Penduduk Bakun Bangkit Berdemonstrasi.

Bakun,Belaga:07.12.2010. Hari ini penduduk penempatan semula Bakun Sg.Asap bangkit berdemonstrasi dengan membina penghadang dan menghalang lori-lori balak yang melalui Jalan Bintulu-Bakun. Dr. Elli Luhat yang menjadi ketua penganjur dan selaku pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Penduduk Bakun menyifatkan kerosakan jalan itu selama ini adalah satu perbuatan Vandalisme oleh lori-lori balak yang dimiliki oleh tycoon-tycoon pembalakan Sarawak.

Menurut Elli, lori-lori balak ini sepatutnya menggunakan jalan balak yang dibina oleh mereka sendiri dan bukanya menggunakan jalan raya berturap yang dibina oleh kerajaan khas untuk penduduk Bakun. Hasil daripada perbuatan vandalisme mereka ini maka jalan Bintulu-Bakun sudah tidak selamat lagi digunakan oleh penduduk.(klik imej untuk paparan lebih jelas)

Dr. Elli menggesa supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab segera memperbaiki jalan terbabit dalam tempoh 2 minggu. Lebih-lebih lagi perayaan Krismas akan menjelang tiba. Maka akan ramai penduduk Bakun yang akan pulang ke  Sg.Asap. Dan jika kerosakan jalan itu masih tidak diperbaiki, akan membahayakan keselamatan mereka dan pasti memberi persepsi buruk terhadap kerajaan 1Malaysia. (boleh jadi kalah pilihanraya Oooo)

Dr.Elli yang agak emosi, sebak dan sesekali menitiskan air mata sepanjang ditermuramah oleh para wartawan menyatakan, masyarakat Orang Ulu Bakun telah mengorbankan segala-galanya untuk menjayakan pembinaan hidro elektrik Bakun. Namun kesudahannya kini mereka dibiar merempat saja di Sg.Asap. Beliau memberi amaran jika pihak kerajaan dan pemilik lori-lori balak tidak memperbaiki jalan itu dengan segera. Maka pihak Bakun Community Safety Committee(BCSC) yang dipimpin beliau akan melakukan tindakan yang lebih drastik lagi.

Dalam perkembangan lain, saya turut terserempak dengan abang saudara saya Cikgu Dennis Hang Bilang (photo bawah-berbaju kuning)yang turut berada di tapak demonstrasi dan dalam perjalanan untuk ke hulu Bakun. Beliau dan kumpulan yang dipimpin beliau akan juga mengadakan demonstrasi di hulu Bakun untuk menghalau Syarikat Pembalan Shin Yang yang mencerobah tanah asal penduduk Bakun. Dalam perbualan singkat itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau yang begitu komited dalam memperjuangkan hak penduduk Bakun melalui Jawatankuasa Bersama Tanah Lepuun.

Dengan perkembangan yang begitu sihat ini, saya yakin zaman kegemilangan Orang Ulu di masa lalu akan dapat dikembalikan semula. Namun yang aneh dalam demonstrasi hari ini ialah para peguam Orang Ulu tidak kelihatan. Mana perginya Lawyer Ali Basah, Bawing Tajang, Abun Sui Anyit, Paul Raja,Baru Bian, Harrison Ngau dan lain-lain. Kenapa tak datang supaya jika ada apa-apa beraku, mereka boleh segera bertindak. Jangan kerana hari ini cuti umum, maka kerja-kerja kebajikan pun dicutikan. Ingat khidmat anda sentiasa diperlukan, tabur Khidmat dan jangan cari pangkat saja.

Nota: Saya telah dimaklumkan oleh beberapa orang rakan disini bahawa mereka tidak sedar akan kewujudan Belagakini. Jadi pembacara yang lain tolong promosikan dan kenalkan ia kepada mereka. Juga jika anda ada maklumat yang baik untuk dikongsikan bersama, sila emailkan kepada saya di  sayugya@yahoo.com.

21 Responses to “Penduduk Bakun Bangkit Berdemonstrasi.”

  1. Eric Serengeh Says:

    Adakah kamu memberitahu para peguam tentang protes ini?

    Saya nak mengatakan bahawa protes ini adalah initiatif Jawatankuasa Keselamatan Jalan Bakun yang diketuai oleh Dr. Eli Luhat. Tindakan ini merupakan hak rakyat untuk menyuarakan masalah mereka jadi bagi peguam-peguam yang dinyatakan kita tidak dapat mempersalahkan semata-mata tidak hadir semasa protes tersebut kecuali kalau ada orang yang ditangkap polis saya yakin peguam-peguam ini akan sedia memberi khidmat kepada yang ditangkap.

    • belagakini Says:

      Sudah sampai masanya para peguam kita berada di lorong-lorong demonstrasi tanpa dijemput. Sudah sampai masanya mereka harus bertindak sebelum ada yang ditangkap. Sudah sampai masanya mereka mendorong penduduk untuk saman kerajaan atas isu-isu keselamatan sosial. Jangan nak mengeboskan diri tunggu dijemput.

  2. democracy4now Says:

    Ada video tentang demo kah?

  3. moo_t Says:

    Those people should also employ scientific though to strengthen their ground :

    Estimate the lorry and logs weight, check how many wheel the lorry is used to distribute the weight. If those lorry jack up some wheels to “save wear and tear”, this will give the people bullet to shoot down log company illegal act.

  4. Eric Serengeh Says:

    Kenapa harus peguam saja yang berdiri di depan. Kenapa tidak seluruh rakyat Sg. Asap berdiri di blockade itu. Inilah penyakit kita Orang Asal yang sentiasa menolak orang ke hadapan manakala mereka yang mempunyai masalah bersembunyi di belakang bayang-bayang para peguam ini, mungkin kerana takut atau tidak bisa berkata-kata.

    Blockade atau protest ini sudah lama ‘overdue’. Tetapi tidak terlambat untuk membuat sesuatu. Para penduduk harus mengarahkan peguam untuk saman kompeni dan kerajaan. Bukan tugas peguam untuk berbuat demikian. Tugas peguam adalah untuk berjuang di dalam mahkamah. Tugas rakyat adalah untuk menyuarakan ketidakpuasan hati dan masalah mereka untuk menekan wakil rakyat kita untuk cari penyelesaian tersebut. Dan tugas rakyat yang paling penting ialah untuk memilih wakil rakyat yang boleh membawa suara rakyat ke kerajaan. Jangan asyik-asyik mengundi orang yang sama saja lepas tu apabila ada masalah buat bising atas perkara yang sama lagi.

    Saya berharap dalam 2 minggu ini tuntutan-tuntutan BCSC dapat ditunaikan. Kalau tidak, saya berharap agar BCSC akan komited untuk mengambil tindakan selanjutnya.

    Akhir kata, kalau berani, jangan takut-takut. Kalau takut, jangan berani-berani.

    Salam perjuangan.

    • belagakini Says:

      Yang berpenyakit itu Orang Asal dan doktornya ialah peguam, kalau doktor pun takut nak merawat pesakit, macam mana pesakit akan sembuh????. Sembuh sendiri ka???. Saya juga tak minta para peguam kita berdiri di depan. Tapi cukuplah duduk dalam kereta ber-ekon. Dan satu lagi saudara, tidak ada kamus guaman yang menyatakan mereka patut berjuang dalam mahkamah saja. Saya berpendapat ramai juga penduduk yang masih takut dan ragu-ragu, tapi rasanya jika ada peguam, semangat dan keyakinan mereka akan bertambah rasanya.Itu je…

  5. lejo kayok Says:

    Saya sokong pdpt sdra eric… Mungkin peguam tdk tahu ttg protes itu… Jd yg sptutnya dibuat phk penganjur juga plu mbtahu peguam2 jika mereka jujur mahu mjmput sebab biasanya org yg tlibat dgn hal2 mcm ini di asap bkroni2 juga ini. kalau peguam bkn kroni dia, dia tdk mahu jmput @ kalau itu pguam mcm mbri saingan kpd dia dia mmg tdk mahu, jd jgn salahkan org lain bulat2 lah. Mcm usaha yg tlh dibuat olh dr elli tu, baguslah itu. Sepatutnya dr dululah tndkan mcm itu dibuat. Mcm kata sdra eric, kalau ikut2 smua doh2, lake2 sg asap turun smualah ke jlnraya tu, sebab kita org asap sja tahu mcm mana susah jlan sana. Org yg kereta besar mcm hilux dll, krglag sikit sakit badan dia plg kpg. Kita yg guna kereta kecil mmg sakit bah… ada org sukarela mahu urut badan kita kah???? itu pasall sakit badan, yg hal berat mcm accident dah bpa kali blaku sampai mlbatkan nyawa pun ada, jd kpd kerajaan esp wakil rakyat belaga , buatlah ssuatu, tk plu tgu plhanraya baru mahu turun pdg pgi baiki itu jlnraya atau beri projek kilat masa plraya saja. Kpd yg mahu plg x-mas hati2lah di jln asap bakun byk lubang sana sini, jgn sombong bawa kereta besar laju2. Salam 1 asap

  6. Abun Sui Anyit Says:

    Tahniah kepada pihak yang sempat pergi “berdemontrasi”. Kita tunggu dan lihat sama ada dalam masa dua minggu tempoh yang diberi untuk membaiki jalan raya itu diselesaikan pembaikan jalan yang rosak teruk.

    Kalau ada yang ditangkap dan dituduh di Mahkamah akibat demonsttrasi berkenaan saya bersedia memberi pembelaan percuma.

    Saya minta maaf kerana tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain yang sudah dirancang lebih awal.

    Lagipun saya merasakan tidak dijemput dan tidak diperlukan kerana saya sudah berada di Asap pada 6/12/2010 dan bersedia untuk turut serta kalau dijemput oleh pihak berkenaan.

    Di facebook pun sudah saya offer service kalau ada yang ditangkap.

    Saya tidak bercuti seperti yang sepatutnya dan seperti anggapan sesetengah pihak walaupun semalam hari cuti.

  7. Padan Ulae Says:

    Tahniah kepada semua yang terlibat. Anda telah sekurang-kurangnya bertindak sedemikian dan kalau boleh sebar berita itu ke seluruh rakyat Belaga. Harap-harap jangan panas-panas tahi ayam lah ho…biasanya kalau nak berjuang kita mesti terus menerus jangan selepas terima $$$$$$$ di belakang ada pula orang yang berpaling tada macam itu…..Tr. Nyawin di simpang Bakun dulu. Namun demikian……..MAJU BELAGA NAU MEI ICA…

  8. richard Says:

    Tahniah dan syabas kepada saudara-saudara di Asap. Saya merasakan ini adalah permulaan untuk kita masyarakat orang ulu menuntut hak kita. Sudahlah kita dipindahkan ke penempatan baru dengan harapan supaya kehidupan berubah, tapi berlaku sebaliknya. Jalan Asap- Bintulu sudah lama menjadi kain berlubang dan tukang jahit pula tidak tahu ke mana perginya.

    Buat saudara-saudara saya di Baram, bila lagi kita nak buat demonstrasi. Tuan Lihan kata TUHAN akan hadiahkan kita Baram Dam. Masyarakat orang ulu di Baram terima ke tak gift tu…? TEPUK DADA TANYA SELERA…..apakah kita akan kenyang minum air Dam yang akan disediakan kelak?

    Buat Semua Orang Ulu di Belaga dan Baram….. Marilah kita sama-sama buktikan, kita bukannya kerbau yang senang dicucuk hidungnya…

    Mungkin dulu, YB-YB BN boleh tipu emak bapak kita, tapi sekarang anak-anak mereka ini tidak semudah itu.

    Mungkin dulu, YB-YB BN boleh bagi suap RM30-RM50 untuk beli undi Orang ulu, kini kita Orang Ulu akan bagi suap pula YB-YB BN masa pilihanraya akan datang dengan kertas berpangkah x kepada pakatan rakyat….

    Semoga Berjaya utuk Orang Ulu tak kira di mana kalian berada

  9. tingangbalui Says:

    Saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas usaha dan penat lelah saudara 2x yang turut sertai dalam Demo yang lepas.Tak perlulah semua laki/doh penduduk asap turut serta.Yang kita harapkan siapa yang ada masa terluang bolehlah ikut jangan paksa orang yang tak ada masa utk turut serta.bknnya mereka tak sokong.Teruskan usaha kalian semua.Peringatan saya hanya satu sahaja.Jangan luntur disogok dengan RM>>>>>>>>>>kelak.Berjuanglah dengan jujur dan ikhlas demi kepentingan penduduk asap/belaga.Jangan sampai ditengah jalan sahaja selepas itu sunyi senyap sahaja.

  10. zb Says:

    Sdr & Sdri.. Selamat menyambut hari Natal & tahun baru.. YB @ Yang Bersalah dalam semua isu ini adalah KERAJAAN BARISAN NASIONAL!!!! Siapa Punya Loji BAKUN????? Siapa bagi lesen PEMBALAKAN????? Apa yg tinggal dgn kita hanyalah Kertas Putih Kosong… Kerajaan dapat Kertas Putih Perjanjian Jual-Beli BAKUN!! Hutan Rimba & Sungai adalah punca rezeki kita sekian lama kini ia sudah bukan milik kita.. Apakah kita di tipu? atau kita tahu kita di tipu???

  11. nowmaica Says:

    Mungkinkah baik untuk mengadakan satu gelombang demontrasi setelah 2 minggu notis yang diberikan telah tamat…saya rasa S.Yang tak akan beri muka langsung jadi tindakkan yang seterusnya harus diambil dengan secepat yang mungkin now mai ca maju ASAP…tentukan masa dan hebohkan kepada rakyat asap yang cintakan jalan yang baik dan selamat.

  12. Stanley Says:

    Syabas kepada sdr.Dr.elli,Dennis,Raymon dll yang terlibat dalam demo lepas.moga usaha sdr semua berterusan shingga matlamatnya demi kepentingan penduduk sg.asap dan rakyat belaga umumnya.Sokongan penduduk sg. asap akan tetap bersama sdr semua.Kepada lawyer 2x kita bersiap sedialah kemungkinan tindakan balas drp. pihak kerajaan/kompany yang berkaitan,Jangan kira keuntungan berilah khidmat percuma kepada rakyat dan penduduk ini,demi masa depan yang baik untuk mereka.Berjuanlah dalam nama Tuhan.

  13. LejoDanum Says:

    Panas juga cerita di sg.asap ni.. walaupun kerja jauh dr tempat asal(sg.asap) namun, sebagai anak jati org ulu yg menetap di sg.asap.. saya begitu terkilan dan berasa amat sedih skali melihat keadaan yg terjadi skrg..apakah masalah2 ini semua tiada jalan penyelesaian nya..
    bkn nya satu..dua.. masalah yg datang saban tahun..ttp, beribu-ribu lemon yg sy dengar…

    wahai rakyat2 di sg.asap..’BENCANA’ yg kita terima skrg ni x sewajarnya berlaku di zaman yg serba moden ini.. apakah adil bagi kita menerima semua malapetaka ini…

    BERINGATLAH….TUHAN SAYANG AKAN UMAT NYA DAN SENTIASA MENOLONG UMAT NYA…………..AMEN

  14. Mark Bujang Says:

    Tahniah kepada mereka yang berjaya mengadakan protes/sekatan jalan ini. Sepatutnya, penduduk Sungai Asap dari dulu lagi buat protes sebegini. Yang saya hairan di sini, kenapa hanya protes jalan rosak dan minta pihak Shin Yang repair jalan? Kenapa penduduk Sungai Asap tidak bangkit dan protes ke atas ketidakadilan dan janji-janji kosong kerajaan kepada mereka semenjak mereka dipindahkan ke Sungai Asap? Kenapa tidak protes tentang aktiviti-aktiviti syarikat pembalakan yang dengan rakus sekali mengondolkan hutan-hutan yang disekitar kawasan tadahan air Bakun dan juga di Sungai Asap?

    Yang satu lagi saya lihat komen Belagakini agak mengecewakan ialah menyalahkan peguam kerana tidak berada di protes tersebut. Kenapa tidak salahkan wakil-wakil rakyat kamu yang tidak berada di situ. Bukankah mereka yang sepatutnya lebih bertanggungjawab kepada rakyat di Sungai Asap? Saya rasa Dr. Eli kenal ramai orang dalam kerajaan dan juga wakil-wakil rakyat di sana yang boleh dijemput untuk datang.

    Memang benar juga kita boleh kaitkan peguam sebagai ‘doktor’ yang boleh merawat pesakit. Tetapi kalau ada banyak doktor pun tetapi ubat tidak ada atau kita tersalah makan ubat, memanglah penyakit tidak akan sembuh. Mungkin saudara akan bertanya, apakah ubatnya? Ubatnya terletak ditangan kita. Dan kalau kita masih takut untuk menelan ubat yang pahit itu dan hanya mahu memakan ubat yang manis maka penyakit akan berlarutan dan menjadi parah.

    Jadi saya berharap, ini adalah titik permulaan rakyat Sungai Asap bangkit dan menuntut hak mereka yang sudah lama diabaikan oleh kerajaan. Kita tunggu dalam masa dua minggu, dan saya selalu berharap agar rakyat Sarawak bersama-sama bangkit membuat protes besar-besaran di seluruh Sarawak atas penindasan hak kita sebagai Orang Asal.

    Adakah kita semua bersedia untuk menelan ubat yang pahit? Bersedia untuk berjuang dan ditangkap polis? Bersedia untuk menerima tomahan dan cakap dusta orang? Kalau kita sudah bersedia, puji Tuhan. Saya pasti Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dengan semangat sebegini.

    Salam perjuangan

  15. Laing Tit Says:

    hari tu Karam Singh Mulia datang Bakun..tetapi Karam dan hampir lemas di Tasik Bakun…angkat tangan sebelah kiri sebagai mana selalu dia buat pun tak buat..dia juga diam membisu..tak tau kenapa…

  16. lejo kayok Says:

    EEEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKKKKK !!!! ASI ASI NAH TELO KELUNAN ASAP DAHIN KELUNAN DALEH BELAGAH KESELURUHAN NAK. MASI NAH TELO, DALEH TELO AU TASAK, HUNGEI TELO ALENG KAJO AVAN TAM KUMAN BAHE’ UNAK PATA, NAHA-NAHA LIUNG NAH…. NGESEM PEJI DAHIN ATAK DAM BAKUN…. LIVENG ALENG KELALO… LIM BUA LIM LEPUUN JINUN NAH LAAN… ANAN DALEH TELO ALENG AU LENYEP… NUNOK DALEH MARING TELO HA ASAP HA BELAGAH, AU PEBALUI LIM NAH………… ITAM RAKYAT TETAP NUNIH,,,,, URUNG EN JAT PAEN-PAEN………… NGEREM TUA ITAM RAKYAT ASAP…… EM IKEM BERTINDAK …… BARU ANIH KAH KIRAK DEMO ALENG TUBAK EN DAHAK NA …… NYINENG UDI JIMA, EN JEI 10, 50 APA LAGI AWI LIAP EN JEI LEBAK….. ANAN LAHU NA KENEP KELUNAN TEMOH PUDAY IKEM MILI PELITAH ALENG HIGEM ITAM JARUN ANIH…… TUSAH, PERAH, KATEK ITAM HA ASAP NUN EN DAHAK JAM…. NEI JAKI TUA ULI HUMA ARU, AU ANAN ULI HA DALEH AYAK…. LIM JAAK ALAN, LIM ASEP ATAK EN PAKEI HA ASAP, APUI EN PAKEI PEGING PAREM…… LEGAH KET PENGUMAN BO MERAN….ALAN ALENG PAH NGELUVANG…. ITAM TUA ALENG RASA NAK…. JADI PIAH-PIAH NAH ITAM RAKYAT ASAP NIH PIKIR TEK PILI ALENG ATENG ANIH,,,, ITAM PERLU PILI PELITAH KEREI ANIH ATAU MUDAY NAK….

  17. Padan Ulae Says:

    Dalam hal macam ni tak paya lah menyalahkan sesiapa ataupun membelah sesiapa……buat kerja sahaja. Kalau sudah panas go ahead man…dont be afraid…..Walaupun demikian kita mesti was-was sebab ada orang akan menggunakan kes-kes macam ini untuk kepentingan mereka sendiri..kalau minta untuk semua rakyat Belaga takpe…jangan masuk poket sendiri. Ramai sudah berbuat demikian dan akhirnya org miskin dan papa sudah dilupakan begitu sahaja…Mana itu Komiti BDC dulu? Siapa bos dia? Mana semua ahli0ahlinya? Lagi sekarang ada lagi yg dinamakan AKDC…mereka ini dibayar gaji tau…mana mereka pergi????? kan wang itu untuk membantu rakyat ASAP. Alamak tak buat kerja pun ada gaji kah. itu wang saya dengar RM1 juta lebih tau. pakailah wang untuk beri makan org yang protest itu…kesian bah mereka. Siapa tahu diminta wang itu tolong minta dikeluarkan segera….RM2-3ribu pun cukup bah

  18. LakegSemang Says:

    James Jemut Masing adalah tali barut Taib Mahmud. Liwan adalah tali barut James Masing dan Taib Mahmud. Semua komponen BN Sarawak (PBB, PRS, SUPP & SPDP) adalah tali barut Taib Mahmud. Jika anda mengundi dan menyokong BN Sarawak, anda sedang mempersiapkan Taib Mahmud untuk menjadi Sultan Sarawak dan terbentuklah dinasti kesultanan Sarawak sama seperti kesultanan Brunei.

    Apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Sarawak meninggal dunia, secara otomatik, tempatnya akan diambil alih oleh ahli keluarganya untuk meneruskan kesinambungan dinasti sultan Sarawak. Seterusnya system pilihanraya akan dimansuhkan dan bermulalah system dinasti dan kesultanan Sarawak. Apakah anda suka semua itu ? Sila baca http://lakegsemang.blogspot.com selanjutnya.

Comments are closed.


%d bloggers like this: