Kisah Orang Bisu, Pekak dan Buta.

Saya andaikan penduduk-penduduk Sg.Asap sebagai “Orang Bisu”. Setiap masalah yang dihadapi tidak mampu disuarakan. Kalau disuarakan pun tak akan membawa bekas kepada pihak atasan. Pihak atasan ini pula ibarat “Orang Pekak”. Sekuat mana pun rakyat menjerit meminta tolong. Orang pekak ini buat tak dengar saja, bukan buat tak dengar. Tapi memang tak dengar dan tak  mahu dengar.

Saya difahamkan masalah jalan yang retak menanti belah dan kawah maut ini (Jalan antara Uma Bawang dengan Uma Lahanan)  telah berlaku sejak setahun yang lalu. Tapi keraajaan BN buat-buat buta saja. Pura-pura tak nampak, sehinggalah suatu hari nanti ada nyawa yang melayang. Ketika itu barulah Yb dan pihak berwajib sibuk nak perbaiki.

Jalan Bintulu-Bakun juga telah bertahun-tahun rosak teruk. Papan tanda aduan kerosakan jalan juga ditampal dengan cantik. Tapi bila panggilan dibuat, 1001 alasan diberikan. Apa nak buat, kita yang menangkan mereka….kan.

7 Responses to “Kisah Orang Bisu, Pekak dan Buta.”

  1. lejo kayok Says:

    Ya… keadaan jlnraya yg blubang, retak2 dan btuk pmukaan yg kasar dan tdk baik mmg dah biasa dilalui di jln di sg asap. Tapi yg peliknya, krjaan bn cuma pandang sblah mata wlaupun ada juga yg komplen kpd pihak bwajib mgenai mslah bknaan. Agaknya yb akan mgunakan wkt plhraya akan dtg mungkin, baru nak bawa semua apa juga btuk bantuan kpd rakyat, jd apabila keadaan mcm itu didtgkan pd tpat masanya, rakyat sungai asap akan tmakan pancingan tsebut. OH…. rkyat asap n kws belaga amnya, maol nah….. hineng nah kuri melisak gaya urip en telungak jarun anih…. Aleng senang tetap senang aleng murik tusah tetap tusah. Jlnrya tdk dibaiki… tdk tahukah X-mas dah mhampiri, org yg bkerja di bandar semua akan plg kpg ms x-mas…. org tdk kerja bandar pun turut akan plg tapi, apa ada.. setiap plg hujung thn di asap tdk ada perubahan, jlanraya tetap mcm itu…. Yang kaya tu, tdk apa kereta besar semua, tdk ada mgalami ksengsaraan org yg mgunakan kenderaan kecil, mbawa anak2 kecil pula tu…. siksanya, perah batung, perah tulang aung, kereta ngejut tekjet lap alan jaak atah behusun tubo lbh2 nak. Bagi YB yg dah dipilih olh rakyat pd ms lalu, ingatlah rakyat sikit, jgn cuma fikir diri sendiri, keluarga n saudara-mara sahaja. Rasai sikit kesusahan rakyat.

  2. nowmaica Says:

    undi BN lagi jangan tak undi, rasakan kesusahan hidup dengan kesilapan untuk memilih pemimpin yang takut bersuara untuk menarik perhatian pemimpin…

  3. semanunited Says:

    hidup saya sangat senang bila BN memerintah-ada tabung bakun belanja aku pegi skolah dan skarang ada skolah di depan mata.Jadi sapa kata BN jahat? BN bagus ma….yg jahat orang yg buat jalan tu-dia pakai sikit saja duit-yg lebihnya dia simpan di ‘lepo uk’. Nah itu membuktikan yang BN memang baik.Bagi sikit untuk saya dia simpan banyak untuk dia.Apa la punya Boss!!!!

  4. Padan Ulae Says:

    Orang Asap itu bukan bisu, pekak dan buta sahaja tetapi mereka itu penakut…..dulu bukan main cakap….’malat lake’ Dian’…….Orang Ulu di Belaga sekarang macam itu ”’Kerbau(?) yang di ikat hidungnya” dan di bawa ke mana-mana mengikut tuannya. Kita sekarang sudah masuk kategori ‘Psychologically and customarily being tamed’ so semangat Orang Ulu yang berjuang seperti Lake’ Dian itu sudah bukan sahaja kekurangan tetapi sudah hilang. sudah ditengelami oleh Dam Bakun kot. Seperti kawan saya di atas cakap sudah terima tabung bakun dan sekolah di depan mata…..sudah cakap BN bagus. Awak punya komen tu ok juga tetapi ‘assesment’ anda tu seperti orang cakap tidak berapa jauh lah gang….macam dari pasar Belaga sampai dam bakun sahaja bukan sampai ke Long Busang sana. Kebanyakan Orang kita di Asap sana adalah sama seperti andan oleh itu…..anda semua rela mahu pindah. Ada bagusnya tetapi kalau pemandangan anda sampai Long Busang mungkin anda tidak akan pindah seperti bapa Batok Bagi. So saya setuju dengan penulis blog bahawa orang Belaga memang BISU, PEKAK DAN BUTA……dan PENAKUT juga. Saya hendak memberi semangat ‘Lake Dian’ balik kepada semua supaya jangan takut sebab kebanyakan kita sekarang sudah jadi kristian so kita lebih takut kepada Allah Bapa di sorga buka itu BN.

  5. educatedasap2010 Says:

    Walaupun anda semua diberi duit tabung bakun untuk tujuan persekolahan, itu bukan alasan untuk anda bersetuju dan menyokong BN, harus diingat saudara ku ini Demokrasi bukan atas sifat simpati atau kerana ada ini atau itu, maka kita pun secara bulat menyokong. apa juga bukti perkara yang belum termakbul ataupun terlakasana untuk rakyat wajarlah BN harus bekerja keras kearah memperkasa dan menyediakan prasarana kepada rakyat keran mereka diangkat oleh rakyat. Tidak ada alasan lagi untuk Taib mengatakan Belaga tidak boleh dimajukan. Setiap kali kempen pilihanraya selalu perkataan terkeluar dari mulut Taib saya bukan tuhan nak jadikan benda ini benda itu. belag ini sukar dibangunkan oleh kerana keadaan bentuk muka buminya yang bergunung -ganang, taburan penduduknya tidak menentu. OLEH sebab itu kita telah beri mandat kepada mereka selama 47 tahun, tetapi sedih dan sungguh sedih sekali rakyat belaga terus terperosok sudah lah jauh dihujung bumi sarawak banyaklah pula kita ketinggalan. AYUH mari kita hayun langkah bersama, bersatu hati menerjah arus perubahan era abab ke 21 ini dengan menumbangkan BN di segenap pelusuk bumi sarawak terutama skali Belaga yg kita cintai.

  6. educatedasap2010 Says:

    Right now i am compiling every evidence prior to what BN has been doing for our people in Belaga, so all of us who are so call educated figure please help our community to wake them up what is happening around the world today, our political scenario, economic issue’s, social issue which is really affected our community especially those of our people in Sg Asap. we need to educate them from now and forever, it seems that what they heard is only from BN. i wish that they can read and see what baru bian is doing. Not because he want to win the election but to me he is really doing and trying to help as much as he can for our people rights. Now for example surround bakun dam area. All the tanah there is belong to Shin yang. i am wondering our people whom have been there for hundred years being marginalized, all that area has been given to Shin yang by sarawak state government by the cruel leadership of Taib. now native people become penumpang. INI YG AMAT MENYAKITKAN.

  7. LejoDanum Says:

    siapa punya angkara…bertindaklah sebelum makin parah….haruskah kita menunding jari terhadap satu pihak sahaja..dan apakah tindakan susulan yg bakal diambil or just biarkan sahaja…

    come on warga Sg.Asap..Belaga…Orang Ulu…sama2 lah kita berjuang demi kepentingan anak2 dan cucu cicit kita di lain hari..walaupun org mengatakan yg warga kita ini (orang ulu)..mudah dtindas, namun dgn perjuangan ‘MURNI’ yg kita juangkan ..nescaya..ia akan dberkati oleh Tuhan yg Maha Adil..

    Bangkit lah kita dr tidur ini…sama2 lah kita menentang dan mempertahankan hak kita…pegorbanan yg kita lakukan ini bukan semata-mata utk kesenangan kita dlm masa beberapa tahun sahaja, malah kesenangan ini akan dapat dnikmati dan dkecapi oleh generesi ke generasi…
    dan adakah kita ingin seperti katak dbawah tempurung..membiarkan sahaja kita terus ditindas dan ditindas…sampai bila??????

    Satu Suara..Satu Hati…Satu Impian dan Satu Harapan..

Comments are closed.


%d bloggers like this: