Kehidupan Nelayan Bakun.

Ketika sampai di empangan Bakun, paras air dalam empangan mencatatkan bacaan 146 meter. Ini bermaksud pihak Sarawak Hidro memerlukan 49 meter lagi bagi mencapai paras 195 meter untuk ujian basah turbin.

Kali ini saya bersama rakan ke hulu Bakun (Long Keluan-Linau) khusus untuk meninjau temadun baru penempatan nelayan di kawasan tadahan empangan Bakun. Perjalanan ke Long Keluan menggunakan enjin stinting memakan masa hampir 2 jam.

Masa perjalanan tidak terasa lama dengan pemandangan indah yang dipaparkan di kiri dan kanan tasik buatan manusia seluas pulau Singapura ini. Tidak berbaloi keindahan pemandangan ini jika dibandingkan dengan kemusnahan flora dan fauna yang dikorbankan.

Foto di atas adalah kawasan penempatan Uma Nyaving satu ketika dulu. Sungai Beraan yang suatu ketika dulu hanya selebar 4 depa, kini telah bergenang bak laut China Selatan.

Inilah rumah terapung atau lebih dikenali dengan nama jelatong. Inilah rumah tempat tinggal para nelayan di Sungai Keluan. Disamping menangkap ikan mereka juga memburu. Hasil buruan dan ikan akan dijual dengan taukeh di bandar Sibu. Ketika ini harga ikan Empurau mampu mencecah RM500 sekilo.

Ikan ini dinamakan ikan Selareng, ia seiras ikan Patin. Namun ikan Selareng 1000 kali lebih sedap daripada ikan Patin. Ikan-ikan yang ditunjukkan dalam photo-photo berikut adalah hasil tangkapan saudara Okang Lepun. Ini hanyalah hasil tangkapan pada sebelah pagi sahaja.

Ikan yang saya pegang dalam photo di atas adalah ikan Tevengngalan. Berat ikan ini 9 kilogram. Nelayan disini memerlukan pukat yang bermata besar untuk menangkap ikan seperti ini. Jika para nelayan disini mampu menangkap 10 ekor ikan seperti ini dalam sebulan. Maka pendapatan mereka sama dengan pendapatan DO Belaga.

Ikan Semah dan Ikan Tepaha (Tapah) yang sedang dibersihkan oleh En. Okang ini masih segar. Saya bersama rakan-rakan yang menyertai trip kali ini mengambil peluang untuk makan ikan sepuas-puasnya. Manakan tidak, harga hidangan ikan disini mencapai ribuan ringgit. walaupun dimasak tampa rempah dan dihidang beralaskan pinggan plastik dari kedai 2 ringgit.

Jadi apa kata anda, kehidupan di Sg.Asap lagi baik kah atau kehidupan di tempat asal kita dihulu Sg.Balui. Kalau di Balui lebih baik, sama-samalah kita berpakat-pakat untuk mempertahankan sisa-sisa tanah,air dan hutan kita yang tidak seberapa luas ini. Undilah parti Politik yang berjuang mengembalikan hak kita ke atasnya.

2 Responses to “Kehidupan Nelayan Bakun.”

  1. LakegSemang Says:

    Harta-harta kekayaan dan hasil bumi Belaga terus digondol dan dirampas oleh orang luar. Orang Belaga telah terlalu lama sengsara, malah orang Belaga rela mengorbankan buminya untuk menjana ekonomi regim Taib Mahmud dan kuncu-kuncunya. Contoh pengorbanan orang Belaga ialah merelakan pembinaan empangan Bakun dan pembalakan di seluruh bumi Belaga. ….http://lakegsemang.blogspot.com

  2. Akauk Says:

    Nunan kere…..

    Kuri meter ne avan uma nyaving u lenyep de?

    Te ke uma nyaving seng te mudek hunge mavu de….

    nengayet bareng…

Comments are closed.


%d bloggers like this: