puboh sayu…. lebak peng’akei rakyat paget en dahak bet… Jd nun patut en na… pikir2 nan bakeh…. itam perlu megoh kenep lim kelunan tam ha belagah nan ja udi nah parti nyurak kali anih… ala maie ajar men bn

  8. Padan Ulae Says:

    Maju Belaga. kita sebagai rakyat di Belaga yang di beri kebebasan setiap 5 tahun harus berfikir dengan masak-masaknya sebab kita semakin hari kehilangan sesuatu yang amat penting dalam hidup kita:
    1. kehilangan tanah NCR kita. nenek muyang kita bertumpah darah mepertahankan tanah dan kawasan “DALEH” kita di ulu Balui dan Belaga amnya tapi kini apa yang ada. Kita ini bukan cina tetapi Orang Ulu yang memerlukan tanah yang luas. itu adat kita.
    2. kehilangan kebebasan bergerak di kawasan sendiri – dimana-mana adanya ladang dan pembalakan di sana lah ada gate. seolah-olahnya orang luar yang control hidup kita. tengok itu jalan kastima….mana orang Belaga pandai cakap. polis mana ada buat macam itu…kita suka menunduk kepada situasi macam itu kah di bawah BN. itu kerja samseng bah.
    3. kekurangan sumber dari supermarket kita iaitu hutan – kita minum air keruh. susah cari ikan. susah cari binatang. susah mau bebas. sumber2 hutan pun sudah tiada lagi. ambil kayu buat rumah pun tiada lagi. Semua mau turun pasal beli barang….duit kita pergi kepada siapa le?
    4. Apa keuntungan kita orang Belaga dari Hidro Bakun, Pembalakan (mana OUNA simpan itu duit 30% dulu punya ho) apa hal tidak tanya mereka yang terlibat, dari perladangan kelapa sawit…semua orang indon, Murum lagi datang…haiya ini macam susah lah kawan.
    5. kamu orang Asap sana tingal atas tanah PELITA…so bila-bila masa mereka boleh buru lamu orang lari. macam mana. mengapa grant atau surat tanah tidak di beri……sebab itu bukan perintah punya tanah…itu PELITA punya bah. Berjaga-jaga semua orang Asap. Jangan mudah kena tipu BN

    untuk mengubah semua ini semua rakyat Belaga jangan sekali-kali undi itu BN lagi bah….cukuplah….lebih 40 tahun di bawa mereka. Undilah PEMBANGKANG yang di pilih nanti

Comments are closed.


%d bloggers like this: