Azmin Ali: Otonomi Sepenuhnya Untuk Sarawak.

YB Azmin Ali Menyampaikan Ucapan Sulung Di Sarawak Selepas Menjawat Jawatan Timbalan Presiden PKR.

[12.12.2010]Bintulu:Majlis Makan Malam Pre-Christmas & New Year Dinner yang berlangsung jam 7 malam di Kemena Hotel Bintulu menjadi acara penutup kepada “Perkampungan” 3 hari PKR Sarawak di Bintulu.

Selama 3 hari yang lalu- bermula jumaat, PKR Sarawak melaksanakan aktiviti mesyuarat, latihan pilihanraya dan forum tertutup dalam usaha menamatkan penguasaan Taib Mahmud di Sarawak.

Latihan Untuk Petugas Pilihanraya PKR Sarawak

Timbalan Presiden PKR yang baru, YB Azmin Ali, dalam ucapannya menyebut “Pakatan Rakyat akan memberi otonomi sepenuhnya kepada Sarawak bila memenangi secara keseluruhannya pilihanraya negeri yang bakal menjelang tiba”

Majlis turut diserikan dengan alunan petikan SAPEK oleh Bapa Kebudayaan Belaga, Kesing Nyipa juga lebih dikenali dengan panggilan Taman Basah. Jadi macam mana anak-anak muda belaga?? Kalau datuk kita seusia 85 tahun pun semnagat untuk berjuang berkobar-kobar, inikan pula kita yang setahun jagung. Jangan berpeluk tubuh, ayuh kita lakukan perubahan.

Teringat pula saya kepada Datuk Sri Tajang Laing, seteru utama saya dalam kes Wang Pampasan Tanah Komunal Uma Nyaving. Umur pun sama dengan Taman Basah. Marilah berjuang bersama. Jangan asyik nak “telefon=Dayung” saja.

3 Responses to “Azmin Ali: Otonomi Sepenuhnya Untuk Sarawak.”

  1. LakegSemang Says:

    Berbilion wang masuk ke daerah Belaga untuk pembinaan empangan Bakun dan syarikat-syarikat pembalakan, tetapi apa yang orang Belaga dapat ? Malah tanah pusaka dirampas dan menjadi orang pelarian di atas bumi sendiri. Tapi, kenapa orang Belaga sangat tolol dan terus mengundi calon BN Sarawak (BN Sarawak ialah PRS, PBB, SUPP & SPDP). Orang Belaga tidak serikkah ? ….http://lakegsemang.blogspot.com

  2. LakegSemang Says:

    Berbilion wang masuk ke daerah Belaga untuk pembinaan empangan Bakun dan syarikat-syarikat pembalakan, tetapi apa yang orang Belaga dapat ? Malah tanah pusaka dirampas dan menjadi orang pelarian di atas bumi sendiri. Tapi, kenapa orang Belaga sangat tolol dan terus mengundi calon BN Sarawak (BN Sarawak ialah PRS, PBB, SUPP & SPDP). Orang Belaga tidak serikkah ?….http://lakegsemang.blogspot.com

  3. LakegSemang Says:

    Kalau saya berkata, James Jemut Masing adalah orang yang bertanggungjawab menyebabkan pembangunan daerah Belaga menjadi kaku, anda tidak akan percaya. James Masing dan parti PRSnya adalah pembawa bencana kepada orang Belaga. Ramai orang Belaga tidak sedar apa yang James Masing dan PRS telah laku dan menjahanamkan daerah dan orang Belaga.

    Semua orang Belaga yang menyokong James Masing dan PRS adalah tali barut yang menyebabkan taring-taring dan hero-hero orang Belaga jatuh tersungkur. Kalau orang Belaga menjadi penyokong PRS, seterusnya menyokong James Masing, secara tidak langsung, orang Belaga telah memperkuatkan hasrat Taib Mahmud untuk membolot semua harta kekayaan di bumi Belaga. Sila baca http://lakegsemang.blogspot.com selanjutnya.

Comments are closed.


%d bloggers like this: