Akta Hasutan:Abun Sui Anyit Ditahan.

Pagi ini saya dikejutkan dengan sms daripada seorang kawan memaklumkan sahabat baik saya Lawyer Abun Sui ditahan di Airport Miri petang kemarin dan mungkin akan didakwa dibawah Akta Hasutan. Sebab penahanan kerana memiliki CD mengandungi beberapa siri siaran Radio Free Sarawak dan TV Bebas Sarawak.

Saya sebagai penduduk Sarawak dan Orang Belaga mengecam sekeras-kerasnya penahanan beliau dan menggesa agar beliau dibebaskan segera. Saya yakin penahanan ini bermotifkan politik. Dan ini adalah usaha BN Sarawak mematikan proses demokrasi di Sarawak dan menjurus ke arah pentadbiran KUKU BESI.

Penahanan ini mengesahkan beberapa perkara.

1. Tindakan politik dan kegiatan pembelaan NCR penduduk Sarawak oleh saudara Abun amat berkesan dan ditakuti oleh BN Sarawak.

2. BN Bakal tumbang dalam pilihanraya akan datang memandangkan semakin ramai peribumi Sarawak akan bangkit untuk menuntut keadilan.

3. Kebangkitan secara halus akan berjalan dengan lancar sebagai tindak balas keras yang dilancarkan oleh rejim BN Sarawak. Maksudnya BN Sarawak akan tumbang secara senyap.

4. Kerusi DUN Belaga pasti akan dimenangi olek PR sebagai galang ganti kepada tindakan kejam terhadap peguam yang berjiwa rakyat ini.

Saya menyeru semua penduduk Sarawak, khususnya penduduk Belaga yang cintakan kedamaian dan keadilan supaya bangkit menterjemahkan rasa marah anda dalam bentuk kertas undi. UNDILAH PAKATAN RAKYAT SARAWAK.

6 Responses to “Akta Hasutan:Abun Sui Anyit Ditahan.”

  1. LakegSemang Says:

    Kenapa tangkap orang yang berjuang untuk keadilan ! Sepatutnya tangkaplah Taib Mahmud pakai undang-undang ISA. Taib sebenarnya nak bawa Sarawak keluar Malaysia. Taib amat benci melihat parti-parti politik dari Semenanjung masuk sarawak. Itu sudah cukup bukti.

    Malah Taib amat serik melihat orang Semenanjung campurtangan dalam hal-ehwal politik Sarawak. Itupun sudah cukup bukti. Kerajaan persekutuan harus tangkap Taib pakai undang-undang ISA dan ahli-ahli kabinetnya di Sarawak. Semua ahli kabinetnya bersekongkol dengan Taib. Semua mereka tidak suka melihat Orang Semenjang. Mereka amat pandai bersendiwara. Tangkaplah Taib dengan segera. Jangan berlengah sebelum menjadi barah.

  2. nowmaica Says:

    Abun Sui was released on police bail around 3.30am and he was asked to report to police on Feb 7th. Hidup Abun!

  3. Padan Ulae Says:

    Tangkapan ke atas orang yang tidak bersalah adalah “NORMAL PRACTICE” by the police in Sarawak atas arahan beberapa orang atasan yang rasa diri mereka semakin hari semakin nampak “DAKI-DAKI” mereka. GOD IS ON OUR SIDE WHO CAN AGAINST US. Firman Tuhan ini tetap di hati sanubari kita orang yang percaya….jangan takut…..Mengikut undang2 yang adil dan betul…semua orang(khasnya orang cina) di ladang mahupun di kem balak yang telah membuat laporan palsu terhadap ORANG ASAL selama ini harus di tangkap dan di penjara sebab mereka membuat laporan palsu. Ini lah satu ‘WARNA” Malaysia yang ketara di mata dunia. GOD IS OUR JUDGE. Jangan takut Toyang Abun….terus maju kehadapan…..mari kita berjuang bersama-sama. Bangkit Orang Asal dan jangan takut….kita mambantah yang salah dan perjuangkan yang betul dan adil. MAJU BELAGA!

  4. LakegSemang Says:

    Taib Mahmud Berselindung di Belakang BN Pusat

    Perbezaan di antara BN Pusat dan BN Sarawak pimpinan Taib Mahmud bagaikan bumi dan langit. Slogan BN Pusat pimpinan Najib ialah 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, manakala slogan BN Taib Mahmud ialah 1Sarawak: Kaum-Keluarga Didahulukan, Kuncu-Kroni Diutamakan (sila rujuk: http://lakegsemang.blogspot.com/2010/08/rintihan-dari-hidro-bakun.html)
    …….

  5. educatedasap2010 Says:

    it is truly unfair to our brother Abun who is real fighter for the rakyat. but why police arrested. and now we realize that in sarawak is a real kanggaro law. Tangkap orang yang buat kebaikan kepada rakyat dan bela orang yang telah terang-terangan telah menghancurkan rakyat nya sendiri atas nama politik pembangunan. Sudah lah Taib kami rakyat sarawak amnya dan belaga khususnya sudah muak dengan gelagat hipokrit anda . selamat datang election, kami akan pastikan Adun Belaga bukan milik BN lagi, tidak apa BN tak bagi pembangunan untuk kami, PR Boleh bagi, Wakil BN sungguh lantang mengatakan PR tak boleh mentadbir negara tetapi anda harus pijak dibumi nyata. Otak wakil BN sudah kemaruk Kuasa dan duit hanya pikir nak menang saja lepas tu rampas segala hak orang pribumi dan segala kemewahan hanya untuk kroni-kroni tertentu saja. Ayuh rakyat Belaga. sungguhpun kita dipandanag hina tetapi kuasa didalam tangan kita.kalau zaman dulu kita turun kemedan perang dengan malat dan sumpit , tapi kali ini berjuang di medan election.

  6. nowmaica Says:

    Semua serta segala rasa tidak puas hati harus diterjemahkan ke dalam peti undi bagi general election yang akan datang, salam damai untuk semua dan selamat berbahagia untuk pengantin baru, semoga bahagia hingga ke anak cucu.

    Pilihlah dengan bijak kerajaan yang tulus dan ikhlas untuk membantu rakyat di Belaga bukan kerajaan yang memijak rakyat Belaga teus menerus dari dahulu lagi. Dengan kata lain jangan pilih BN lagi…ayuh orang nowmaica majulah Belaga.

Comments are closed.


%d bloggers like this: